Sunday, April 1, 2012

Re: RG2011... Fw: Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat

 

kalau pakatan nak hapuskan PTPTN, kenalah pulangkan balik duit kepada mereka yang dah mula bayar.... TAkkan PTPTN je nak hapuskan.... pinjaman MARA pun kenalah hapuskan jugak.... lepas tu byr duit dia orang balik. jgn lupa pada pinjaman JPA.....

Kalau PTPTN je yg pakatan janji hapuskan, maka tidak adillah pada mereka yg buat pinjamam JPA ataupun MARA ataupun pada yayasan negeri.....

On Fri, Mar 30, 2012 at 11:22 PM, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
 

----- Original Message -----

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik

SHAH ALAM,29 MAC :  Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.

" Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat," kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.

"Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.

"Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang  dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar," ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.

PTPTN  ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment