Tuesday, April 24, 2012

RG2011... Fw: Bayi berkaki enam

 

Posted by a U t A m a N
paapaada.blogspot.

Para doktor di hospital Pakistan kini bertungkus-lumus menyelamatkan bayi yang berkeadaan genetik luar biasa iaitu dilahirkan dengan enam kaki.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan Karachi, Jamal Raza berkata, bayi berumur tujuh hari itu adalah kembar berparasit di mana, kembar siamnya tidak sempat membesar dengan lengkap sehingga menyebabkan Umar Farooq memiliki dua pasang kaki tambahan.

Kata Raza, pihaknya kini merancang untuk melakukan pembedahan ke atas Farooq dan memerlukan bantuan pakar luar berpengalaman terhadap kes satu dalam sejuta itu.

"Pembedahan ini bukan perkara mudah kerana beberapa taksiran yang sesuai perlu diselesaikan terlebih dahulu. Perkembangan organ dalamannya harus dipantau untuk mengelak sebarang komplikasi terhadapnya," kata Raza.
 
 

Subhanallah.. Bayi 6 Kaki Selamat Dibedah & 4 Kaki Berjaya Dibuang

 
4 kaki bayi berjaya dibuang

KARACHI: Sekumpulan pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di sini mengumumkan kejayaan mereka membuang dua pasang kaki milik seorang bayi berusia dua minggu, Umar Farooq, yang dilahirkan mempunyai enam kaki, lapor halaman berita Pakistan, Dawn.com.

"Sekumpulan lima doktor pakar, berjaya memisahkan kaki dan anggota tambahan dari bayi berkenaan. Dia kini dalam keadaan selamat," kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jamal Raza kepada Dawn.com.

"Anggota tangan dan kaki tambahan itu adalah disebabkan sejenis penyakit genetik yang akan menjejaskan hanya seorang dalam sejuta kelahiran bayi.

Farooq dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh, dan anak kepada satu pasangan yang mempunyai pertalian sepupu, kata New York Daily News.

Bayi berkenaan terus bertarung nyawa sebelum dikejarkan ke hospital di Karachi.

Ketika doktor mendapatkan nasihat pakar asing mengenai cara terbaik merawat bayi terbabit, bapanya, seorang juruteknik X-ray, Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan beberapa pertubuhan kebajikan untuk membiayai bayaran perubatan anaknya itu, lapor Pakistan Observer.

Shaikh bernasib baik apabila gabenor Sindh, memberitahu doktor bahawa kos perubatan bayi berkenaan akan ditanggung kerajaan.

"Kami datang daripada keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat bayi kami," kata Shaikh kepada Observer selepas pembedahan selama beberapa jam pada Khamis.

Dr Raza berkata, lebihan anggota badan itu adalah disebabkan satu keadaan dipanggil polymelia, yang berpunca daripada sel yang tidak membentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio. Beliau menerangkan bahawa bayi terbabit pada awalnya berkembang sebagai kembar bercantum tetapi satu daripada kembarnya berhenti membesar dan hancur kecuali bahagian kakinya yang masih lagi terus melekat pada janin.

"Memang ajaib dan luar biasa bagi bayi dengan enam kaki untuk menjadi normal seperti kanak-kanak lain," kata Raza kepada International Business Times.

"Sebelum pakar bedah boleh melakukan pembedahan mereka perlu mencari anggota mana milik bayi itu dan mana pula milik kembarnya."

Berdasarkan satu kajian pada 2010 yang disiarkan Journal of Petiatric Surgery, kadar anggaran kembar bercantum adalah satu bagi satu juta kelahiran. Lebih banyak kes dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai kemudahan bagi ujian pranatal.
Agensi



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment