Wednesday, April 25, 2012

Re: RG2011... Fwd: FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!

 

TIDAK MEMINJAM?
JANGAN LUPA DENGAN JUMLAH BON YANG DITERBITKAN OLEH KERAJAAN KETIKA KRISIS EKONOMI DAHULU...ADAKAH IA BUKAN PINJAMAN? DAN CUBA KAJI DI MANAKAH TEMPAT YANG PALING RAMAI ORANG BERBELANJA.. ADAKAH DITEMPAT YANG MEWAH DAN MAHAL ATAU DI PASAR MALAM DAN TEMPAT YANG MENAWARKAN JUALAN MURAH? JADI SECARA LOGIKNYA UNTUK MENGALAKKAN ORANG BERBELANJA DALAM NEGARA HARGA BARANG PATUT LEBIH MURAH DARIPADA NEGARA LAIN. LEBIH MURAH DARIPADA INDONESIA ATAU THAILAND. MAAF AKU BUKAN PAKAR EKONOMI SEKADAR PANDANGAN BIASA SAHAJA.

--- On Tue, 24/4/12, Mona <mona7169@yahoo.com> wrote:

From: Mona <mona7169@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fwd: FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 24 April, 2012, 10:46 AM

 
I could not agree more..kenkadang kena bagi tau kat org yang tak berapa nak cerdik cara ni..Syabas Johari..

From: Johari Daniel <joharidaniel@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 23, 2012 7:42 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!
 
Salam Abuya,
Apakata...kita tengok maklumat yang disampaikan....
 
Negara kita survive masa economic crisis sebab ada orang yang berfikir tentang kitaran ekonomi macam yang Sheredder sampaikan...bila ekonomi jatuh, kita tak meminjam, tapi generate income within the country...teruskan project yang ada...galakkan domestic production, kalau korang ingatllah..masa crisis tu lah mulanya cuti sabtu untuk orang kerajaan, ada bonus walaupun sikit...sebab apa? Nak galakkan orang berbelanja dalam negara...ada cuti sabtu, ramai balik kampung...paling kurang, makcik yang jual cempedak goreng tepi jalan pun sales naik tau!
 
Bila ada project, ada kijer, mungkin yang kijer tu bangla atau indon, tapi supervisor still orang malaysia...and so on and so on...baca lah...and understand...simple concept
 
Bila ada project, makcik yang jual nasi campur kat depan construction tu pun berubah ekonominya...dapatlah berbelanja lebih sikit...
 
Konsepnya mudah, bila ada project, ada pekerjaan, ada duit...duit beli barang...beli beli barang, secara tak langsung, orang lain boleh buat business..duit lagi...dan seterusnya dan seterusnya...janganlah terlalu sempitkan fikiran...
 
Ya, dan memang ya.....project untuk kroni, yang dapat project akan maximise cost...sure dia akan kaya...contractor akan limitkan cost, contractor pasir, batu...ntah apa yang depa declare kat tax..(orang kita? tak ramai kot...), tapi driver lori orang kita...adalah duit nak belanja kat pasar malam...belanja anak sekolah...
 
Kesimpulannya mudah...tak perlu juta2 pun...kalau kita ada project kecik macam nak renovate rumah pun, kita dah buka pintu rezeki untuk orang lain (contractor)..dan orang lain akan buka rezeki untuk orang lain (tauke kedai hardware yang biasanya bukan orang kita, tapi pekerja orang kita)...dapat untung ngan bayar ang pow...jadik...berbelanjalah mereka kat kedai2, beli keta..modified keta...(salesman biasanya orang kita, bengkel upgrade enjin pun orang kita)...dan seterusnya...dam seterusnya...kalau takde sape nak renovate rumah?
 
 
 
Kadang2 kita ni, ..pura2 tak nampak...jadi, inti pati tu...buat2 tak nampak...lihat dari isi dan bukan kulit...
 
 
 
 

From: abu bakri <abuya_69@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 20 April 2012 4:47 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!
 
bro berapa dapat bro.... ada ratus2 juta tak.. citer ratus2 juta takkan pulus pulus juta tak dapat kot kalau ada derma2 la sikit kat saudara2 RG yang susah ni ramai saudara2 RG yang susah kat sini... mualaf yang susah pun ada anak yatim pun ada... zakat sikit la bro... citer macam tan sri je...
kita rakyat malaysia belum tentu  bernasib baik dengan PR tetapi kita memang  sudah bernasib malang bersama BN
--- On Tue, 4/17/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... Fwd: FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com, MalaysiaNews@yahoogroups.com, respeks_group@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com, pakbelang@yahoogroups.com
Date: Tuesday, April 17, 2012, 1:02 AM

 
Kalau ada yang bebal dan tak faham pasal ekonomi, ini adalah penjelasan paling mudahPernah anda dengar rakan anda mengatakan projek RM600j mengkayakan individu tertentu sahaja dan rakyat kebanykan tidak menikmatinya. Ayuh kita teliti kebenarannya.Syarikat A mendapat kontrak kerajaan bernilai RM600j. Syarikat ini mendapat untung yang besar. Syarikat ini dikenakan cukai korporat bernilai RM5j, maka RM5j kembali ke dalam kantung kerajaan. Ramai pekerja syarikat A mendapat bonus yang lebih besar dan masing-masing membayar lebih cukai individu, maka kutipan cukai kerajaan bertambah.Untuk menjalankan projek, Syarikat A memerlukan pembiayaan daripada bank. Dapatlah bank memberi pinjaman korporat dan mendapat keuntungan besar. Cukai korporat bank bertambah. Bonus juga diberikan kepada pekerja bank. Maka bertambahlah pendapatan pekerja bank dan cukai individu pekerja juga bertambah. Bank juga memerlukan peguam untuk dokumen pinjaman tersebut. Maka peguam juga mendapat laba.Syarikat A perlukan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain untuk menyiapkan projek. Maka pembekal/ peniaga bagi bahan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain mendapat projek dan sudah pasti pendapatan mereka bertambah. Maka cukai mereka juga bertambah, kutipan cukai kerajaan sekali lagi bertambah.Taukeh pasir, besi, simen, kayu, paku dan batu perlukan lori-lori, maka syarikat lori mendapat projek dan pendapatan mereka bertambah. Cukai syarikat dan individu syarikat lori bertambah, maka duit kerajaan juga bertambah.Syarikat pasir, batu dan simen perlukan bahan dari alam semulajadi. Maka kerajaan negeri akan membenarkan pasir sungai dan bahan batu dikeluarkan. Bayaran premium dan doket dibayar kepada kerajaan negeri, maka pendapatan kerajaan negeri juga bertambah.Bila pasir dan batu hendak dikeluarkan, maka pekerja yang terlibat dalam industri masing-masing akan mendapat pendapatan yang lebih. Juga cukai mereka bertambah.Bila pendapatan bertambah, mendapatkan barang keperluan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal lebih daripada mampu maka mereka akan beralih kepada barang kehendak. Maka seluar Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan dibeli. Maka pendapatan tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan bertambah.Bila pendapatan mereka bertambah, maka cukai tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak kepada kerajaan juga bertambah. Jangan lupa bila pendapatan mereka bertambah, maka mereka juga akan berbelanja untuk barang kehendak yang lain. Mungkin melancong, maka hiduplah ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya.Ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya yang mendapat pendapat lebih, akan membayar cukai lebih kepada kerajaan dan berbelanja untuk barang kehendak lain pula. Mungkin membeli emas untuk bini mereka.Maka hiduplah kedai emas. Tauke kedai emas akan membayar cukai lebih tinggi. Ah dan mempunyai pendapatan lebih. Mereka pula membeli basikal fixie, maka hiduplah peniaga basikal.Peniaga basikal pula akan membayar cukai yang lebih tinggi. Dan pendapatan yang lebih pula mereka akan membeli kasut Nike dan Adidas. Maka hiduplah kedai sukan.Kedai sukan mendapat pendapatan lebih dan membayar cukai lebih. Sudah mendapat pendapatan lebih mereka membeli apa pula. Ah tidak perlulah difikirkan. Mungkin mereka berbelanja di pasar malam, maka hiduplah peniaga kecil pasar malam. Begitu juga pembekal kepada barangan pasar malam.Ini adalah kitaran ekonomi. Walaupun projek bernilai RM600j hanya dapat kepada satu syarikat, tetapi duit itu akhirnya akan turun sehingga rakyat paling bawah. Perlu jelas bahawa bila mempunyai duit lebih, barang keperluan sudah lebih dari mampu, maka rakyat akan mencari barang kehendak yang lain. Membeli kerepek pisang juga mudah. Maka hiduplah penjual kerepek pisang. Oh penanam pisang juga mendapat duit lebih. Begitu juga pembawa lori pisang. Begitu juga dengan penjual baja. Sekali lagi pusingan ekonomi bergerak.Dalam semua pusingan ekonomi, setiap syarikat atau individu yang mendapat pendapatan yang lebih akan membayar cukai. Kutipan negara bertambah. Maka adalah duit untuk belanjawan kementerian masing-masing. Jabatan Kebajikan ada peruntukan untuk orang miskin, merempat, ibu tunggal dan lain-lain. Jabatan Perdana Menteri ada peruntukan untuk agama Islam. Oh MARA mendapat peruntukan untuk membantu anak Melayu.Setiap kementerian akan mendapat belanja pembangunan, maka sekali lagi syarikat dan individu akan mendapat projek dan pendapat lebih. Maka pusingan ekonomi bermula semula.Ini adalah pusingan ekonomi. Bagi yang faham, apabila kerajaan mengumumkan projek bernilai RM puluh juta RM ratus juta atau RM billion, maka mereka akan tersenyum kerana tahu akhirnya duit projek tersebut akan turun hingga ke bawah.Jadi, jika sekali lagi anda mendengar rakan anda berkata bahawa projek RM600j hanya mengkayakan individu tertentu, katakan padanya bahawa kamu tidak tahu langsung tentang ekonomi. Kamu sedikit ilmu tetapi berlebihan cakap.Ketahui juga bahawa rakan anda itu juga adalah dari pembangkang dan mereka mendapat ilmu dari pemimpin mereka. Katakan kepada mereka, jika kamu tidak tahu pasal ekonomi mahu mentadbir negara, alamat lingkuplah negara.Baik, luruskan barisan!

SOURCE http://parpukari.blogspot.com/2012/04/fakta-menarik-tentang-ekonomi-yang.html

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment