Friday, January 27, 2012

RG2011... TRANSFORMASI NAJIB MENAIKKAN INDEKS KEBEBASAN MEDIA MALAYSIA MENINGKAT.

 

Sumber : http://en.rsf.org/press-freedom-index-2011-2012,1043.html


Tahniah kepada DS Najib atas transformasi yang dibuat oleh beliau membuatkan ranking indeks kebebasan media di Malaysia meningkat naik begitu tinggi berbanding tahun yang lalu.

Tahun lalu Malaysia diranking ke 144.

Tahniah juga kepada DS Hishamuddin (KDN) dan DSU Dr. Rais Yatim (KPKK) yang berjaya 'membebaskan' media. Kepada seluruh warga KDN dan KPKK terutamnya Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dan SKMM yang mengambil tindakan yang bijaksana dalam mengendalikan media di Malaysia, tahniah juga MyMassa ucapkan.

MyMassa nak tunggu adakah pembangkang akan mainkan isu ranking kebebasan media atau tidak. Jika tidak, tiap-tiap tahun pembangkang terutamanya PKR akan 'bising' mengenai isu ini. Kononnya Malaysia mengamalkan pemerintaha kuku besi termasuk terhadap media. Lebih membanggakan, kedudukan Malaysia pada tahun ini adalah antara terbaik di Asia Tenggara berbanding Singapura, Thailand dan Indonesia yang sering dibangga-banggakan oleh pembangkang. Malah Turki yang menjadi rujukan Anwar Ibrahim juga tewas teruk kepada Malaysia.

Nah! Setelah SISTEM KEHAKIMAN dibebaskan kini giliran MEDIA pula bebas di bawah kepimpinan transformasi DS Najib Tun Abdul Razak. Kita tunggu apa kata pembangkang selepas modal politik mereka telah tidak laku lagi.

*Tak sabar nak baca ulasan portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider mengenai perkara ini. MyMassa harap berita ini dapat jadi muka depan Utusan dan Berita Harian. Biar semua rakyat tahu bahawa di bawah kepimpinan DS Najib, satu dimensi baru pentadbiran negara akan tercipta. 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment