Tuesday, April 24, 2012

Re: RG2011... Respons RG: Betul ke Pendidikan Percuma di 3 negara Sahaja?

 

Betulll..saya setuju...semua subsidi..minyak masak subsidi..tepung subsidi..gula subsidi..gas masak subsidi...baja subsidi..diesel n petrol subsidi..kalau nak subsidi, belajar lah rajin2...kalau result bagus, loan convert to biasiswa..semuanya subsidi..ini menjadikan rakyat terlalu manja..esok kalau perdana menteri tu dah bukan dikalangan orang melayu, jgn harap kita akan dapat subsidi...fikirlah wahai orang melayu..mungkin sekarang kita bangga sebab kuota utk orang melayu masuk IPTA masih lagi berpihak kepada kaum melayu..andaikata suatu hari nanti negara dipimpin oleh bukan melayu, semua keistimewaan yang kita kecapi akan beralih kepada bangsa lain..sudah pasti mereka akan membalas dendam terhadap kita...kalau masa itu baru melayu nak bersatu, nasi dah jadi bubur....
 
Saya tertarik dengan petikan dari PTPTN dari pandangan penjual pulut panggang...
 
Kewujudan PTPTN sebenarnya lebih kepada membuka peluang kepada para korporat @ keparat yang memiliki modal untuk membuka IPTS dengan menawarkan pelbagai kursus dengan kos  2 atau 3 kali ganda dari IPTA....Pada pandangan saya, mmg kos bagi IPTS adalah 2, 3 kali ganda lebih dari IPTA...sememangnya ia satu kelebihan yang kerajaan beri. IPTS diaorang berniaga..mementingkan keuntungan semata-mata. Bagus sekira dari petikan ini beliau sedar akan keuntungan yang mereka kejar semata-mata. Tugas dan tanggungjawab anak melayu adalah utk belajar bersungguh-sungguh biar dapat ke IPTA walaupun dibiayai oleh PTPTN. Bila dah dapat masuk IPTA...seperti kata rynnabrah alalwi.....apa salahnya berkorban sikit demi ilmu.....beli handphone, kasut, baju mahal boleh plak....dapat duit ptptn beli motor, beli kereta......dah  tak boleh bayar utang suruh plak ptptn dimansuhkan...apa punya manusia.......org mcm ni la dikatakan tak sedar diri n tak tau diuntung...sorry to say la.....bila diberi kemudahan, gunalah sebaik mungkin...
 
Kesimpulannya, belajarlah bersungguh-sungguh wahai pelajar...jgn hanya mengkritik...bila dah kerja nanti,sudah pasti anda akan tahu betapa susah mencari rezeki..menghabiskan memang mudah...Jangan jadikan bengsa melayu bertelagah sesama sendiri..sudah pasti bangsa lain akan bertepuk tangan melihat bangsa kita berpecah..salam..
 
 
From: rynnabrah alalwi <rynnabrah@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, April 23, 2012 1:04 PM
Subject: Re: RG2011... Respons RG: Betul ke Pendidikan Percuma di 3 negara Sahaja?
 
TQ ayu coz setuju ngan saya....tak tau nak kata la kan, rakyat Msia ni...especially org Melayu adalah rakyat yg suka subsidi....agak2 la nak subsidi pun...apa salahnya berkorban sikit demi ilmu.....beli handphone, kasut, baju mahal boleh plak....dapat duit ptptn beli motor, beli kereta......dah  tak boleh bayar utang suruh plak ptptn dimansuhkan...apa punya manusia.......org mcm ni la dikatakan tak sedar diri n tak tau diuntung...sorry to say la.....
--- On Thu, 19/4/12, Geng@yahoo.com <Geng@yahoo.com> wrote:

From: Geng@yahoo.com <Geng@yahoo.com>
Subject: RG2011... Respons RG: Betul ke Pendidikan Percuma di 3 negara Sahaja?
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 19 April, 2012, 3:55 PM

 
From: rynnabrah alalwi rynnabrah@yahoo.com
Assalam..... susah la kalau semua nak free.....dah dapat free tapi x sedar diri....kita hanya akan menghargai sesuatu jika keluarkan wang ...sikit pun jadi la.... germany dapat pendidikan free tapi cost of living tinggi gilerrr.....tapi mereka kena gak beli buku....ni buku pun dapat voucher....pastu jual pulak.....apa nak jadi generasi sekarang.... renung2 kan lah.....SAPE SETUJU DENGAN SAYA??
.....................................................................................................................................................
Tumpang lalu...hihi..jika semua benda terlalu 'PERCUMA' dalam dunia ni... habisla Malaysia.. mcm tu jugakla dgn ILMU... ILMU yang dipelajari tidak akan dinilai dan dihargai. Penat lelah semasa belajar pun takkan terasa..Tak terfikir kah mereka bersusah payah KELUARGA menghantar mereka untuk meneruskan pengajian hingga ke menara gading..at last MENGHABISKAN MASA berarak menyatakan pendirian yang mana PINJAMAN itu telah pun DIGUNAKAN..macam mana nk kate ya... susahla.. SAYA SETUJU DGN RYN!
 
From: Jamalulkhar jamalul jamallul_jwjeram@yahoo.com.my
Saya setuju, Alhamdullillah, dah abis bayar Mara punya, insyaAllah jika kita sentiasa mengingati asal usul kita, bab nie tak ler jadi bermasalah sangat nak bayar balik, tapi dek kerana nak memenuhi tuntutan meterialistik zaman kini, tu yg sesetengah dari mereka kantoi...
From: s mohdhamri mohdhamri@yahoo.com
setuju..... dulu saya belajar taknak ambik pinjaman pasat taknak terikat dengan hutang... saya usaha sendiri walaupun agak strugle. NO PAIN NO GAIN..
 
From: TARABAS vlunger88@gmail.com
tu la...xpaham asik nak free je sume... tp tgk yg pakatan rakyat tu punye negeri..xhapus2 lg ptptn nyerrrr.... cube PR tu hapuskan dulu ptptn tu.... komfem kerajaan pun akan amik langkah gak.... yg terbeban tu yg xcarik keje...

From: Salina Rosli pakisbiru@yahoo.com
kos pengajian percuma....kos sara hidup tanggung sendiri....kalau cemerlang kos sara hidup diberi sebagai biasiswa. dan jgn ada kuota2 untuk anak org bn masuk universiti atau sekolah asrama penuh.
 
bila hasil bumi tidak di gunakan dengan amanah maka kerajaan sekarang tidak ada duit....sekarang nie university kena bayar duit pengajian.... lepas nie sekolah menengah pulak lepas tu sekolah rendah...kalau duit hasil bumi tidak di urus dengan bijak, asik berhutang, maka semua perlu bayar...kalau dapat kurangkan pembaziran, rasuah... maka duit lebihan tu boleh guna untuk pembiayaan sampai ke university maka semua rakyat mendapat faedah....
Kalau dah tau kat mane boleh belajar percuma, apa kata mereka yg nak belajar percuma g sekolah kat sana je? Lagi senang tukar kerakyatan, Malaysia miskin, x mampu nak bagi semua menda percuma. Belum lg bertukar pemerintah dah byk buat demonstrasi, saya risau nanti bila bertukar, akan sentiasa ada demo! Macam Indonesia, bila nak amannya? Cukuplah saya terlibat dlm 2 demo yg lepas, yg mana masa bersih 2.0, abis kerja kui 7 sampai rumah kui 12 lebih mlm!
 
From: johari ghazali johari_ghazali@yahoo.com
Salam...kepada sesapa yang baru ada anak, orang mula sedar...cubalah carik jalan untuk mengurangkan beban atau mengelakkan anak2 terpaksa membuat pinjaman utk belajar..sekarang ni syarikat takaful dan insuran ada mcm2 produk...salah satu simpanan utk pembelajaran anak2 kita nanti...kalau rasa tak nak anak2 kita dibebani hutang, cari jalan awal2..Rasanya kaum melayu kurang sedar akan kepentingan takaful dimana terdapat banyak kebaikkan utk kita...Bagi pelajar pula..jgn hanya tahu mencari salah kerajaan..ada pinjaman tu kira bersyukur lah tu...cubalah belajar menghargai jgn cuma mengkritik..

 
From: TARABAS vlunger88@gmail.com
tp yg pelik....org2 melayu je yg bnyk membantah... kaum lain yg pinjam ptptn pun senyap je... nape org2 KITE ni je yg berjuang tuk PTPTN ??? sume nak free... sume nak kerajaan tanggung.. sebab kerajaan org melayu
yg pegang... mcm tu yerr....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment