Friday, November 4, 2011

RG2011... ~~~Rupanya Bayi Sendiri~~~

 

Seronok melakukan zina, hasil keseronokan dibuang begitu saja...sad!!!



SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan 
sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek 
adalah bapa bayi malang itu.

Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan 
sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya 
berjaya membongkar penipuan berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil 
ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya 
di Felda Selancar untuk membantu siasatan.

"Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan 
terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya.

"Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang 
bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya 
membongkar penipuan itu," katanya, semalam.

Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun 
yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.

Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan 
pasar raya berkenaan.

"Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit 
kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi 
di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan 
dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua 
tahun sementara menunggu tindakan susulan.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment