Wednesday, April 18, 2012

Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 

Pandangan kita memang begitu. Persoalannya adakah pandangan rakan-rakan mereka yang bukan rakyat Malaysia dan pandangan profesor-profesor atau pensyarah di mana mereka menuntuk adalah sama dengan pandangan kita. Mereka berada di negara yang tidak menganggap demosntarsi sebagai kesalahan apatah lagi jika ia berlaku dalam suasana aman. Persoalan disini sebenarnya bukan peraturan yang patut dipatui tapi pandangan rakyat asing terhadap negara kita.
 
Kita memang setuju bahawa mereka patut mematuhi segala peraturan dan perjanjian, kita juga boleh mengatakan semua itu adalah kerana kesilapa mereka sendiri yang melanggar peraturan. Tapi adakah pemikiran kita serupa dengan mereka yang berada di luar sana, mereka yang tidak pernah kenal dengan budaya melayu.

--- On Tue, 17/4/12, Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com> wrote:

From: Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 17 April, 2012, 8:05 PM

 
Kalau mak ayah kita sponsor kita then pastu masa belajar kita tak hargai bantuan mak ayah kita tentu mak ayah kita sedih dgn kita.
Camtu jugak dgn biasiswa yg diberikan - bila dah dpt duit biasiswa tu cubalah hargai bantuan yg diberikan dgn belajar bersungguh2 dan patuhilah perjanjian yg kita sendiri sign. Kalau kita tak hormat perjanjian yg kita sendiri sign jgnlah bila diberhentikan biasiswa tu kita melalak melolong tak tentu arah ... sendiri ingatlah.
Pelajar hingusan mmg nak senang nak dipengaruhi ... itulah sbbnyer mrk ni senang nak digunakan olh golongan tertentu demi kepentingan mrk. Bila pelajar ni kena tarik balik biasiswa ingat diorang nak tolong ker bg biasiswa ... haram nak nampak bantang hidung dah.
Jadi nasihat kpd pelajar2 ni ... belajarlah bersungguh2 dan jgnlah ingat dah masuk U dah kira pandai dan matang sgt dah. Jgnlah terasa besar diri dah dapat masuk U krn jika Kerajaan skrg tak bagi peluang yg luas pd org Melayu masuk U jika dibandingkan dgn kaum lain yg banyak yg pandai2 lg mungkin tak dapat peluang langsung masuk U. Kalau Kerajaan skrg ni tak sediakan biasiswa pd org Melayu jika dibandingkan dgn kaum lain mungkin langsung tak dpt masuk U.
Wallaua'lam

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: M_ Nasir Isma_il <m_nasir_i@hotmail.com>
To: Group hu <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 16, 2012 4:33 PM
Subject: RE: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 
Kita hidup berpegang kepada ajaran Islam dimana antara perjuangannya mewujudkan masyarakat yg amanah dan mematuhi janji. Kalau ini pun kita tak reti nak ikut tidak payahlah nak cakap tentang perjuangan Islam. Dalam perjanjian mereka, bukan ada klausa yg melarang penglibatan dalam sebarang aktiviti politik. Kalau perjanjian yang kita setuju sendiri pun taknak ikut. Tidak payahlah hendak jerit2 tentang negara Islam. Manalah hendak terwujudnya pemimpin yang amanah dan menepati janji jika rakyat sendiri tidak amanah dan memungkiri janji..pemimpin2 juga adalah seorang rakyat.


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: dag_904869@yahoo.com
Date: Fri, 13 Apr 2012 07:59:02 -0700
Subject: Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 

Pelajar hingusan pun tahu membezakan pemerintahan mana yg mereka pilih. Maknanya apa........pikir2 sendiri la....Kalau kerajaan yg sedia memerintah sekarang cukup baik, tak da sapapun yg akan protes.  50 tahu dah weiiii......apa jadi dngan Melayu?


From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "lah68_ripen@yahoo.com.sg" <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sent: Friday, 13 April 2012, 13:49
Subject: Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 
      Jikalau ibu bapa kita menaja kita, ibu bapa ada suara sepenuhnya terhadap wang ringgit yang disalurkan kepada seseorang itu. Begitu juga dengan tajaan. Kita telah menandatangani perjanjian untuk akur terhadap syarat-syarat tajaan. Oleh kerana duit itu datang daripada duit rakyat, rakyat tidak senang kalau pelajar itu tidak tumpu kepada pelajaran dan buat perkara-perkara yang tak relevan dengan pembiayaan. Jika syarikat yang menaja pula, sudah tentu syarikat tidak mahu pelajar tajaan syarikat buat selain daripada belajar.
      Jikalau duit itu snediri punya, maka lantaklah dengan pelajar itu. Sudah tiba masanya pelajar perlu mendapat tindakan tegas kerana pelajar-pelajar Melayu tidak pernah beramanah untuk belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam setiap yang dilakukan. Tiba masa nya untuk orang Melayu.Islam bangkit dan cemerlang dalam ekonomi terlebih dahulu sebagaimana Nabi Muhammad SAW cemerlang dalam ekonomi.
     Jikalau kita tidak cemerlang, kita setakat menyalak saja dan bukit tetap tak runtuh
 
rhirowati - rhirowati

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 10, 2012 8:50 PM
Subject: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu
 
Melalui berita TV3 disiarkan Tim. Pengarah Yayasan Terengganu mengesahkan pembatalan biasiswa dan pinjaman 9 pelajar di mesir yang terlibat dengan perhimpunan bersih di Mesir. Ia pula disokong oleh PERMATA yang diwakili budak ingusan yang membaca teks tergagap-gagap.
 
Wajarkah tindakan Yayasan Terengganu ini? Tentu ramai yang menyokong tindakan Yayasan Terengganu tapi lupa untuk menilai implikasi terhadap imej negara di mata dunia khususnya kerajaan Malaysia. Pihak kerajaan mungkin boleh berdalih dengan alasan ia adalah tindakan kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan.
 
Pelajar yang menuntut di luar negara, pastinya mempunyai ramai kenalan pelajar dari negara-negara lain dan kemungkian juga dari negara jiran Malaysia(Indon, Thailand, Singapore dsb). Apakah pandangan mereka jika mengetahui rakan mereka dari Malaysia ini telah diambil tindakan serupa itu hanya atas kesalahan menyertai Perhimpuan Bersih yang diketahui berlangsung dengan aman (di Mesir).
 
Bagaimana pula nanti tangapan para profesor atau pensyarah di mana mereka menuntut? Adakah mereka ini juga mempunyai pemikiran yang sealiran dengan sesetengah pemimpin politik di Malaysia yang mana menganggap perhimpuan bersih yang diadakan di Mesir sebagai perhimpunan haram?
 
Jangan lupa bahawa pelajar luar negara di institusi pengajian tinggi di mesir bukan seperti ahli politik Malaysia. Mereka mempunyai pandangan yang lebih terbuka dan berani. Yang lebih penting budaya berhimpun secara aman adalah budaya yang diterima dikebanyakan negara luar hanya Malaysia sahaja satu-satu negara yang menganggap ianya adalah Perhimpunan Haram.
 
Fikirkan dan berikanlah pandangan dengan jujur. 9 pelajar tersebut dah tentu orang Melayu dan mereka beragama Islam. Ketepikan soal politik dan fikirkan kewajaran Yayasan Terengganu ini. Persoalan yang perlu diperjelaskan adakah tindakan ini mengikut peraturan yang sah?





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment