Sunday, April 1, 2012

Re: RG2011... TANAH TAPAK MASJID JADI MANGSA KERAKUSAN PEMIMPIN DAP.

 

relax bro.. lu dh salah faham nie...
betul kata pat mat tempee tu.. Islam bukan bangsa! sbb tu melayu tak semestinya Islam.. Islam x semestinya melayu.. tengok je kes ayah pin.. org melayu yg terang2 dh mengaku murtad!
Islam adalah utk semua bangsa.. sbb tu kita perlu utamakan perjuangan agama yakni Islam! bukannya perjuangkan bangsa! sbb kt akhirat nanti Allah tak tanya kita bangsa apa..
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: "aziz.hussain@bbraun.com" <aziz.hussain@bbraun.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 30, 2012 3:53 PM
Subject: Re: RG2011... TANAH TAPAK MASJID JADI MANGSA KERAKUSAN PEMIMPIN DAP.

 
Tuduhan kamu ni pak mat terlalu berat sangat keatas kata2 kamu melayu tak
islam tu. Kamu tu sapa yang nak menentukan melayu tu islam atau tidak atau
bangsa2 lain tu islam atau tidak ?
Islam seseorang tu bukan kerana parti politik menentukan islam . Islam tu
hanya allah saja yang tahu keislaman seseorang,
Apa yang pak mat cakap ni mamak lah kutti lah, orang umno salah orang tu
salah ?? tu semua dah jatuh riak, pak mat bukan penentu islam seseorang ,
Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui.
Kufur bukan dituntut didalam Islam iaitu Ugama Allah SWT.


|------------>
| From: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| To: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|"respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Date: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|03/30/2012 03:03 PM |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Subject: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|Re: RG2011... TANAH TAPAK MASJID JADI MANGSA KERAKUSAN PEMIMPIN DAP. |
>----------------------------------------------------------|








Ko lain tak ada kerja Sr Rizz fitnah , fitnah fitnah ............ tak kira
la ko fitnah melayu ka ko fitnah Cina ka tapi apa pun ko memang kaki
fitnah ....... nanti di akhirat kelak kami Umat Islam Pulau Pinang akan
tuntut segala tomahan fitnah ko Rizz ........


Pak mat orang Pulau Pinang mana mungkin ko boleh tipu cam tu ja
Rizz ......... tempat yang ko kata tapak Masjid tu mana sesuai nak di
buatkan tapak masjid pun , berapa kerat orang melayu Islam yang ada di situ
tu.... itu pun udah di campur ngan melayu tak Islam ......!!!!
Sekarang di Pulau Pinang, semua tapak masjid ditukar nama ke tapak rumah
ibadat dan diletakkan di bawah Chief Minister Incorporated atau CMI (Ketua
Menteri Diperbadankan). Pengerusi CMI ialah Lim Guan Eng...ini pak mat copy
paste dari ayat-ayat tak guna engko Rizz ......... Bukan dari sekarang
memang dari dulu lagi Masjid , tokong , kuil orang luar akan sebut Rumah
Ibadat ...macam juga kita orang islam sebut masjid itu "Rumah Allah" jadi
di mana salahnya ngan perkataan atau sebutan Rumah Ibadat ....????
Pemimpin di Pulau Pinang yang terdahulu kalau nak di bandingkan ngan
sekarang umpama Bulan ngan keris ...jauh sekali perbezaannya !!!!!!!!!
Kooooo tahu Rizz siap ketua menteri Pulau Pinang yang pertama ????? kalau
ko tak tahu ko pi tanya Dato Zainal pelakon bangsawan daerah Nibong
Tebal ........
Pemimpin UM Noo di Pulau Pinang dah bertukar dari melayu ke "MAMAK" .......
cuma tak tambah "kutti" aja lagi !!!
Masa depan UM Noo Pulau Pinang cukup gelap macam mana gelapnya hati
pemimpi-pemimpin Um Noo yang ada ............
Last sekali yang pak mat nak ko tahu Rizz .......... melayu dah tak minat
ngan Um Nooo cuma mamak aja yang berminat ngan Um Noo ni sebab mamak tahu
yang melayu dalam Um Noo mudah di tipu hinggakan mamak ngan melayu pun tak
tahu bezaaaaaaaa ............... kalau letak Islam dah settel segala
masaalah sebab Islam tak semestinya melayu dan melayu tak semestinya
Islam .......... ko melayu ka , cina ka , India ka , Benggali ka , orang
putih ka janji Islam kita bersaudara ....... itu penting !!!

Pak mat tempee



From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar
<Kelakar@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, March 29, 2012 8:12 AM
Subject:, RG2011... TANAH TAPAK MASJID JADI MANGSA KERAKUSAN PEMIMPIN DAP.


TAHNIAH PENANG... TAPAK MASJID JADI TAPAK RUMAH IBADAT!!



Jual tapak masjid : Kenapa Lim Guan Eng hilang suara?

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng
memberi penjelasan segera berhubung dakwaan kerajaan negeri menjual tapak
masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada
pemaju.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau telah
menghantar surat rasmi kepada Guan Eng pada Jumaat lepas bagaimanapun
pihaknya belum menerima sebarang jawapan.

"Salinan surat itu turut dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk
Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Malek tetapi hingga
hari ini tiada sesiapapun daripada mereka menjawab surat berkenaan,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar
itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang
merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan
sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan
banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Mohd Yussuff yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau
Pinang berkata, pihaknya hanya mahukan jawapan dan penjelasan daripada
kerajaan negeri bagi memastikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.

"Rakyat negeri ini nak tahu adakah dakwaan itu benar dan jika hanya
tuduhan, mereka (kerajaan negeri) perlu tampil beri penjelasan," katanya. -


DI Pulau Pinang sekarang khabarnya tidak seindah dahulu buat orang Islam.
Dahulu itu bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.
Bayangkanlah situasi umat Islam di Pulau Mutiara sekarang yang terpaksa
berdepan kemelut semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan kepada Majlis
Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Padahal semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai
UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti komponennya di Sabah dan
Sarawak, tidak begitu perihalnya.

Sekarang di Pulau Pinang, semua tapak masjid ditukar nama ke tapak rumah
ibadat dan diletakkan di bawah Chief Minister Incorporated atau CMI (Ketua
Menteri Diperbadankan). Pengerusi CMI ialah Lim Guan Eng.

Apa maknanya itu? Ia bermaksud apa sahaja rumah ibadat boleh dibina
sedangkan jika sepatutnya tapak masjid dibina di kawasan pembangunan
berkenaan, itu akhirnya akan terpulang kepada CMI untuk memuktamadkannya.


Di Pulau Pinang sekarang, Guan Eng mempunyai kuasa ke atas tanah. Dia
pegang Exco tanah (menguruskan pentadbiran tanah). Berbanding dahulu di
bawah BN, urusan ini diagih-agihkan kepada pihak tertentu, iaitu ada
lembaga pengarahnya. Contohnya, PDC pemilik Bayan Mutiara manakala tapak
masjid di bawah MAIPP.

Tetapi sekarang, dalam erti kata lain, CMI yang berkuasa dan memonopolinya.

Dalam hal ini, banyak pihak termasuk UMNO Pulau Pinang sendiri telah jenuh
membangkitkan rasa amat kecewa dengan sifat mendiamkan diri Guan Eng
terhadap semua persoalan dan kekeliruan yang telah dikemukakan kepadanya
tempoh hari.

Tambah paling mengecewakan adalah tindakan Guan Eng menjual tapak masjid
dan tapak sekolah di pembangunan asal Bayan Mutiara yang telah diluluskan.

Dikatakan, pelan kebenaran merancang asal fasa 1 Bayan Mutiara diluluskan
oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 berujukan
JPB/PM/4490(LB) PIN.1.

Pelan kebenaran merancang tersebut selain mempunyai pelbagai jenis
perumahan, ia turut merangkumi kompleks gerai pusat penjaja, balai polis,
pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Diajukan persoalan ini, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin
menegaskan: "Tindakan Guan Eng menjual tapak masjid adalah satu tindakan
bongkak dan sangat biadap dan boleh menimbulkan kemarahan umat Melayu Islam
di Pulau Pinang dan Malaysia keseluruhannya.

"Guan Eng tidak boleh sama sekali mengganggu-gugat harta milik orang Islam.
Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada
MAIPP dan seterusnya diwakafkan oleh MAIPP," kata beliau ketika dihubungi
Utusan Malaysia semalam.

Dalam aspek ini, tapak sekolah juga perlu diserahkan kepada Kementerian
Pelajaran untuk dibina sekolah. Walaupun pemaju, Tropicana Ivory Sdn. Bhd.
bersetuju untuk pembinaan sekolah tetapi dikhuatiri pelaksanaannya kelak
akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa seperti mana pembinaan
sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau
yang telah menidakkan hak anak-anak miskin tempatan.

Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu ketika ini inginkan sangat
kepastian daripada Guan Eng adakah pemaju telah disyaratkan untuk membina
gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara.

Sewajarnyalah, tegas mereka, pemaju perlu membina gerai penjaja di tapak
yang sesuai dan strategik di Bayan Mutiara. Dan bukannya terpelosok di
hujung tapak seperti mana kebiasaannya dilakukan oleh pemaju kerana Bayan
Mutiara adalah hak rakyat negeri itu.

Di sebalik kemelut yang melanda umat Islam di Pulau Pinang hari ini, isu
utama sekarang ialah Guan Eng perlu mengembalikan tapak masjid kepada
MAIPP, tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran dan tapak penjaja kepada
MPPP.

Guan Eng jangan pula bersiap untuk mendiamkankan diri atau cuba
memutarbelitkan perkara-perkara di atas.

Pas juga yang kini macam 'tunggul' di Pulau Pinang perlu menasihati Guan
Eng terhadap perbezaan di antara masjid dan surau. Ini kerana Guan Eng
telah memaklumkan bahawa pemaju di Bayan Mutiara akan menyediakan surau dan
bukannya masjid.

Guan Eng jangan cuba bermain dengan harta rakyat terutamanya harta orang
Melayu Islam. Dengan semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan dan ditukar
nama pula ke rumah ibadat, adakah ia bermakna Guan Eng cuba untuk
mengurangkan kuasa orang Islam di Pulau Pinang.

Ingat! perkara ini semua akan membangkitkan semangat perjuangan rakyat yang
akhirnya bakal menjadi titik tolak kejatuhan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Posted by leman decaprio



Pantang ada tanah kosong, pasti kerajaan Selangor akan rampas

Posted by SUNGAI RAPAT ONLINE


Belum pun reda isu projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di
kawasan padang di SS7, Kelana Jaya di sini, kini timbul pula isu serupa di
Sungai Way apabila padang bola sepak di kawasan itu didakwa bakal
berhadapan nasib sama akan dirampas.

Padang seluas 1.6 hektar yang selama ini digunakan penduduk Sungai Way
untuk melakukan aktiviti riadah dan kemasyarakatan itu dikhabarkan akan
dibina dengan sebuah pusat komersial oleh satu syarikat pemaju yang
beralamat di Klang.

Berang dengan perkembangan tersebut, beberapa penduduk Sungai Way bertindak
mengadakan perhimpunan aman bagi membantah projek yang didakwa bakal
menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memusnahkan kawasan hijau di tempat
mereka.

Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo
yang mengetuai bantahan itu berkata, padang bernilai kira-kira RM75 juta
itu amat penting untuk kesejahteraan hidup masyarakat Sungai Way.

"Padang ini digunakan oleh kira-kira 35,000 penduduk Sungai Way termasuk
oleh pelajar sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina untuk pelbagai aktiviti
kerana padang itu terletak berhadapan sekolah mereka.

"Jika projek ini diteruskan, pasti menyebabkan kesesakan, pencemaran dan
menenggelamkan gaya hidup sihat masyarakat setempat apabila tempat riadah
mereka dimusnahkan untuk tujuan komersial," katanya ketika ditemui
pemberita di sini semalam.








Aziz Hussain
B Braun Medical Industries Sdn Bhd (Co.Reg.No. 19051-M) - Aesculap Plant
Bayan Lepas Free Industrial Zone
P. O. Box 980, 11900 Penang, Malaysia
Tel : ++60-4-6323 608 Fax : ++60-4-6438 989
http://www.bbraun.com.my
********************************************************************************
The information contained in this communication is confidential, may be
attorney-client privileged, may constitute inside information, and is intended
only for the use of the addressee. It is the property of the company of the
sender of this e-mail. Unauthorized use, disclosure, or copying of this
communication or any part thereof is strictly prohibited and may be unlawful.
If you have received this communication in error, please notify us immediately
by return e-mail and destroy this communication and all copies thereof,
including all attachments.
********************************************************************************



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment