Saturday, April 7, 2012

RG2011... Fw: Artis Kini Bertudung Kerana Takut Azab Allah

 

----- Original Message -----
 
Posted by a U t A m a N 
 paapaada.blogspot
 

Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.
 
 
 

Artis Ini Bertudung, Langkah Awal Ubah Jadi Baik

ibnuhasyim.com
 
SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini. Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.

Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan. Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.

Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan. Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.

"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk Islamik.

"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.

Al-hamdulillah moga-moga Allah SWT akan menghamburkan taufik dan hidayahnya agar menjadi wanita solehah, dan mendapat nikmat kemanisan iman sehingga sanggup mnghadapi segala rintangan, halangan dan cubaan dalam kehidupan ini. (IH)

 

Yuna: Pertahan Imej Bertudung Kerana Manusia?

ibnuhasyim.com
 
 

Yuna teruja untuk menanti reaksi peminat di Amerika terhadap album sulungnya.

KL 5 Apr 12: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.

"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya. Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.

Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams. Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.

Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.

"Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat," ujarnya.

Sementara itu, Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun depan selama 30 hari.

Selama tempoh tersebut dia akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat dan memberitahu teruja dengan perancangan yang telah diaturkan oleh syarikat rakamannya.

"Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya.

Dalam perkembangan sama, Yuna berkata pihak syarikat rakamannya sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu.

"Setakat ini album tersebut hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja tetapi Insya-Allah peminat Malaysia akan dapat membeli album itu nanti," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagus, kerana cuba membawa imej bertudung sebagai identiti Malaysia, walaupun di AS. Adakah perlakuannya itu sesuai dengan kehendak syariat Islam, menyanyi kerana Allah atau semata-mata kerana manusia? Itu soal lain, yang penting satu trend baru cuba diwujudkan, yang lebih baik dari 'berpakaian tetapi telanjang'..

 

Pelakon Wanita Pertama, Bertudung Litup Di M'sia

ibnuhasyim.com
 

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (lahir 5 Jun 1979) di Kuala Lumpur asalnya ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon w,anita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001.

Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. Wardina wanita darah campuran Australia, bapanya dan Melayu Aceh ibunya. Tinggian 5 kaki 6 inci, telahpun mendirikan rumahtangga bersama arkitek Ikhwan Johari pada September 2002. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi. Sebahagiannya seperti gambar di atas.

Pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.

Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2000, Wardina nekad mengenakan hijab kepala dan melupakan karier permodelannya. Penghijrahan itu mendapat reaksi positif malahan Wardina dikatakan sebagai pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni biarpun berdepan sedikit halangan.

Baru-baru ini, pada Jun 2011, Wardina Saffiyah telah menimbulkan kontroversi apabila hadir memberi ceramah keibubapaan di Majlis Mesra Rakyat anjuran sebuah parti politik pembangkang. Dia juga dituduh cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih 2.0. Lebih memalukan lagi, bila gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog (kuncu-kuncu UMNO) dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan.

Dibidang pendidikan, Wardina yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mempunyaimempunyai ijazah dalam bidang Hiasan Dalaman dari Centre for Advance Design CENFAD) Kuala Lumpur. Kini beliau sedang menuntut dalam bidang psikologi.

Penglibatan terkini, antaranya..

  • Hos Maher Zain Show Case
  • Malaysia Hari Ini
  • Fitrah Kasih (2009)
  • Ibu Mithali (2008)
  • Menatang Si Manja – RTM (2008)
  • Edu TV – web portal for The Minister of Education (2008)
  • Carta Nasyid Pilihan – TV9 (2008)
  • Wanita Hari Ini (2005 - 2007)
  • Sambutan Malidur Rasul peringkat Kebangsaan (TV1)
  • Hits from RIM – VJ
  • Pencarian Bintang RTM
  • Seri Laman (TV1)
  • JOm Tukar!
  • Hijrah Remaja (Astro)
  • Kisah-Kisah Anbia' (TV3)
  • Ramadhan World Delights 1 & 2
  • High 5 – JAKIM (TV1)
  • Pencalonan Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH)
  • Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) 2002
  • Menulis buku, Antara yang terlaris, 'Mama Saya Lapar' dan 'Siapa Alien?'(MPH Bookstore)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment