Sunday, November 20, 2011

RG2011... ~~~Pecahnya Gelas Kristal~~~

 

Petikan dari diary seorang anak
Kasihnya ibu...


Emmmm...sedap dan enaknya puding ini, ini percubaan aku membuat puding,
sedang aku mengemas buku-buku di library terjumpa resepi ini yang bertulis
tangan dari ibu. Cuti hujung minggu aku mencubanya...kenangan puding dan 
gelas kristal ini sehingga kini tidak dapat aku lupakan walaupun aku masih 
kecil pada waktu itu. 

Pada hari itu ayah membawa pulang beberapa orang kawan sekerjanya dari
luar negara untuk makan tengah hari. Pencuci mulut buah dan puding yang
ibu sediakan. Selepas tetamu pulang ibu mengemas di dapur, tapi aku ke
ruang makan untuk mengambil buah, entah macamana aku tersentuh gelas-
gelas-gelas yang berada di tepi meja makan....pranggggggggg, setengah 
dozen semuanya jatuh ke lantai pecah berderai. Aku hanya terpaku melihat-
nya dengan buah masih di tangan sudah tidak mampu untuk makan kerana
terperanjat. 

Ibu lantas berlari ke ruang makan dan melihat gelas-gelas ibu yang bertaburan.
"bagaimana boleh jadi begini" kata ibu. Ibu memeriksa tangan aku sekiranya
ada terluka, ibu menaikan aku ke atas kerusi dan menyuruh aku diam-diam
kat situ kerana ibu mahu membersihkan kaca-kaca. Aku hanya berdiam sambil
memegang buah, aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan ketika itu, adakah aku
rasa bersalah lantas meminta maaf pada ibu, aku tidak tahu untuk ini semua.
Tapi aku tahu aku tidak ceria.

Setelah selesai ibu membawa segelas susu untuk aku minum, aku akur kemudian 
ibu menyuruh aku tidor dan berpesan lain kali berhati-hati. Bila aku dah dewasa 
aku bersyukur mempunyai ibu dan ayah yang penyayang. Walaupun aku banyak 
buat silap ,mereka tidak pernah memukul aku, mereka banyak memberi nasihat.

Sebenarnya banyak perkara yang aku lakukan kerana ingin mencuba, aku melihat
ibu iron baju aku pun mencuba tapi bukan kain pada plastik, dan aku mengunting
cadar inilah perkara yang aku rasa paling teruk di zaman kanak-kanak yang telah
aku lakukan.

Sebelum hari raya aidiladha aku menemani seorang kawan ke parkson untuk 
membeli barang-barang kaca. Aku ternampak gelas kristal ini di rak pameran. 
Dan aku pun menceritakan pada kawan aku apa yang pernah terjadi. Lantas 
kawan aku berkata..ibu you tak marah dan pukul?..kalau i buat salah pasti 
kena marah dan adakalanya kena pukul apatah lagi sekiranya barang yang 
mahal rosak....

Aku terlalu bersyukur Allah swt memberi amanah kepada kedua ibu bapa untuk
memelihara aku sehingga dewasa, dan ketiadaan mereka terlalu perih hidup ini
untuk aku harungi dan meniti titian hidup yang terlalu banyak dugaan, Aku tahu
mereka tidak meminta aku membalas kerana ini merupakan tanggung jawap 
mereka, ibu pun tidak sempat menikmati puding resepi ibu yang aku buat, seorang
ibu adalah wanita yang menghiasi hidupnya dengan anak dan yang perlu ditabung  
oleh seorang ibu adalah kesabaran.


Anda suka makan puding?

Masakan ibu yang paling sedap kerana di situ ada kasih sayang...

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment