Friday, November 4, 2011

RG2011... Qurban Perdana : Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Golongan ke-3

As Salam,

Amatlah dialu2kan lebih ramai lagi yg turun dan melibatkan diri dgn aktiviti WK musim Korban ni
So tuan puan dapat melihat dan menilai sendiri aktiviti WK tanpa was was
Dijemput semua hadir utk bergotong royong melapah, makan kenduri dan mebahagikan daging2 korban kepada yg berhak

Program spt dibawah:


Program: Qurban Perdana
Lokasi : Pondok Bandar Hilir  (GPS Pondok Bandar Hilir N05 deg 46.49 E100deg 42.870 Elev 34m)
Hari : Isnin
Masa : 7.00a.m -6.00p.m
Tarikh : 7hb Nov 2011
Co-ordinator : Wahab 017-5112509
                    
Shukri
019-5407859
NGO Wargakilang



From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Tuesday, November 1, 2011 6:27 PM
Subject: Fw: [warga_kilang] FW: Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Golongan ke-3




From: aznee.othman@intel.com
To: moniermatdin@yahoo.com; monier@fujielectric.com.my; aznee_othman@live.com
Subject: Jln-Jln Masuk Kg: Mencari Golongan ke-3
Date: Tue, 1 Nov 2011 09:59:51 +0000

 
 
Weekend baru ni, saya dan sdra Aznee (AJK WARGAKILANG) dari kilang INTEL masuk ke kg-kg di kawasan Jeneri, Sik Kedah pi riki senarai keluarga untuk diagihkan daging korban, 14 ekor lembu raya kedua nanti. Ustaz kata dalam setiap KORBAN itu ada 3 Bahagian – Tuan Punya Korban, Masyarakat Sekeliling dan Golongan Fakir Miskin. Niat kami hari itu ialah nak pi cari golongan yang ke-3 ini, keluarga fakir dan miskin. Dalam pencarian itu, kami telah dibawa ke sebuah rumah yang agak daif, dihuni oleh seorang bapa dan 3 orang anak-anaknya yang masih kecil.
 
 
 
Sebelum itu kami singgah sebentar di kedai runcit berdekatan beli sedikit beras, gula, telor, sardin dan keropok serta minuman botol buat budak2 tu.
 
Seperti beberapa keluarga yang pernah kami kunjungi sebelum ini, kemiskinan yang melarat kadang-kadang boleh menjadi punca perceraian.
Ibu dan bapa budak-budak ini bercerai, dan semenjak itu ibunya sudah tidak kelihatan lagi; lalu tinggallah anak-anak ini yang masih belum mengerti apa-apa itu tinggal mengharung hidup dalam kedaifan bersama-sama ayah mereka yang bekerja kampong dan sesekali masuk jauh ke dalam hutan mencari batu-batu hiasan untuk dijual.
Saya tak mau nak tulis panjang sebab rasa sebak sangat bila si kecik yang berumur 2 tahun tu, bila dikejutkan kakaknya bangun dari tidur dalam buaian dalam rumah yg sempit tu, tatkala dia melangkah keluar, rasa sebak sangat sebab wajahnya seiras anak saya si Imran yang juga berusia hampir sebaya. Tapi berbeza beliau dengan Imran, anak kecik ini bila bangun tidur tiada IBU di sisi untuk membelainya. Tangis atau laparnya hanyalah ada sang Kakak melayannya; itu pun nasib baiklah kakak ini sudah berhenti sekolah; kalau ikutkan waktu ini kakak masih di darjah 4 mentelaah buku bersama kawan-kawan di bangku sekolah.
Entahlah, tak tau nak tulis apa lagi.
 
Tanpa kakak di sisi, tiada siapa yang nak menjaga anak kecik ini bila ayahnya masuk hutan mencari rezeki.
Tanpa sekolah, entah apalah nak jadi dengan masa depan kakaknya nanti.
 
Kilang kat tempat saya kerja ini pun, nak jadi Operator gaji RM600 sebulan paling kurang kena jugak ada sijil SPM.
 
Raya ke-2 nanti kami akan ke sana nanti nak bawa daging KORBAN buat mereka.
 
Sesiapa yang nak bagi sumbangan (dlm bentuk makanan, terutamanya susu Dutch Lady) sila contacty sdra Aznee at 012-4323305, dia kata tat pa dia rela jadi coordinator untuk bantu budak2 ni walaupun asalnya kami di WARGAKILANG ini tiada sebarang projek khas untuk keluarga ini. Dlm email Aznee kpd kawan2 terdekat, saya baca dia tulis...."Kalau stay lama sikit...mungkin aku dah menangis!!"".
 
1.11.11
 
 
 
 
Thanks and Best Regards,
AO
 




No comments:

Post a Comment