Thursday, May 17, 2012

Re: RG2011... dr... kereta mayat

 

alamak sory.. entry hari ibu ada sambungan rupanya... tertinggal ketapi pulak..
 
Ps: Tiba-tiba, aku berasa seperti arwah mak ada di dapur. Aku lantas ke dapur tapi mak tiada di didapur, mungkin mak berada di bilik solat. Kaki ini melangkah juga untuk menjengah bilik solat, walaupun aku mengetahui mak sudah tiada. Hanya kain solat peninggalan arwah mak yang terlipat bersama sejadah. Mungkin juga mak keluar pergi membeli barang. Kejap lagi baliklah mak memasak makanan kegemaranku..oh, Aku bermain dengan andaian sendiri tanpa menyedari air mata telah pun mengalir dan membasahi pipiku.

Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee, Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku Hamka, ingin aku menjadi penulis apabila besar katanya.., akhirnya mak berjaya pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak sudah tiada, sudah kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang sudah di makbulkan.., Buku Permata yang Hilang kini dijumpai itu, aku dedikasikan kepada arwah Cek Ku Teh..

Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima kasih emak kerana telah membesarkan aku dari kecil, sehingga menjadi lebih besar daripada emak. Halalkan segala yang terjadi sejak dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi sebesar manusia.

Aku hendak cari dan memeluk menantu emak sekejap. Aku  hendak mengelap hingus pada bahunya.

P.S 2: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali beliau akan datang lagi rumah aku atau rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak kamu dan cakap, "Selamat hari ibu, saya sayang mak". Dan minta maaf sebab pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya..

P.s 3: Nampaknya, emak aku yang pergi 'membeli barang,' tidak pulang lagi buat selama-lamanya.
Al fatihah.


2012/5/17 feeqa chunna <abj290377@gmail.com>
kih22.. tulun jgn highlite pasal isu pau mak sendiri tu boleh tak??. terguris aaaiiii taauu.. hhe hhe he


 
2012/5/17 Saiful Alam <alamx1@yahoo.com>

Hahaha..memang terbaek la hamka keretamayat! Jujur, tepat dan sadis. Aku stuju sesangat.suka ati aku la nk raikan mak aku..yg korang nk kata haram tu pesal? Nak cover line sebab malas/kedekut nk raikan mak sendiri? Owh..time nk pau mak korang x pikir plak..bila nk raikan dia..sibuk tanya halal ke haram..


Sent from Yahoo! Mail on Android



From: feeqa chunna <abj290377@gmail.com>;
To: sahabatinteraktif <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>; <respeks_group@yahoogroups.com>;
Subject: RG2011... dr... kereta mayat
Sent: Thu, May 17, 2012 3:16:50 AM

 

May 10, 2012

Hari Ibu haram?


(Hukum sambut hari ibu itu haram kata kau?, aku bukan ustaz, lagipun dah lama aku tak sambut hari ibu,  blog ini adalah nota kepada diri dan juga nota kepada mereka yang mahu mengerti...)

Sempena nak masuk hari ibu, aku banyak dapat email bertanya tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab terus, tapi oleh kerana perasan sibuk tolong bini lipat kotak pos ekspress dan tanda tangan buku (kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak sambut hari ibu kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...

(lap hingus di bahu isteri kejap)

Sambung balik.alamak ada lagi hingus.

(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir kerinduan yang penuh bermoral)

Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hukum sambut hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai kesiannya)

Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.

Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!

Jawapan aku: apabila benda itu ada kebaikkan, dan kebaikkan itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu begini..

Dulu ada ustaz haram poco poco sebab bila menari terbentuk salib, lepas tu senyap gitu sahaja.., dulu kat terengganu ada ustaz cakap haram cuti hari ahad sebab hari tu orang kristian pergi gereja, kita patut cuti hari jummaat, tapi lepas tu senyap gitu sahaja.., lepas tu haram guna barang yahudi, mari boikot, lepas tu senyap begitu sahaja.., dulu haram bergabung dengan orang kapir, tapi sekarang takpe pula, dulu haram tak tegakkan negara islam, sekarang tukar kepada negara kebajikan kerana negara islam takde dalam Al quran, aduhhh, lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram! 

Tahu nak haram sajer.., lepas tu bagi hujah "menyerupai" orang kapir..

Setakat nak bagi hukum haram dengan alasan menyerupai orang kapir tak de hebatnya kawan..

Aku pun boleh bagi hukum haram jika nak jadi perasan bagus macam korang:

Contoh: kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan, menyerupai orang  kapir, menyerupai tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan jawi, baru halal-woha!

Korang nampak tak betapa bodohnya contoh tu di mata korang, ha!!! Samalah kita!

Tapi Hamka, kita kena ingat ibu hari hari, bukan hari ibu sahaja... (nak jugak memang tu!)

Woi, Kau ni sama macam ayah pin, bila ajak solat 5 kali sehari, dia cakap: kita tak boleh solat 5 kali, kita kena solat setiap waktu, pakai niat sahaja! apa ke jadah!

Ok, memang haram ler jika kau ingat mak kau pada hari ibu sahaja, tapi jika korang..Arghh!

Sudah! malas aku nak terangkan serba serbi, menghina kebijaksaan pembaca pulak karang..

Nasihat aku, bila tiba hari ibu nanti, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel? Dah ada less 50% sempena hari ibu, waktu nilah kita bahagiakan mak kita dengan bertukar selera di tempat yang mahal tapi murah di hari ibu..betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing masing, sambil ucapkanlah tiga lafaz ini:

Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:

"mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!"

Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:

"Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!"

Ketiga, ketika mak korang sedang di seliputi bahagia makan di hotel yang membuat potongan 50% sempena hari ibu tapi terpinga pinga akibat mendapat kiriman salam dari Hamka keretamayat, maka korang hulurkan hadiah kepada mak dengan berkata..

"Mak yang kusayangi, ini ada hadiah untuk mak tersayang..."

Maka Mak korang dengan penuh bahagia membuka kotak hadiah, dan rakamlah serta uploadlah di FB akan aksi bahagia korang bersama Mak bersama hadiah kepada mak yang berupa buku "Permata yang Hilang kini dijumpai" karangan Hamka keretamayat.

Woooohaaa!

Selamat hari ibu dari aku yang sudah tiada ibu...

Sekian.
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment