Thursday, January 26, 2012

RG2011... iklan: Apa itu unit trust ( Unit Amanah)

 


 

Apa itu unit trust?


Untuk pengetahuan, Unit Trust (UT) merupakan suatu bentuk pelaburan
kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan
yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka, dan kemudian dilaburkan
ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh
Pengurus Dana Profesional.

Ini bermakna pemegang unit tidak membeli saham terus kepada portfolio/
kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika
nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau
turun. sbb tu dinamakan unit amanah. Amanah pula sbb pelaburan tu akan
diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.


Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai
Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga
belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan
oleh pelabur.


Kelebihan


1) Pulangan antara 10-12% setahun

2) Modal yang tidak hilang

3) Insuran takaful percuma

4) Pelaburan yang berlandaskan islamik

5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)

6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia

7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun

8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan
bulanan serendah RM100 (tak semestinya tiap2 bulan, ikut

suka , boleh buat pengeluaran dari duit EPF ( dividen EPF tahun lepas
5.65% ~ cukup sikit , Public Ittikal memberi pulangan

15.5% pada tahun 2004 dan Public Islamic Equity 18% cukup2 tinggi )

9 ) Nak beli rumah?tengah kumpul duit?lebih baik simpan duit yang ada
di Public Mutual dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)


Produk Pelaburan Islam Public Mutual


Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan
risiko yang anda mahu.

- Public Ittikal Fund (P Ittikal)

- Public Islamic Equity Fund (PIEF)

- Public Opportunities Fund (PIOF)

- Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

- Public Islamic Bond Fund (PIBF)


Ciri-ciri Dana Berlandaskan Syariah


Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan
yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak
dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan
konvensional serta insuran.


Penasihat Syariah


Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public
mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia
(IBFIM).Jangan risau pelaburan anda dijamin halal.


Sesuai untuk pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan sederhana
hingga jangka panjang


Unit Trust adalah produk pelaburan yang sesuai untuk pelabur yang
mempunyai matlamat pelaburan bagi tempoh sederhana hingga jangka
panjang. Biasanya, pulangan daripada pelaburan dalam Unit Trust tidak
diperoleh dengan cepat seperti pelaburan dalam pasaran saham. Selain
itu, harga Unit Trust tidak mudah berubah sebagaimana harga saham.
Oleh itu, pelabur harus mempunyai matlamat pelaburan bagi tempoh
sederhana hingga jangka panjang bagi mendapat manfaat sepenuhnya
daripada dana Unit Trust.


Bagaimana dana Unit Trust dilindungi?


Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam Unit Trust dipastikan
melalui cara Unit Trust itu dibentuk. Unit Trust sebenarnya satu
amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan
kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam Unit Trust
iaitu:

Pemegang Unit (anda) yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;Syarikat
Unit Trust (contoh; Public Mutual) yang menyediakan pelaburan,
perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; danPemegang amanah (contoh;
Amanah Raya Berhad) yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang
unit.


Pemegang Amanah


Pemegang amanah diberi kuasa untuk bertindak sebagai penjaga dana dan
menjaga kepentingan pemegang unit/pelabur.






--
Izuddin Ali
Unit Trust Consultant, Public Mutual Bhd,
H/P: 013 5309090
Email:dinz08@gmail.com

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment