Saturday, April 7, 2012

RG2011... Fw: Kelulusan laporan PSC - sangsi keikhlasan kerajaan

 

----- Original Message -----


Kadir berkata mustahil pilihan raya yang bebas boleh diadakan dalam keadaan sekarang. | foto TMI
Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyambut baik usaha Transformasi Politik yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan cara laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya dibentang dan diluluskan menimbulkan persoalan.

Menurut beliau, cara di mana laporan minoriti yang cuba dibentangkan ditolak juga turut menimbulkan persoalan serius berkenan keikhlasan kerajaan terhadap proses transformasi tersebut.

"Amanah menyambut baik kenyataan Najib yang mahukan pilihan raya akan datang dijalankan dalam situasi yang adil dan bersih, dan menolak untuk dipilih berdasarkan penipuan.

"Namun begitu, cara PSC membentangkan laporannya di Parlimen dan diluluskan tanpa bahas dan juga cara dimana laporan minoriti yang dibentangkan pula ditolak mentah-mentah adalah sesuatu yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan yang serius tentang keikhlasan kerajaan," jelas Abdul Kadir dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, situasi berkenaan telah menambahkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mana kemudiannya menjurus kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan pada 28 April.

"Tambahan pula tidak had waktu ditetapkan dalam laporan PSC tersebut tentang bilakah cadangan-cadangan tersebut akan dilaksanakan.

"Semuanya ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang amat sangat yang mana memberi justifikasi untuk diadakan Bersih 3.0," katanya.

Beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila dua daripada cadangan Amanah berkenaan kebebasan media arus perdana, dan menolak penggunaan agensi keselamatan dan entiti berkaitan kerajaan seperti GLC untuk berkempen tidak mendapat perhatian Putrajaya.

"Mustahil kita boleh mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih dalam keadaan sekarang ini, dalam suasana sekarang ini," tegasnya.

"Amanah yakin cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah jika terdapat kesungguhan dan keikhlasan dari pihak kerajaan. Ianya tidaklah rumit untuk dilaksanakan," tambahnya.

Malah, beliau sekali menegaskan, pilihan raya akan datang tidak seharusnya dijalankan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya, PSC, dan Putrajaya belum selesai mengkaji cadangan tersebut sepenuhnya.

Sumber: Themalaysianinsider.com

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment