Wednesday, January 18, 2012

Re: RG2011... Menjadi pemimpin adalah amat berat namun ramai yang tergila gila merebutnya

 

Terimakasih Info yg sngt menafaat semua allah swt memelihara awak spajang hayat amin..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 18 Jan 2012 12:26:39 +0800
To: Al Falaah Group<al-falaah@yahoogroups.com>; Hidayah Net<hidayahnet@yahoogroups.com>; Ingatan Group<ingatan@yahoogroups.com>; PenawarKu<Penawarku@yahoogroups.com>; Perisik Rakyat<PerisikRakyat@yahoogroups.com>; RG09 group<respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatTazkirah<SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Menjadi pemimpin adalah amat berat namun ramai yang tergila gila merebutnya

 

Pemimpin yang sebenarnya yang menetapi kehendak al Quran dan Hadis hanya berlaku keatas beberapa pemimpin pilhan Allah sahaja.Memang jarang ada pemimpin yang baik lagi adil.Namun kalau ada pemimpin yang baik seolah olah jadi sunatullah tidak panjang umurnya pula. Macam bunga asli tidak lama kembangnya dan cepat pula layu.Tetapi bunga plastik bunga palsu memang tahan lama dengan kepalsuannya.

Menjadi pemimpin yang baik adalah kerja yang amat berat.Perlu berlaku adil dan bertanggung jawab bukan sahaja terhadap semua manusia dan semua makhluk di atas bumi bahkan perlu bertanggung jawab juga di hadapan Allah.Namun mengapa jawatan pemimpin tetap jadi rebutan? Sepatutnya kita bersyukur dan berundur kalau ada orang yang lebih baik dari kita nak memimpin.Umpama kita di cabar terjun kedalam laut dalam untuk menangkap jerung.Tentu kita tak sanggup? Kalau ada orang lain yang boleh terjun tentu kita rasa legakan? Begitulah untuk menjadi pemimpin yang adil.Hakikatnya jauh lebih susah dari menangkap jerung itu.

Di sini saya paparkan contoh pemimpin yang adil yang amat sulit dan amat berat untuk melaksanakan.Semoga kita di anugerahkan Allah dengan seorang pemimpin saperti ini.

Pemimpin contoh yang saya maksudkan ialah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Sebelum dilantik menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz memakai wangi wangian dari jenis yang terbaik, duduk di atas singgahsana yang megah, memakai pakaian yang mahal mahal dan mewah, menikmati makanan yang enak, menunggang kuda yang paling elok dan terbaik dan mempunyai pendapatan yang lumayan.Tetapi setelah di lantik menjadi khalifah semuanya (hartanya) di wakafkan jadi milik negara.Waktu beliau di lantik sebagai khalifah beliau berpesan "Kalau saya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kebenaran, tinggalkan, jangan ikut dan tetaplah dengan berpegang teguh dengan kebenaran itu saja".

Setelah dilantik menjadi khalifah dia memanggil isterinya dan berkata bahawa dia tidak dapat lagi menjadi suami yang baik, lalu suruh pilih sama ada hendak hidup susah bersamanya atau bercerai.Isterinya memilih untuk bersusah payah bersama Khalifah Umar dan seluruh perhiasan dan intan permata yang diberi oleh ayahnya diserahkan kebaitulmal.

Isterinya menceritakan "Dia (Umar Abdul Aziz) mengingat Allah ditempat tidur.Tubuhnya gementar laksana seekor burung pipit yang kesejukan kerana takutnya kepada Allah. Bahkan kadang kadang aku (isterinya) berkata kepada diriku sendiri: Jangan jangan esok pagi, di saat semua orang mulai bangun, mereka telah kehilangan khalifah mereka."

Isterinya juga berkata "Demi Allah dia bukanlah orang yang paling rajin melakukan solat dan puasa tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat orang yang lebih takut kepada Allah daripadanya."

Langkah awal pemerintahannya, dia bertindak melantik 10 orang ulama yang soleh dan terkemuka sebagai anggota majlis penasihat.Pada mesyuarat majlis yang pertama Umar berpesan:

"Saya ajak tuan tuan berkumpul di mesyuarat ini adalah untuk melaksanakan suatu tugas yang di janjikan beroleh pahala dari Tuhan.Tuan tuan akan menjadi pembantu saya dalam menegakkan kebenaran atas nama Allah.Saya berharap seandainya tuan tuan melihat tindakkan saya nanti bertentangan dengan hukum Allah, ingatkan saya dan tunjuk ajar saya kejalan yang benar."

Seorang ulama terkenal bernama Said bin Musaiyab sebelum ini tidak mahu menjejak kaki ke istana untuk berjumpa dengan amir atau khalifah, tetapi sebaik sahaja Umar Abdul Aziz menjadi khalifah dia datang dan selalu menghadiri majlis khalifah dan berbincang mengenai pelbagai masaalah umat.

Pada hari kedua beliau menjadi khalifah satu upacara diadakan dengan beliau di jemput menaiki kuda yang di hiasi dengan mewah.Tetapi beliau mengarahkan segala kemewahan itu di masukkan ke Baitumal dan digantikan dengan sehelai tikar yang beliau hamparkan di atas tanah dan duduk di atasnya.

Lalu Khalifah Umar berkata "Ketahuilah aku bukan seorang yang membuat keputusan,aku hanyalah orang yang melaksanakannya.Aku bukanlah orang yang membuat peraturan baru tetapi sekadar mengikuti peraturan itu dan akhu bukanlah orang yang paling baik di antara kam.Aku tidak ada bezanya dengan kamu.Cuma akulah orang yang paling berat beban dan tanggungan di antara kamu."

Pada suatu hari dia menerima surat dari gabenornya di Khurasan yang meminta izin untuk menggunakkan kekerasan terhadap penduduk disana yang memberontak.Tetapi khalifah Umar memberi jawapan bahawa yang dapat membaiki mereka adalah leadilan dan kebenaran.

Ada orang yang menyarankan kepadanya supaya mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menukar kiswah (kain menutup Kaabah).Tetapi dia berkata wang itu lebih baik diberikan kepada mereka yang sedang kelaparan.

Semasa pemerintahan khalifah yang terdahulu, sebuah gereja dirobohkan dan di gantikan dengan masjid.Semasa pemerintahan Khalifah Umar, kaum nasranai mengadu akan hal ini.Khalifah Umar segera memerintahkan masjid itu di robohkan dan di gantikan semula dengan gereja semula.Hal ini menimbulkan kontrovesi di kalangan ulama waktu itu. Mereka menemui Khalifah supaya menimbang semula keputusannya.Tetapi khalifah Umar tetap bertegas.Justeru itu ulama mengajala pendeta nasranai berbincang.Akhirnya semua bersetuju masjid dikekalkan dan diberi tapak baru untuk pembinaan gereja.Khalifah Umar amat bersyukur dan merestui keputusan itu.

Semasa khalifah Umar Abdul Aziz meninggal dunia seorang rahib kristian menangis tersedu sedu sehingga menghairankan pengikutnya.Apabila ditanya kenapa? Rahib itu bekata bahawa seorang raja yang adil telah meninggal dunia.Semasa kahlifah Umar sakit seorang rahib kristian juga datang untuk merawat dan mengubatinya.


Sumber: Fitrah Islami Online.

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment