Sunday, November 6, 2011

RG2011... 'SAYA DIHERET 30 METER'

 



----- Original Message -----

'SAYA DIHERET 30 METER'

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Ketika dunia meratapi kematian pelumba MotoGP, Marco Simoncelli, seorang editor sebuah majalah permotoran dirundung malang apabila mendakwa diaibkan tiga lelaki dipercayai pegawai litar yang menahannya selepas mendakwanya 'ulat tiket' ketika perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 23 Oktober lalu.

Abol Ismail Munta, 31, mendakwa dia bukan saja tidak diberi peluang menjelaskan situasi sebenar, malah dimalukan apabila diheret kira-kira 30 meter ke balai polis bergerak SIC sambil disaksikan ribuan pengunjung.

Berikutan kejadian itu, Abol kini mempertimbangkan untuk menyaman pengurusan litar terbabit kerana bertindak melulu, menjatuhkan imejnya serta menjejaskan kerjaya dan reputasinya dalam bidang permotoran.

Menceritakan kejadian, kira-kira jam 10.30 pagi itu, Abol mendakwa, pada hari perlumbaan, dia membeli 20 tiket tempat duduk utama berharga RM2,916 untuk diberi kepada pelanggannya.

Katanya, selepas memberi lima tiket kepada pelanggan di hadapan kaunter tiket, tiga lelaki muncul dan merampas tiket serta menahannya.

"Seorang daripada mereka memegang erat tangan saya manakala seorang lagi cuba menarik pas media dikeluarkan Dorna (pemegang hak perlumbaan MotoGP) tetapi saya enggan membenarkannya.

"Seorang daripada mereka memakai pass Mall Area (kawasan pintu utama) memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis manakala seorang lagi memakai pas media menggenggam kuat tangan saya dengan alasan hendak bawa saya ke balai polis," katanya.

Selain bertugas sebagai editor permotoran, Abol terbabit dalam bidang permotoran dengan membawa masuk pelumba tempatan dan kejadian memalukan itu kali pertama berlaku selepas empat tahun terbabit dalam bidang itu. Abol berkata, mungkin disebabkan fizikal dan pakaian 'ala kampung' menyebabkan pegawai litar cuba menunjukkan taring.

Berikutan kejadian itu, hampir dua jam dia berada di balai polis, sekali gus menyebabkan pelanggannya terpaksa beratur dan membeli tiket dengan wang sendiri. "Selepas saya menunjukkan resit pembelian, pegawai polis melepaskan saya dan berkata kejadian itu mungkin salah faham.

"Tetapi saya kecewa kerana pegawai litar itu seolah-olah tidak puas hati dengan kejadian itu, malah tiket saya tidak dipulangkan," katanya. Abol berkata, reputasinya kini tercalar di kalangan penggiat sukan permotoran tanah air yang memandang serong kepadanya. "Jadi, saya minta keadilan kerana diperlakukan seperti penjenayah. Selepas kejadian, mereka berlagak samseng dan enggan memohon maaf.

"Justeru, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia dapat membersihkan nama baik saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika dihubungi menafikan pegawainya bertindak keterlaluan dan pihaknya bertindak secara profesional berhubung kejadian itu.

"Saya dimaklumkan, pegawai saya menegur secara profesional kerana dia dikesan menjual tiket secara haram di dalam SIC. Tetapi dia biadab dan enggan memberi kerjasama.

"Sekarang kami mahu menunggu laporan polis yang ada di sana sebelum tindakan lanjut diambil," katanya. -hm

Note: Untuk pengguna Facebook boleh like page Justice For Abol and Justice for All rider and bikers.

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment