Monday, January 2, 2012

RG2011... Fw: Dua Darjat,Tindakan Polis

 

----- Original Message -----

Dua Darjat,Tindakan Polis Keatas Demo Mahasiswa vs Demo Umno Di Depan UPSI

 
Antara dua darjat :

Sifat double standard pasukan polis terserlah.Tiada apa2 tindakan atau sekatan keatas pendemo Umno yang membuat bantahan keatas Adam Adli di depan UPSI( gambar kiri ).Tiada yang tercedera atau ditangkap,polis kelihatan hanya memantau untuk memastikan demo ini berjalan dengan lancar.

Sementara sikap keras ditunjukkan polis ketika menyuraikan demo mahasiswa didepan UPSI pada malam tahun baru lalu.Mereka hanya sekumpulan pelajar yang ingin suara mereka didengar, mengapa harus bertindak keras sedemikian sehingga ada yang tercedera.

Insiden malam semalam ini menyaksikan Timbalan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala( gambar kanan ) manakala 20 mahasiswa ditahan.

Percayalah sikap berat sebelah pihak polis yang didalangi Umno ini menambahkan lagi kebencian rakyat.Jom kuburkan Umno pada PRU 13...

Pengakuan Mengejutkan siswi Yang Ditahan Polis


Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti NurulPiteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

 Menurutnya yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012)."Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

"Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.", ceritanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut 'bar exam'

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

"Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

"Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas" yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan."

"Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku."
Tanpa Nama berkata...

Seluruh rakyat Malaysia wajar bangkit... hentikan kezaliman UMNO/BN.... bangkit seluruhnya.

hussin berkata...

dato paduka junaidi,

malu kawae. ilmu setinggi mana pun kalu dok sokong hok batil, tak ke mana. setakat dunia jah laa. jaga laa jawatan tu, insya' Allah lepas pru 13, dato paduka tahu laa langit tinggi rendah....

heh heh heh

malu ambo, ingat boleh tupae, meleset!

Tanpa Nama berkata...

Pelajar-pelajar itu perlu mengadukan kepada QS dan THES yang mengawal ranking universiti di dunia. Atau menulis kepada universiti-universiti tersohor di peringkat dunia supaya memboikot sebarang bentuk kerjasama dengan IPTA-IPTA Malaysia kerana sikap yang tidak wajar kepada mahasiswa. Sekiranya QS dan THES atau universiti-universiti itu mengambil tindakan, ramai NC yang akan menggigil ketakutan

 

 

'Batu ajaib' berterbangan dari langit, hinggap ke bibir siswa.....sapa kata polis keras

 
[sumber .]

[sumber .][sumber .]

Kononnya tersebutlah al-kisah sekawan batu dari langit bertebangan hingga menyingah ke bibir seorang mahasiswa yang sedang memmanifestasikan perasaan mereka akan ketidakpuashatian mereka diUPSI.

Segerombolan polis yang dalam keadaan panik bertungkus-lumus menanhan batu-batu ajaib yang berterbangan tadi.

Maka dimohon rakyat terbanyak agar yakinlah kepada kenyatan polis bahawa polis tidak sesekali menggunakan kekerasan kepada siswa......mereka yang tercedera adalah akibat daripada 'batu-batan' misteri yang berterbangan dari langit......bukankah bumi Malaysia penuh dengan misteri......amacam?.....percaya tak?......terpulang kepada conscience anda...

al-brangionline;

Jangan pandang belakang......maju ke depan......Umno/BN sudah sampai masanya di'tumbang'kan.

p/s Dinasihatkan agar siswa mendapat khidmat kepakaran dari 'perkasa(m?) atau 'perki(u?)da' kaedah mudah dapat permit......ha ha.....

 

Mahasiswa Yang Dipukul Polis Akan Ambil Tindakan Mahkamah

 
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

"Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri."Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata "tindakan perlu" diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa "tercedera sendiri".

"Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya."Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami  akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.Ketika kejadian berkenaan,  Safwan  dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.TMI
Tanpa Nama berkata...

Saya puji kejayaan pembenterasan jenayah oleh PDRM. Dalam pengurusan berkaitan korelasi dengan kebebasan bersuara, PDRM dilihat amat tertekan sehingga sanggup melakukan perkara diluar batasan keugamaan dan moral/etika asalkan kedudukan mereka semua terjamin. Ingat Allah maha Melihat dan kebenaran jajni Allah terus terlaksana sebaik-baik jasad disemadikan bahkan balasannya amat segera terhadap mereka yang teraniaya. Muhasabahlah sebelum kita dimuhasabah.

 

 

WAJIB TENGOK!!! PUAK United Malay National Organisation NI SURUH POLIS TEMBAK MAHASISWA.


Kalau yang kena sepak terajang tu keluarga dia, aku nak tau gak dia nak kata apa???

"Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 

Pihak Polis Tidak Wajar Bertindak Keterlaluan Terhadap Para Mahasiswa

PDO

TANJUNG MALIM, 1 Jan - Kira-kira dua puluh orang aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi. Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang (foto) dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan. Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River. Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius. Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh. Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi. Safwan dipercayai patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala semasa insiden itu.


[Difahamkan, kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini. 17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. Persoalannya, kenapa pihak polis boleh bertindak ganas terhadap Mahasiswa?. Kenapa perlu gunakan kekerasan, sedangkan mereka menuntut kebebesan yang ada dalam perlembagaan. Polis beekrja untuk siapa?. Bukankah rakyat "pembayar cukai" yang membayar gaji mereka. Tindakan polis yang lebih gemar bertindak atas arahan politik dilihat satu kesilapan besar yang menyebabkan rakyat semakin benci dengan institusi itu. Mereka harus patauh kepada Allah Yang Maha Esa dan bukannya arahan pemimpin yang takut untuk kehilangan kuasa. Polis juga adalah manusia dan makhluk Allah yang diberikan akal fikiran. Kenapa mereka sanggup memperlakukan rakyat sesuka hati atas nama undang-undang yang dicipta oleh manusia?. Bukankah mereka semua akan mati dan mengadap Allah suatu hari nanti?. Ingatlah, setiap yang kita lakukan atas dunia akan diadili di akhirat kelak].
 
 

Keganasan Polis Keatas Mahasiswa UPSI

Suasana di hadapan UPSI sebelum pihak Polis & FRU bertindak kasar pada Kumpulan Mahasiswa yang mengadakan Perhimpunan Anti AUKU.
Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH
Keranda AUKU protes Najib Razak di UPSI!
Antara Mahasiswa yang cedera selepas diserang oleh pihak Polis & FRU yang bertugas.
Safwan Anang ketika dirawat di klinik sebelum dibawa ke Hospitak Slim River untuk rawatan susulan. Ketika ini Safwan sudah sedar dari pengsan & mengadu sakit dada selain sukar untuk bernafas. Tulang rusuk beliau disyaki patah selepas dipijak didada oleh Pihak Polis & FRU.
Adam Adli ketika ditahan sidalam lokap IPD Tanjung Malim sejurus sebelum diambil rekod, barangan peribadi & ditahan secara rasmi oleh pihak Polis.
Mahasiswa yg ditahan termasuk adam adli (bbaju merah) sedang menunggu siasatan. Semua keletihan..

Artikel berkaitan DISINI,DISINI dan DISINI.Kredit untuk Topeng Perak,Anak Sungai Derhaka dan JKK Fan Club...

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment