Monday, April 2, 2012

Re: RG2011... Fw: Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat mesti la menang dulu dalan PRU13......baru la PTPTN dihapuskan
jadi...fikir fikirkan la...


From: Mr Cool <smartknight53@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 2 April 2012 10:36 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat

Alhamdulilla.. Aku bersyukur kalau benda ini betul2 terjadi...aku berharap betul benda ni akan berlaku..


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 30, 2012 11:22 PM
Subject: RG2011... Fw: Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat

 
----- Original Message -----

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik

selangorku.com
SHAH ALAM,29 MAC :  Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.
" Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat," kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.
Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.
"Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.
"Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang  dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar," ujarnya.
Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.
Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.
PTPTN  ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.




No comments:

Post a Comment