Thursday, May 3, 2012

RE: RG2011... Fw: Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan

 

Itulah juga sumber rezeki Harakah  bila mengeluarkan kes Dr Rahman Gombak dulu....

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Wednesday, 2 May, 2012 11:42 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: Gambar lucah punca 'rezeki' Utusan

 

 



 

Gambar lucah punca 'rezeki' Utusan – Hatta

hanyzan30.blogspot

Mohd Hanyzan Al Muari  

KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari

ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca 'rezeki' mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.

 

Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.

 

"Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa.

 

"Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka.

 

"Akhbar yang tidak mempunyai etika seharusnya diboikot oleh masyarakat," katanya kepada Keadilan Daily.

 

Bekas wartawan kanan Utusan itu berkata, beliau tidak hairan jika Utusan sanggup memaparkan gambar lucah kerana itu sahaja talian hayat mereka ada.

 

"Telah menjadi agenda utama Utusan untuk berbohong dan menipu terutama kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana isu ini sahaja yang mereka dapat mainkan memandangkan isu-isu lain seperti rasuah, pecah amanah tidak dapat dimainkan kerana pemimpin Pakatan tidak pernah melakukannya.

 

"Penyiaran gambar tidak bermoral dan disedut dari blog ini merupakan polisi yang telah lama diguna Utusan kerana ini sahaja sumber yang dapat mereka lakukan bagi memfitnah pemimpin Pakatan," kata Hatta.

 

Tambah beliau, paparan gambar tersebut sekali lagi membuktikan pemimpin BN tidak setanding pemimpin Pakatan kerana sanggup menjaja cerita seks.

 

"Pemimpin BN juga tidak mampu melawan keupayaan pemimpin Pakatan mentadbir, sebaliknya mereka menggunakan isu-isu tidak relevan untuk memfitnah pemimpin Pakatan," ujarnya.

 

Utusan Malaysia dan akhbar tabloidnya, Kosmo hari ini memaparkan gambar lucah seorang lelaki bersama wanita yang didakwa Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.-Kd

 

 

 

Pelbagai Pihak Kecam Utusan Sebar Gambar Lucah

malaysiaberih.blogspot

 

SHAH ALAM, 2 MEI : Umno begitu terdesak apabila dua akhbar yang dinaunginya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, bertindak menyiarkan gambar lucah di muka hadapan hari ini.

 

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan ini akan menjerumus generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan  Umno sudah sangat terdesak.

 

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini.

 

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.. Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? soal Nik Aziz dalam kenyataan di Facebooknya.

 

Bagi pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan penyiaran gambar berkenaan satu petanda kotor minda dan hati si pembuat keputusan menyiarkan gambar berkenaan.

 

"Saya sangat membantah siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo 2 Mei.

 

"Ingatlah siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu bakal mendapat saham dosa sehingga hari kiamat," tulis  Dr Zaharuddin dalam Facebook.

 

Sementara itu, penyiaran gambar berkenaan turut mengundang pemegang akaun Facebook di negara ini, antaranya Murni Salleh tulisnya "Anak-anak saya yang masih kecil pernah komen; "Issyy..!! tak bagus la suratkhabar tunjuk gambar-gambar tak elok!"

 

"Saya tak minat berpolitik..tapi saya seorang ibu dan seorang pendidik..rasa sangat malu dan geram..budak-budak kecil pun boleh bezakan yang elok dan tak elok..akibatnya..saya terpaksa tapis dulu berita-berita dalam suratkhabar sebelum benarkan anak-anaknya membacanya," katanya yang juga seorang pendidik.

 

"Hari ini saya disajikan paparan majalah lucah terbitan berlesen untuk hiburan masyarakat Malaysia"Saya juga pengamal media, tetapi saya tahu batas-batas dan etika yang perlu dihormati.

 

"Bangga sangatkah kalian dapat merosakkan pemikiran masyarakat dengan menyajikan perkara mungkar," kata pengamal Media, Ahmad Nadi Karusan.TVS

 



"For Business, For Growth, For Life"


The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of the Bank.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment