Wednesday, April 25, 2012

Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang

 

Tak faham atau buat-buat tak faham.. prof cuba meremehkan kesaksian mata dan menekankan kesaksian (bukti) dokumentasi yang menjadi rahsia sulit kerajaan. Strategi yang prof gunakan untuk menghujah ini adalah antara strategi yang sering digunakan pihak yang menentang dakwa Rasulullah suatu ketika dulu.. walaupun mereka sudah menyaksikan dengan mata mereka akan kebenaran ajaran Rasulullah tapi mereta tetap meminta yang bukti yang lain tentang kewujudan Allah.. syabas kerana tahap ilmu perdebatan prof memang tinggi.
 
Saya nyatakan dengan jelas kesaksian dengan mata indera saya anugerah Tuhan Semesta Alam, tapi prof pula meminta kesaksian berupa kertas ciptaan manusia. Data berbentuk nombor juga buatan manusia. 
 
Jika suatu masa prof melihat sendiri satu kejadian dengan mata kepala prof, adakah prof masih juga mahukan kesaksian berupa kertas untuk mempercayai apa yang prof telah lihat itu.
 
Malang sungguh kerana saya tidak upaya untuk membentangkan kesaksia berupa kertas atau dokument kerana ia berada jauh daripada kemampuan saya. Cukuplah apa yang saya sendiri saksikan sebagai satu keyakinan betapa penipuan itu sedang dan telah berlaku.
Saya bukan mendengar seperti "ketua jabatan" tapi saya menyaksikan sendiri segala perbuatan.
 

--- On Tue, 24/4/12, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "lah68_ripen@yahoo.com.sg" <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Date: Tuesday, 24 April, 2012, 10:42 PM

 
mesti ada kesahihan. Amat mendukacitakan kalau ada orang yang terima tanpa bukti. Amat malang kalau budaya ini berleluasa. Budaya ini telah menular merata-rata sehingga ketua-ketua Jabatan bertindak kerana dengar-dengar saja. Macam sinetron dimana cerita berkisar sekitar dengar-dengar. Apa nak jadi kalau mindset kita begitu rupa?
 
rhirowati - rhirowati

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, April 21, 2012 11:54 PM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
BUKTI? adakah bukti sahaja yang boleh menjadi kita percaya kepada sesuatu perkara? Jika ianya benar-benar berlaku di depan mata kita adakah kita masih lagi mencari bukti untuk mempercayai apa yang kita lihat dan saksikan? Alasan kita kekurangan tenaga buruh adalah sangat rapuh, kebanjiran mereka di Sabah bukan untuk menjadi buruh atau pekerja ladang. Kalau adapun yang menjadi buruh atau pekerja ladang kebanyakannya  datang dengan pas kerja, mereka hidup dengan bekerja sendiri dan ada juga yang berniaga kecil-kecilan. Kehadiran mereka lebih kepada mencari rezeki dan ditambah pula peluang untuk menjadi warga negara. Banyak kali juga saya mendengar keresahan yang tidak berasas apabila Pulau Pinang kononnya akan menjadi seperti singapura di bawah kepimpinan DAP. Tapi yang nyata negara Malaysialah yang sedang bertukar menjadi Singapura dengan memberikan kerakyatan kepada warga asing..bukankah itu yang profesor katakan? Adakah profesor sedar akan agenda British ketika membawa masuk rakyat india dan cina ke tanah melayu? Adakah profesor sedar bahawa agenda ini terhasil daripada kegagalan mereka dalam perang salib? Adakah profesor sedar yang mereka melihat tanah melayu adalah diantara tempat yang menjadi pusat perkembangan Islam yang harus ditangani? Adakah profesor sedar bahawa mereka memang mempunyai agenda yang amat besar dan diinspirasikan dalam The New World Order. Kini Malaysia sedang meniru agenda itu, ini adalah hasil daripada nasihat para pakar YAHUDI (APCO). Maka tidak hairanlah dikebanyakan kawasan melayu daftar pengundi baru mencacak naik dalam jumlah yang amat meragukan. Mengapakah itu berlaku? apakah kaitannya dengan kesengsaraan yang dialami oleh bangsa yahudi suatu masa dulu? Kalau profesor tidak dapat melihat hubungkait perkara ini, jelaslah profesor belum mengunakan sepenuhnya kebijaksanaan minda yang Allah berikan. Untuk pengetahuan profesor, saya hanya seorang guru biasa yang mengajar disebuah sekolah rendah. Dengan data yang ada disekolah semuanya sudah jelas kehadiran PATI yang bertambah saban tahun. Saya akui saya tidak memiliki kelulusan yang tinggi seperti profesor. Tapi saya lebih suka menilai dan mencari hubungkait sesuatu perkara yang berlaku disekeliling kita. Sesuatu yang amat buruk semakin berkembang dan ianya langsung tidak disedari baik orang Islam mahupun agama lain. Semuanya berlaku dan mempunyai persamaan dan perkaitan antara satu sama lain, dan ianya berlaku diseluruh dunia....The New World Order.....
 
Nabi pernah berpesan jangan pandang siapa yang berkata-kata tapi pandanglah apa yang dia perkatakan walaupun dia hanya seorang penjual di pasar atau seorang budak.
 
Satu lagi dipetik dari tulis profesor rio sendiri... british memberikan kerakyatan kepada india dan cina dan Malaysia menandatangani perjanjian kemerdekaan dan jaminan terhadap keselamatan rakyat cina dan india. Kini Negara meniru dengan meberikan kerakyatan kepada bangsa asing tapi bukan kerana ketandusnan tenaga kerja.. ia lebih kepada fungsi mereka dalam PRU nanti. Adaakh profesor sedar hal ini? dengan berbuat demikian, siapakah sekarang uang sebenar-benarnya mahukan kuasa hatta sanggup menipu demi kuasa? --- On Sat, 21/4/12, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
To: "lah68 ripen" <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Cc: "respek" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Saturday, 21 April, 2012, 10:13 PM

         Ripen kenalah bawa bukti. Kalau sorak tanpa bukti orang tidak akan dengar. Ini sama dengan Singapore yang beri kerakyatan kepada rakyat asing untuk jadi warganegara sedangkan rakyat asal Singapore terpinggir. Juga, kalau di zaman British dulu pun British beri kerakyatan kepada warga India dan Cina untuk menampung kerja buruh. Mungkin Malaysia ketandusan manual labour dan menjadi asset kepada negara kerana rakyat Malaysia sendiri tak mahu jadi amah, kuli kotrak, penoreh getah dan kerja lowlying. Nak ambil foreign workers mahal dan membebankan rakyat Malaysia. Maka mahu tak mahu kena wujudkan generasi baru  "lowly paid citizens sesuai dengan pendidikan mereka masa kini untuk kerja-kerja yang rakyat Malaysia tak mahu. Satu lagi kumpulan ialah orang-orang Bangala kerana mereka sanggup buat manual jobs.
 
rhirowati - rhirowati
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, April 21, 2012 4:20 PM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
Apa prof nak kata, katalah, sama ada benar atau tidak otak saya pincang yang penting bagi saya ialah nasib rakyat sabah yang terhimpit dengan kehadiran ratusan juta pendatang asing yang mendapat kerakyatan atau taraf penduduk tetap di negeri sabah( walaupun baru menetap dalam tempoh 3 hingga 6 bulan sahaja). Saya tidak mempunyai apa-apa untuk membawa gelaran prof kepada saya seperti puan rio, tapi saya juga bukan barua yang akan mempertahankan setiap kepincangan yang dilakukan dalam SPR mahupun Jabatan Pendaftaran. Saya merasai dan melihat dengan mata saya sendiri bukan sekadar mendengar cerita atau kabar. Biarkanlah otak saya pincang asalkan tujuan saya tidak pincang hanya kerana mengharap redah dari manusia ataupun orang yang bergelar profesor, doktor, Tun, Tan Sri atau siapa pun dia. Saya mendoakan semoga prof rio lebih berjaya dan dapat terus membimbing para siswa/i kearah yang benar dan diredhai Allah SWT bukan redha manusia. HAHAAHAHAAAA... otak saya pincang hasil daripada diagnosis pakar yang bertaraf prof... thank you my dear....
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dianugerah akal dan minda. Saya cadangkan agar profesor rio cuba melihat dan meneliti secara profesional sebua filem dokumentari berjudul "THE ARRIVAL" semoga akan dan minda kita akan lebih memahami mengapa dewasa ini semakil ramai antara kita yang hanyut dibawa arus kemodenan dan teknologi ini. Dan kemanakah arah kita nanti sebenar-benarnya. Dan yang paling penting kita menyebelahi pihak yang mana?
 
Soalan saya seterusnya.. apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan belajar atau ilmu? sejauh manakah ijazah atau phd menunjukkan tahap ketinggian ilmu yang kita miliki? Adakah benar mereka yang tidak mempunyai ijazah atau PHD adalah orang yang bodoh, pincang otak atau tidak berilmu? siapakah yang menwujudkan ijazah dan phd ini? Adakah syaidina Umar, Othman, Abu Bakar mempunyai ijazah atau phd maka mereka dikategorikan sebagai pemimpin dunia Islam yang Cemerlang? Adakah nabi kita Muhammad SAW memiliki PHD atau setaraf?
 
 
--- On Fri, 20/4/12, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "lah68 ripen" <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Date: Friday, 20 April, 2012, 8:44 PM

Ripen kena sedarlah. Saya berjaya sebagai professor kerana kesedaran saya untuk berjaya, buka komplen kerana kepincangan diri sendir. Mungkin Ripen ini pincang otak dan kemampuan serta segala-galanya. Ripen ini kalau tiada diberi peluang, mungkin tak jadi orang
 
rhirowati - rhirowati
From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, April 19, 2012 8:29 AM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
thumb up buat sdr lah68 ripen.. walaupun saya bukan warga sabah, hanya mencari rezeki di sabah, saya dapat rasakan apa yg dikatakan oleh sdr. kami yg memberi khidmat pd masyarakat setempat menjadi keliru. mereka menghulurkan mykad untuk menerima perkhidmatan, tetapi langsung x tahu berbahasa melayu, apatah lagi berbahasa melayu sabah.... hanya tau cakap tagalog(kalau x silap) sahaja sesama mereka...kalo bahasa2 dr etnik sabah saya masih boleh faham lg... kalo tagalog ni org filipina je yg paham...
 
JO 9 D
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, April 16, 2012 7:20 PM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
Cantas yang tak baik bukan sahaja pemerintah, pemimpin, semua termasuklah kaki tangan kerajaan mahupun pekerja swasta..mana-mana yang memang sah tak baik, tak berkualiti tu kita cantas jer... harap-harap prof rio tidak tergolong dalam kumpulan yang kena cantas hehreheeheee...... sebab cara prof bagi pandangan tu tak salah macam siswa yang masuk U dengan PMR jer...
 
Ini kenyataan yang pahit dari rakyat Sabah. Dulu sewaktu Sabah diperintah BERJAYA keadaan rakyat Sabah amat baik dan setiap tahun menerima wang amanah RM200.. ingat tahun 80-an nilai RM200 jauh lebih besar daripada RM500 yang diterima baru-baru ini dan ianya diterima setiap tahun bukan setiap limat tahun. Anak Sabah yang berjaya dengan cemerlang dalam SRP dan SPM menerima biasiswa daripada Yayasan Sabah. Kini, Apabila BERJAYA tewas dan PBS pula berpaling tadah UMNO pun masuklah ke Sabah. Kemasukan UMNO bukan setakat itu sahaja tapi ia membawa sekali PATI dan memperkenalkan "Projek IC" semata-mata untuk memberikan hak mengundi kepada PATI. Kebanyakan PATI yang baru sebulan dua masuk ke Sabah dicari dan diberikan Kad Pengenalan kemudian di daftar sebagai pengundi. Ketua-ketua kampung mengambil peranan untuk memasikan mereka ini sampai ke pusat mengundi dengan menyediakan beberapa buah bas percuma dan dibayar RM50 - RM100 setiap orang.
 
Kesan daripada itulah kini Sabah sudah dibanjiri dangan PATI dari Indon dan Filipina dan perkara ini berterusan sejak 1990 hingga kini (2012). Mereka masuk dengan mudah dan menetap di rumah-rumah saudara mara yang telah mendapat kerakyatan, jadi tidak hairanlah jika sebuah rumah diduduki oleh 5 - 6 buah keluarga dan keluarga yang ada pula silih berganti. Kini setiap inci kita bergerak kita akan terserempak dengan seorang PATI dan tak kira walau di manapun kita pergi kita akan terserempak dengan mereka.
 
Dianggarkan jumlah rakyat asing di Sabah hampir sama dengan kaum bumi putera sendiri.
Boleh dikatakan setiap 3 daripada 8 rakyat sabah adalah PATI yang mendapat kerakyatan walaupun hanya menduduki Sabah dalam tempoh 3 - 6 bulan sahaja. Data ini boleh diperolehi melalui pendaftaran murid sekolah diseluruh Sabah. Itupun bukan semua murid asing bersekolah... kebanyaknnya jadi kutu rayu di pusat bandar atau pekan. Inilah perubahan yang dibawa oleh BN untuk rakyat Sabah. --- On Sat, 14/4/12, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "razali_ali002@yahoo.com" <razali_ali002@yahoo.com>
Date: Saturday, 14 April, 2012, 1:19 PM

 
Tak perlu tukar pemerintah. Cantas saja yang tak baik. Masih ada ramai lagi yang elok-elok. Pemerintah baru lebih membawa padah sebagaimana tukar-tukar ketua jabatan membawa pada kepada sesuatu institusi. Lihat dengan mata hati dan jangan taksub. Fikir dengan jelas. Ayuh, orang melayu, takkan seumur hidup nak buat kesilapan demi kesilapan. Lepas itu mengenang nasib duduk ditangga.
 
rhirowati - rhirowati
From: razali ali <razali_ali002@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, April 12, 2012 9:34 PM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
kalau nak selamat kita kena tukar pemerintah...tak usah la kita takut dengan propaganda..parti umno/ bn....tak berlakunya kucar kacir jika kita tukar pemerintah
From: Zulkifli Rajab <dag_904869@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "svy_pug78@yahoo.com.my" <svy_pug78@yahoo.com.my>; "emraan_aa@yahoo.com" <emraan_aa@yahoo.com>; "mohdhanif_ibrahim@yahoo.com" <mohdhanif_ibrahim@yahoo.com>; "muntalib@drew.com.my" <muntalib@drew.com.my>; mohd zamali mohd ali <mohd_zac@yahoo.com>; "xavern84@yahoo.com" <xavern84@yahoo.com>
Sent: Wednesday, April 11, 2012 1:10 PM
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
Salam, cuba pikir siket,
 
"Ada seorang penghuni yang anaknya seorang pendakwah dan penceramah terkenal yang selalu muncul di TV. "
 
Macam mana ni....anak seorang pendakwah dan penceramah buat lagu ni kat orang tua, sendiri pun tak betul macam mana nak dkwah org...Hairan aku!!!!!!
 
 
From: "anis1222@yahoo.com" <anis1222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 10 April 2012, 8:05
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
Pastikan rezeki drp sumber halal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: Zaid Mat San <zedmsan@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 9 Apr 2012 06:29:14 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 
Didiklah anak-anak dengan baik......berdoalah..........
From: Muhammad Farizan <muhammad_farizan@jabil.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: melayucyber@yahoogroups.com
Sent: Monday, April 9, 2012 9:35 AM
Subject: RG2011... Bagaimana Nasib Kita Akan Datang
 

Bagaimana Nasib Kita Akan Datang

Malam Jumaat saya berbual dengan Tuan Haji Mohd Redza di Semenyih. Kami sama-sama menghantar anak ke pusat tution. Setiap malam, kecuali hari Sabtu pada masa cuti persekolahan ini kami menghantar anak ke pusat tution. Masing-masing anak bongsu dalam Tingkatan 4.  Tuan Haji Redza bekerja sendiri. Selain bekerja dia juga mengurus rumah kebajikan orang tua. Dia mewakafkan sebahagian tanah rumahnya di Sasapan Kelubi Beranang untuk rumah kebajikan. Rumah Hasanah yang diurusnya ditubuhkan oleh kaki tangan pekerja hospital Malaysia.  Penghuni rumah Hasanah ini kebanyakannya orang-orang tua yang ditinggalkan waris selepas keluar dari hospital. Menurut cerita Haji Redza, bukan semua penghuni rumah Hasanah ini tiada waris. Ramai yang mempunyai anak tetapi tidak mempunyai masa untuk mengurus ibu bapa yang sakit. Ada juga dalam kalangan penghuni rumah ini yang mempunyai harta.  Katanya ada seorang yang dahulu bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu keluar negara. Ada seorang yang anaknya dua orang mendapat gelaran Datuk. Ada seorang penghuni yang anaknya seorang pendakwah dan penceramah terkenal yang selalu muncul di TV.  Semua penghuni ini tidak pernah diziarahi anak-anak. Kalau ada yang datang pun hanya untuk menuntut harta pusaka atau untuk urusan mengeluarkan caruman KWSP.  Begitulah nasib manusia. Apakah nasib kita di kala tua. Hari ini kita berkorban memberi pendidikan kepada anak-anak untuk berjaya dalam hidup. Adakah anak-anak kita akan menghargai jasa kita dan bekorban kepada kita apabila kita tidak berdaya.  '>Bagimanakah Nasib Kita Di Masa Tua  Malam Jumaat saya berbual dengan Tuan Haji Mohd Redza di Semenyih. Kami sama-sama menghantar anak ke pusat tution. Setiap malam, kecuali hari Sabtu pada masa cuti persekolahan ini kami menghantar anak ke pusat tution. Masing-masing anak bongsu dalam Tingkatan 4.  Tuan Haji Redza bekerja sendiri. Selain bekerja dia juga mengurus rumah kebajikan orang tua. Dia mewakafkan sebahagian tanah rumahnya di Sasapan Kelubi Beranang untuk rumah kebajikan. Rumah Hasanah yang diurusnya ditubuhkan oleh kaki tangan pekerja hospital Malaysia.  Penghuni rumah Hasanah ini kebanyakannya orang-orang tua yang ditinggalkan waris selepas keluar dari hospital. Menurut cerita Haji Redza, bukan semua penghuni rumah Hasanah ini tiada waris. Ramai yang mempunyai anak tetapi tidak mempunyai masa untuk mengurus ibu bapa yang sakit. Ada juga dalam kalangan penghuni rumah ini yang mempunyai harta.  Katanya ada seorang yang dahulu bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu keluar negara. Ada seorang yang anaknya dua orang mendapat gelaran Datuk. Ada seorang penghuni yang anaknya seorang pendakwah dan penceramah terkenal yang selalu muncul di TV.  Semua penghuni ini tidak pernah diziarahi anak-anak. Kalau ada yang datang pun hanya untuk menuntut harta pusaka atau untuk urusan mengeluarkan caruman KWSP.  Begitulah nasib manusia. Apakah nasib kita di kala tua. Hari ini kita berkorban memberi pendidikan kepada anak-anak untuk berjaya dalam hidup. Adakah anak-anak kita akan menghargai jasa kita dan bekorban kepada kita apabila kita tidak berdaya. 
Published with Blogger-droid v2.0.1

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment