Sunday, April 1, 2012

RG2011... Fw: Lelaki tidak berhenti ketawa selepas pembedahan

 

----- Original Message -----

Pelik...Lelaki tidak berhenti ketawa selepas pembedahan

aiyangdisayang.blogspot

Melayukini.net – Lelaki Tidak Berhenti Ketawa Selepas Pembedahan (Pelik!) |
Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu. Tetapi Entah di mana silapnya, sejak daripada pembedahan itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa! Kejadian itu mula disedari setelah ia sukar untuk menahan kewata. Walaupun isterinya sampai naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa, malah ketika isterinya marah pun, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.
Pakar perubatan sehingga kini masih 'kebingungan' dengan keadaan tersebut tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.
Namun ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa, bukan itu saja, dia juga akan menitiskan airmata….iaitu ketika lagu kebangsaan negara itu berkumandang.
Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.
Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan itu, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut.
Tabiat suka ketawa Bosse, kata isterinya, membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.
Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa itu?
"Ketawa itu kan normal" kata Bosse sebelum kembali ketawa.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment