Tuesday, January 17, 2012

Re: RG2011... Fw: PR Akan Hapuskan Tol PLUS


 Aku menyokong penuh penghapusan tol ni, Tapi tolong Jangan biarkan DAP yang dapat Putrjaya tu. Selangkah DAP ke Putrajaya tu, Habis la..Siapa yang boleh control DAP tu? Sedangkan sekarang pun PAS diberikan peranan-peranan kecil sahaja manakala yang cina ni yang control pembangunan. Sedangkan usaha orang2 PAS menarik orang ramai untuk join PAS pun takde. Bila berhujah, lansung tak berhemah. Camne nak tarik orang? Orang makin menyampah adalah. Bukan tak nak sokong, tapi menyampah melihat gelagat orang2 yang di katakan parti pendukong agama islam berhujah.

Pada aku, kalo dah berjanji mesti dikotakan. Jika tak mampu, sila jangan janji berlebih-lebihan. Lebih baik kata Insyallah. Biar orang melayu yang mengeluarkan kenyataan. memang hasrat tersebut tersangat murni dan baik untuk rakyat. Tapi janji-janji yang berlebihan ini akan jadi point kepada pihak BN sekiranya ianya tidak terlaksana. Lebih baik dah dapat, buat kajian, baru umumkan. Aku tak nak nanti jadi seperti kes kandang khinzir pula.

Orang PAS jangan marah aku, aku pun orang PAS juga, dan aku setuju kalo ada orang kata PAS ni dah tersasar daripada tujuan asal. Lebih baik fikir2kan dan juga jangan biarkan DAP yang naik. Aku tetap mengundi PAS, tapi aku lebih berharap lebih ramai lagi yang mengundi untuk PAS kerana tertarik dengan akhlak orang PAS dan bukan undi PAS kerana kecewa dengan Parti lama,.


From: amirul nizam <amirul.nizam@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 16 January 2012 10:51 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: PR Akan Hapuskan Tol PLUS

 
pasal toll gate girl tu,, kita tak perlu lah nak fikir, tu plus lah fikir,, sepatutnya dia orang dah plan apa nak kena buat pasa staff dia,, VSS ke,, apa ke,,
 
untung dah banyak  24.3 billion (aku pun tak tahu banyak mana duit tu) mana pegi duit tu?
masa ni lah nak gunakannya,,
 
 
aku tak kisah lah,, kalau Pakatan rakyat tak boleh nak buat,, tukar lah balik,, maki lah dia nanti bila PRU14
 
toll hapus,, minyak turun...
air murah,, letrik murah...
 
banyak faedah ni..
knp taknak???
 
kan ke orang malaysia suka bebnda camni...
 
so,, fikir fikir kanlah....
 
 
 
 


 
2012/1/17 mohd fairul ab. wahid <mofaawa@yahoo.com>
kalu plus free,,, sape nk byr gaji toll gate girl? sape nk byr gaji engineer plus? sape nk repair kalu accident?
hurm.... sedangkn g toilet pn kena byr...



From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, January 15, 2012 3:41 PM
Subject: RG2011... Fw: PR Akan Hapuskan Tol PLUS

 
----- Original Message -----
 
 
Saya petik:
 
Berita 1
 
PR Akan Hapuskan Tol
 
[FMT] PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.
 
"Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

"Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
 
 
Berita 2
 
PR Akan Batal Penyenaraian Felda Global
 
[TMI] ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika mereka menguasai persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua biro PKR Felda and Orang Asal Suhaimi Said memberitahu konvensyen PR di sini penyenaraian tersebut bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah persekutuan Felda yang bermaksud peneroka-peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah mereka.
 
"(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham," tambahnya.

FGVH, bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian tersebut dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.
 
Tetapi cadangan telah ditentang pembangkang daripada Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan terhadap 200,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas — kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiar antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.
 
P/s: Macam biasa, pencacai akan mempertikai kenyataan ini terutamanya berkaitan dengan pemansuhan tol. Hujah saya mudah, tolong undi PR dalam PRU13, biar mereka buktikan. Jika gagal, anda makilah cukup-cukup. Dalam PRU14, anda undilah BN semula!
 
 

Tol PLUS Hapus Jika Pakatan Rakyat Memerintah


ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.
"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.
Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.
"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.
Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.
Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga.TVS





No comments:

Post a Comment