Wednesday, April 18, 2012

Re: RG2011... Demosntrasi Anti Lynas Shah Alam

 

Bro Zahar,


Boleh bgtau tk dpt info tu dari mne?
berminat nk tau ni.TQ


2012/4/17 Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
 

Rata2 yg dtg tu org Melayu - aku lalu dan nampak ler mrk semua ni ... hai apa nak jadilah ... kan IAEA dah confirm tak bahaya jd apa nak ditimbulkan isu yg tak sepatutnyer jadi isu. Ini semua keje DAP lah dan PAS pulak nak tunjukkan sokongan pd DAP.
Nadir yg dihasilkan adalah bahan penting dalam pembuatan cip komputer ... kalau bahaya dah lama dah kita mati sbb kita hari2 pakai komputer.
Setakat ni pengeluar terbesar adalah Negeri China yg memonopoli pasaran jd kalau dihasilkan di Malaysia kuranglah untungnyer krn produk Malaysia lg dipercayai dari produk Negeri China.
Kita org Melayu pulak senang2 jadi kuda tunggangan DAP buat aper ... kan.
Wassalam
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
To: Respek Group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 16, 2012 12:17 PM
Subject: RG2011... Demosntrasi Anti Lynas Shah Alam

 

 

Jumlah pendemo yang hadir sekitar 200 orang berbanding dengan jumlah penduduk Shah Alam 646,890.
(sehingga Jun 2011). Itu belum diambil kira jumlah penduduk Bandar Kelang dan Subang Jaya. Adakah
ini petanda majority rakyat menolak politik 'putar belit' Pakatan Rakyat berkenaan isu Lynas ini? Fikir-fikirkan
lah...
 


Khaulah Azwar,
Harakah Daily 15 Apr 2012
 

 
 
(Bantahan Lynas 13 April lepas di Dataran Shah Alam)
 
SHAH ALAM, 15 April: Himpunan Anti  Lynas anjuran Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Shah Alam  petang kelmarin diadakan
secara aman tanpa diganggu polis.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  merangkap AJK PAS Pusat mendakwa  syarikat yang menjalankan projek tersebut diberi hak istimewa dan kedudukan luar biasa sehingga
tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun walaupun menerima keuntungan berbilion ringgit.

Beliau berkata,   "saya bersama saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan pusat  (UMNO) yang seolah-olah lepas tangan terhadap keselamatan rakyat walaupun
sudah sedia maklum.

Katanya, mereka sudahpun bentangkan isu ini   di Dewan Rakyat, projek Lynas bernilai jutaan ringgit itu akan menghasilkan sisa radioaktif.

"Kerajaan tidak akan menutup kilang ini sekiranya Pakatan Rakyat gagal membuktikan kilang itu tidak selamat. Nak buktikan macam mana lagi? Nak tunggu sehingga  semua rakyat mati
baru terbukti ke?," tempelak beliau.
 
Sepatutnya, kata beliau, kalau terbukti ia selamat, baru dibuka, bukan sebaliknya.
Ada satu penjelasan yang boleh memberi penerangan kenapa kerajaan bertindak sedemikian rupa  kerana  pihak-pihak tertentu telahpun menerima duit dan sogokan, ujarnya.

"Pada pandangan saya, mereka telah diberikan duit atau dijanjikan duit berterusan sehingga kerajaan tidak sanggup untuk menukar keputusan yang dibuat," selar Khalid.

Sementara itu, Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berkata, "kita kecam kerajaan pusat sekiranya mereka ingin meneruskan projek Lynas yang sudah pasti memberi
ancaman seluruh rakyat Malaysia.

"Sekiranya mereka teruskan niat itu, kita daripada Pakatan Rakyat bersama badan-badan  bukan NGO tidak teragak-agak mengadakan bantahan besar-besaran seluruh negara.

"Janganlah mereka hanya mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi memberi kesan  buruk kepada semua rakyat," katanya.


Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan Slogan UMNO "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Katanya, slogan yang UMNO sering laungkan  tidak menggambarkan mesra rakyat langsung.

Turut serta dalam himpunan itu adalah Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dan Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Zulkefly Mohamad Omar.
 
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang dan wakil ABU, Haris Ibrahim.

Difahamkan, himpuna  anti Lynas   diadakan serentak petang semalam, di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri) dan Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu).

Lokasi lain yang turut terbabit adalah Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).


Kilang bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.

Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa akan menghasilkan sisa radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment