Tuesday, April 24, 2012

Re: RG2011... INIKAH PENAJA UTAMA BERSIH 3.0??

 

ni bukan logo Bersih lorh...Logo Bersih masih sama mcm dulu cuma tukar 3.0... nk propa pun jgn la nmpk sgt menipunya... tp apa pun carlsberg ni ramai je shareholder melayu...jd baik siasat tu dulu, adakah mereka2 ini berjaya di'kristiankan' sblm nk wat krisianisasi ramai...Sesungguhnya kita dh lama dimomokkan tentang kristianisasi ttp ada ke kita sendiri bantu saudara2 kita yg berusaha untuk menjalankan dakwah kepada sesama muslim dan juga pd org2 kafir...UMNO...pls...jgn jaga melayu je...Islam entah ke mana...hiburan makin menjadi2..iklan2 xde tapisan...pls2..buka la mata...bersih ni utk betulkan SPR...pilihanraya...xde kene mengena dgn agama...semua agama ada dlm bersih ni...Apsal x ckp hindu ke, buddha ke??? UMNO..tu je la modal korg...ugut pasal agama...kalau la ko dapat bg contoh org yg berjaya di'kritiankan' ada jgak ak nk percya...hahaha


From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 16, 2012 2:15 PM
Subject: RG2011... INIKAH PENAJA UTAMA BERSIH 3.0??

 



                   

Cuba lihat logo Carlsberg diatas dan bandingkan dengan gambar dibawah ini...


Nampak tak persamanya..kedua-duanya gambar mahkota yang bersalib...

UMAT MELAYU ISLAM yang merasakan diri mereka di landasan betul untuk berdiri bersama-sama memperjuangkan tuntutan BERSIH 3.0 yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran yang dinamakan "DUDUK BANTAH" secara serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di seluruh negara pada 28 April 2012 depan seharusnya membuka "mata hati" agar tidak terpedaya dan terus diperalatkan oleh anasir-anasir jahat yang mahu meruntuhkan keharmonian, keamanan serta kemakmuran negara ini dengan mengambil ilham apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Dalam perkembangan terbaru, BERSIH 3.0 telah menggunakan logo yang mana kalau dilihat secara sepintas lalu tiada salahnya tentang logo tersebut. Ini adalah kerana ianya hanyalah lambang "mahkota" semata-mata. Tetapi kalau diamati secara teliti logo baru yang digunapakai pihak BERSIH 3.0 kali ini selain mengetengahkan moto dalam Bahasa Inggeris berbunyi "KEEP CALM AND SUPPORT BERSIH", ianya turut menggunapakai lambang "mahkota" yang ada "salib" dan membawa maksud Kristianisasi. 

Ini bermakna sekiranya umat Melayu Islam menyokong BERSIH 3.0 samalah ertinya mereka menyokong Kristianisasi. Jelas sekali kalangan penggerak utama BERSIH 3.0 dengan SECARA HALUS turut menggerakkan misi mereka menyebarkan Kristian di kalangan umat Melayu Islam. 

Barang diingat, kalangan penggerak utama BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 adalah muka-muka sama yang terdiri dari kalangan bukan Islam manakala pemimpin dan penyokong Melayu Islam hanyalah alat mereka untuk menjayakan agenda jahat serampang dua mata mewujudkan kacau bilau bagi meruntuhkan kerajaan dan negara serta menyebarluas Kristianisasi di kalangan umat Melayu Islam… Nauzubillah… 
 






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment