Tuesday, November 15, 2011

RG2011... Kereta Berhingut -Remaja berpelukan dalam kereta

 

Salam warga yahoo semua.
 
Izinkan saya memberi sedikit pandangan tentang perkara ini.
 
Masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi sekarang ini , baik di bandar2 besar ataupun di kampung2.
 
Inilah akibatnya apabila kaum wanita sudah tidak mempunyai sifat malu dan anak2 muda kita sekarang telah terpengaruh dengan budaya kuning dan biru, yg telah sekian lama dibawa dan disebarkan oleh pihak yang ingin merosakan akhlak orang orang Islam,
 
Tambahan pula dengan kecangihan teknologi skrg. segala yang baik mahupun yang buruk boleh terus masuk ke penglihatan dan pendengaran anak anak muda tanpa dapat ditapis dan dipantau oleh ibu-bapa atau penjaga.
 
Masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi disebabkan banyak faktor antaranya:-
 
1) Didikan kepada ajaran Agama Islam yang tidak kukuh. (Tidak mengetahui hukum Halal-Haram)
2) Semakin ramai anak2 remaja melayu (Islam) skrg yg tidak mengetahui apakah Rukun Islam dan Rukun Iman. Malah ada yang tidak tahu Solat dan membaca Al-Quran.
3) Aktiviti Ibu dan Bapa yang sama-sama keluar rumah bekerja mencari rezeki seharian dan menyebabkan anak-anak diluar pemantauan sejak dari kecil.
4) Budaya meletakkan anak anak di pusat asuhan menyebabkan kanak2 membesar dgn keadaan percampuran antara lelaki dan perempuan yang dirasakan perkara biasa,
5) Anak2 membesar di pusat jagaan juga menjadikan mereka lebih akrab dgn kawan kawan dan membawa kesan kepada budaya bersosial.- Anak2 lebih selesa berkongsi masalah dgn kawan2 drpd dengan ibu-bapa sendiri.
6) Pengaruh media massa (TV) yang menayangkan banyak rancangan berbentuk hiburan, filem filem berunsur ganas dan seks juga mempengaruhi minda kanak kanak dan remaja sekarang.
 
Mungkin kita, org-org dewasa dalam group yahoo ini dapat sama-sama berfikir dan dapat mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini. Demi masa depan anak anak bangsa kita.
 
Sekian.


--- On Tue, 11/15/11, mRbROOKs@yahoo.com <mRbROOKs@yahoo.com> wrote:

From: mRbROOKs@yahoo.com <mRbROOKs@yahoo.com>
Subject: [kLk] Kereta Berhingut
To: kelakar@yahoogroups.com
Date: Tuesday, November 15, 2011, 4:22 PM

 
Berpelukan dalam kereta
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 15, 2011
berpelukan dalam kereta
KULIM - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.

Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.

Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.

Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.

"Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.

"Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan," katanya.

Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.

"Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.

"Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.
"Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya," katanya.

Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment