Monday, May 14, 2012

Re: RG2011... Fw: Ayuh ke Demo Mansuh Tol Batu Tiga dan Sg. Rasau

Salam...ada duit ker nak bayar pampasan kat PLUS tu??bagus jugak tu..tapi takut nanti sapa pulak nak maintain jalan tersebut...


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, May 11, 2012 11:23 PM
Subject: RG2011... Fw: Ayuh ke Demo Mansuh Tol Batu Tiga dan Sg. Rasau

 


Ayuh ke Demo Mansuh Tol Batu Tiga dan Sg. Rasau

blogpolitikus.blogspot
 
Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya.Walaupun menuntut pemansuhan dua tol itu, perhimpunan mereka hanya diadakan di Tol Batu Tiga.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya.


No comments:

Post a Comment