Saturday, November 5, 2011

RG2011... Seksualiti Merdeka: Putrajaya patut sedia ruang berdialog, kata penganjur

 


 Kerajaan wajar mempertahankan hak untuk mengadakan sesuatu aktiviti secara aman termasuk program Seksualiti Merdeka selain mengecam segala bentuk diskriminasi dan ancaman bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan, kata penganjur festival itu hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, dua hari selepas ia diharamkan oleh polis, penganjur program tersebut juga menekankan pihak berkuasa seharusnya membela hak asasi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan hak seksual sebagai hak asasi manusia.

"Dengan jelas ini yang dimaksudkan dengan demokrasi," kata penganjur.

Kenyataan itu menambah, perasaan membenci dan kejahilan yang dipamerkan "ke arah kami dan gesaan agar kami dihalang (daripada mengadakan aktiviti) menunjukkan sebab mengapa kita memerlukan satu ruang dan acara seperti Seksualiti Merdeka."

Malah menurut kenyataan itu, pengharaman sama sekali ke atas program Seksualiti Merdeka tahun ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana telah menganjurkannya sejak beberapa tahun lalu.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata pihkanya mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Kata beliau, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

Seksualiti Merdeka 2011, program yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berlarutan sehingga 13 November ini, antara lain membincangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, kenyataan hari ini menyebut, demi keselamatan pada peserta penganjur Seksualiti Merdeka tidak akan meneruskan program, tetapi berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk menjelaskan objektif program Seksualiti Merdeka.

"Kami juga ingin melahirkan rasa kesal kerana Datuk Ambiga Sreenevasan yang peranannya hanya untuk merasmikan (program Seksualiti Merdeka) atas kapasiti peribadi beliau, telah difitnah oleh pihak yang agresif dan ganas menentang perlindungan, menghormati, menggalakkan dan memenuhi hak asasi komuniti LGBT di Malaysia," katanya lagi.

Penganjur Seksualiti Merdeka juga berkata pihaknya kekal berkomited untuk mewujudkan persektaran yang boleh membantu mengurangkan situasi permusuhan yang tidak munasabah seperti menghasut ketakutan dan paranoia, yang wujud akibat kurangnya kefahaman mengenai isu-isu seksualiti.

Kenyataan itu menambah, pihaknya juga sedih kerana ramai rakyat Malaysia termasuk wakil rakyat-wakil rakyat secara terus-menerus menganiaya dan mendiskriminasi mereka yang menemui "ruang yang selamat" untuk berdialog dan berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai hak asasi manusia ketika program Seksualiti Merdeka.

"Kami adalah rakyat Malaysia yang dinafikan hak kami kepada identiti dan determinasi diri," kata penganjur dalam kenyataan mereka sambil menambah, dakwaan-dakwaan tidak berasas dan kenyataan-kenyataan bersifat tidak sihat bagi menghasut kebencian ke atas pihaknya adalah tidak berasas sama sekali.

"Mereka terus meminggirkan satu kumpulan yang telah lama mengalami peminggiran dalam masyarakat," tambah kenyataan itu.



Seksualiti Merdeka: Polis ambil kenyataan Ambiga Selasa ini

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Polis telah memanggil bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan untuk disoal siasat berhubung sokongan beliau ke atas program Seksualiti Merdeka, yang telah pun diharamkan berkuat kuasa kelmarin.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Datuk Ambiga telah diminta datang ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi pada Selasa ini untuk disoal siasat, berkaitan dengan Seksualiti Merdeka," kata ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Andrew Khoo kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ambiga, pengerusi Bersih 2.0 yang diharamkan beberapa hari sebelum ia mengadakan perhimpunannya 9 Julai lalu, telah bersetuju untuk melancarkan Seksualiti Merdeka Selasa ini atas kapasiti peribadinya.

Dalam satu kenyata semalam, Ambiga menafikan beliau merupakan penganjur program Seksualiti Merdeka sebaliknya menekankan, beliau hanya merasmikan program itu atas kapasiti sebagai seorang rakyat biasa, bukannya pengerusi Bersih 2.0.

"Untuk rekod, saya bukan penganjur program ini. Saya dijemput untuk merasmikannya pada 9 November 2011, yang mana saya bersetuju untuk melakukan atas kapasiti peribadi saya," kata beliau.

Ambiga berkata Seksualiti Merdeka bertujuan memberi ruang komuniti LGBT yang dipinggirkan untuk mengetengahkan diskriminasi mereka alami setiap hari dan bukannya menggalakkan gejala homoseksual.

Kata Ambiga, sementara beliau faham akan tentangan agama terhadap homoseksualiti, ia tidak bermakna rakyat Malaysia tidak boleh menunjukkan kefahaman dan sensitiviti kepada komuniti yang mengalami tekanan dan penganiayaan mental dan fizikal.

Ambiga menambah pihak-pihak penentang yang mempunyai pandangan mengenai terhadap homoseksualiti berhak untuk memberikan pandangan mereka tetapi tiada anggota masyarakat yang harus hidup dalam ketakutan disebabkan pihak berkenaan.

"Saya percaya bahawa setiap manusia tidak sempurna, kita harus menunjukkan peri kemanusiaan dan bukannya keangkuhan," kata beliau sambil menambah "kita bertanggungjawab untuk memahami keperitan mereka yang mengalami kesukaran, tidak kisah siapa mereka."

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihkanya mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Kata beliau, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula Selasa lalu dan sepatutnya berlarutan sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.


Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?

Petikan Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

"Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November.

"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh.

"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - "good governance", dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment