Thursday, November 3, 2011

RG2011... ~~~Tatapan~~~

 


ORANG ramai melihat buaya sepanjang lima meter yang ditangkap seorang lelaki selepas terkena umpan dipasang 
pada mata kali, di Sungai Niah, Miri. Foto: Abd Rahman Adam (09/10/2011)

SEORANG kanak-kanak berkesempatan memegang sebiji labu gergasi yang diberi 
nama 'Halloween Pumpkin' seberat 45 kilogram dijual kepada penggemar labu dengan 
kadar harga RM1,200 di pusat membeli belah Bangsar Village di sini semalam. 
Menurut penjual labu gergasi itu yang dikenali sebagai Tan, beliau mempunyai lebih 
30 jenis koleksi labu pelbagai saiz dan bentuk yang diimport dari Amerika Syarikat. 
Foto: Nik Hariff Hassan (12/10/2011)

KUALA LUMPUR: Gelagat seorang pemuda yang terpaksa menggunakan kepingan kotak bagi menutup kepalanya 
untuk mengelakkan dibasahi hujan lebat ketika melalui Jalan Ampang, semalam. Mengikut ramalan Jabatan Kaji 
Cuaca Malaysia, ribut petir kerap berlaku pada sebelah petang hingga ke malam dengan suhu 24°C dan berlarutan 
sehingga Sabtu depan. Laporan itu disediakan berikutan ribut petir dan hujan lebat tak menentu itu yang berlaku 
di beberapa negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Foto: Nik Hariff Hassan (2/11/11)

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada 118 pelatih tertumbang semasa Perbarisan Tamat Latihan Kursus 
Asas Inspektor (KPSL) Siri 1/2011 di Maktab PDRM Kuala Lumpur. Foto: Lim Poh Chin (2/11/11)

KOTA KINABALU: Beginilah keadaan kepala dan gerabak keretapi yang dilanggar sebuah lori tangki minyak di Kepayan, 
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku petang semalam. Kejadian berlaku 
kira-kira 5.30 petang apabila lori tangki yang sedang melintasi trek keretapi tersebut dirempuh oleh keretapi dan punca 
sebenar kejadian sedang disiasat. Foto: BERNAMA (1/11/11)

Seorang warga Thai menggunakan penyapu untuk mendayung bekas plastik yang besar di jalan yang banjir 
di Bangkok, Thailand. Sungai Chao Phraya yang melalui ibu kota Thailand merekodkan paras air tertinggi pada 
hari Jumaat. Foto: Aaron Favila/AP (28/10/11)

TIMBALAN Mufti Perak, Zamri Hashim membantu menyempurnakan proses menurunkan sebahagian daripada 
1.5 tan abu yang terhasil daripada pembakaran puluhan ribu naskah al-Quran dan pelbagai jenis kitab yang rosak 
atau mengandungi kesilapan dari segi cetakan ayat ke kawasan laut dalam di perairan Pulau Sembilan dari atas 
Kapal Maritim (KM) Marlin, milik Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) di sini. Foto: Ikhwan Munir (18/10/2011)

TIGA kanak-kanak, Yong Sook Ching, 4 (kanan), Sudama, 4 (tengah) dan Sofia Kwok, 4 (kiri) begitu teruja apabila 
dapat memegang telur pada majlis pelancaran Hari Telur Sedunia Peringkat Kebangsaan di Wisma Tani semalam. 
Suruhanjaya Telur Antarabangsa menganjurkan setiap tahun pada hari Jumaat kedua pada bulan Oktober sebagai 
Hari Telur Sedunia bagi menggalakkan orang ramai memakan telur. Foto: Afendi Mohamed (14/10/2011)

DUA kanak-kanak kecewa sebaik mendapati Lagun Kuala Semerak, Tok Bali, ditutup oleh MDPP untuk orang 
ramai selepas mengorbankan 28 orang sehingga 3 September lalu. Foto: Azlan Hafeedz (30/09/2011)
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment