Tuesday, January 3, 2012

Re: RG2011... Fw: Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat


Allah..Allah..kisah hidup org mampu menjd pengajran utk kita.. :)
tidak kira wanita atau lelaki-----ketika marah amalkan sunnah yang nabi kta aja nak hilangkan rsa marah.


"Sesunggunnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: "Jika salah sorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk).Jika tidak hendaklah ia berbaring."


Tujuan nabi mengajar begini supaya kita dapat jauhkan tubuh kita dgn org yg sdang kita marah. marah bleh menybabkan tgn naik ke muka dan badan. maka, pesan nabi tetap relevan sampai bila-bila.. :)

InsyaAllah. 




From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 30 December 2011, 13:13
Subject: RG2011... Fw: Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat

 
----- Original Message -----

Pegawai PTD Wanita Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat

Posted by greenboc
 
Sepang – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir (gambar), 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -kosmo

Pegawai PTD dituduh pukul suami


SEPANG: Akibat memukul suaminya dengan menggunakan fail pejabat dalam satu perselisihan faham, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebuah kementerian di Putrajaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang di sini, semalam.

Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zuhrina Mohamed Nor yang bertindak sebagai Majistret.

Kamaliah dituduh mencederakan suaminya, Zaihan Md Lani, 49, ketika menaiki sebuah kereta di Simpang 3, Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya pada 3 Mac lalu.

Kamaliah yang memakai baju kurung kelabu dan bertudung gelap serta tidak diwakili peguam membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Zuhrina menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Aqeeb Lizalman Zamery.
-BH


No comments:

Post a Comment