Sunday, November 20, 2011

RG2011... ~~~Manusia wajib sentiasa bertaubat~~~

 


TAUBAT adalah keadaan apabila seseorang itu kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang sudah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil.

Walaupun ada antara kita masih muda dan sihat tubuh badan, hidup kita sebenarnya bagaikan 'nyawa di hujung tanduk'. 
Ini kerana, tidak ada seorang antara kita mengetahui waktu bilakah nyawa kita akan diambil dan tidak ada seorang sekalipun mampu menjamin akan hidup sehingga tua walaupun sihat tubuh badan. 

Oleh kerana itu, setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri daripada dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Perihal taubat ini banyak kali dinyatakan dalam al-Quran dan adalah jelas ia antara tuntutan yang perlu dilakukan oleh setiap manusia yang sememangnya diketahui sering melakukan kesalahan serta dosa.


Dalam surah as-Syura, ayat 25, dinyatakan bahawa Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu pekerjaan yang dilakukan manusia walaupun dilakukan secara sorok daripada pengetahuan manusia sebagaimana maksudnya: "Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan." 

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah mahupun dosa sesama manusia serta amat disukai Allah SWT sebagaimana maksud surah al-Baqarah, ayat 222, iaitu: "Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." 

Jika dosa itu berkait dengan manusia, seseorang itu hendaklah meminta maaf daripada manusia berkenaan sebelum memohon keampunan Allah. 

Sekiranya dosa yang dilakukan itu berkait soal harta benda, hendaklah dikembalikan harta berkenaan kepada tuannya. 

Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah. 

Tanda taubat yang sebenar itu adalah apabila seseorang itu tidak sesekali akan mengulangi perbuatan atau dosa yang sudah dilakukannya pada masa depan. 

Firman Allah SWT: "Jangan sekali-kali (mengatakan bahawa mereka dekat pada sisi Tuhan) bahkan hati mereka diselaputi dengan dosa-dosa yang mereka lakukan." (Surah Al Mutaffifin, ayat 14). 


Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat; "Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima Allah atau tidak? 

Jawabnya; "Ini adalah urusan Allah. Kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat padanya tanda-tanda, iaitu: 

Seseorang itu berasa seperti dosanya masih banyak dan belum terhakis walaupun sering kali memohon keampunan kepada Allah SWT. 

Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang soleh daripada mendekati mereka yang fasik. 

Sedih kerana mengenangkan azab Allah atas segala dosa yang pernah dilakukannya dulu. 

Sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah dan sekalipun tidak khuatir dengan urusan hidup serta rezekinya yang sudah dijamin Allah SWT. 

Sentiasa melihat rezeki yang diperoleh sangat banyak walaupun dalam pandangan mata manusia ia sangat sedikit. 

Sentiasa merasakan bahawa amal ibadatnya terlalu sedikit biarpun banyak waktu dihabiskan kepada Allah SWT. 

Menjaga lidah dan pertuturan, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal. 

Jadi, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah serta memohon keredaan-Nya kerana hanya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sumber hmetro

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment