Thursday, May 3, 2012

Re: RG2011... Fw: Haiwan didahulukan ! Pelajar Mesir diberhentikan

 

kami org kemaman sokong mat said.sbenarnya baik bela binatang dari
bela manusia yg bertopengkan haiwan.sbbnya kita dh tahu haiwan x der
akal kalau dia lawan tuan pun org x berapa marah.ni manusia yg lupa
diri bila ada ilmu tak seberapa dah lawan mak bapak yg bagi makan.sama
lah juga ade pelajar yg dihantar utk cari ilmu sekuran2nya bila pulang
ke terengganu nanti boleh ajor rakyat ganu mcm mane nak masuk
surga.bukan nk jd bodoh sampai mati.Jangan ingat g mesir itu hebat byk
lgi org hebat x g mesir.Org yg x tahu cerita sebenar akan mengatakan
cerita sang bodoh ini. saya nk ingatkn kpda pencacai ini ingatkan si
raqib dn atib yg berada di kiri kanan kita .Cuba pakat pakat fikir mcm
ner nak satukn umat islam supaya kembali ke pangkal jalan bukan nk
cari kesalah emak ayah kita buat.Jagan nk cari salah seseorng jer cari
mcm ne nak jdi baik.kalau siapa ade perasaan ni sebenarnya dia
dipengaruhi oleh idologi yahudi dan syiah.

On 5/2/12, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
>
> Haiwan didahulukan ! 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga
> RM384,000.00
> keretaburuk12.blogspot.
>
>
> Woi ! kah kah kah kerajaan UMNO/BN Terengganu lebih pentingkan zoo daripada
> 9 pelajar mereka yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah diberhentikan
> pinjaman pelajaran...
>
>
> "Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat
> keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit
> Takal,
>
>
> Mengalahkan projek lembu NFC...macam2 cara nak rembat wang rakyat...
>
>
> Pelbagai Beruk Dan Monyet Zoo Bukit Takal Belanja Wang Rakyat RM953,000.00
>
> Buletin Online - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu
> membazirkan wang rakyat dengan membina sebuah zoo di Bukit Takal, Kijal,
> dalam Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said.
>
>
> Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kos
> keseluruhan pembangunan zoo tersebut adalah RM94, 949, 373.00 manakala kos
> bagi rundingcara (consultative) adalah sebnyak 11% bernilai RM8, 418,
> 406,00.
>
>
> Katanya, pemerolehan pelbagai haiwan zoo tersebut memakan belanja dan
> mengorbankan wang rakyat sebanyak RM8,000,000.00.
>
>
> "Antara haiwan yang dibeli adalah, 3 ekor Badak Sumbu Putih berharga hampir
> RM1 juta dengan setiap seekor berharga RM330,000.00 (USD100,000.00), 6 ekor
> zirafah berharga RM1.6 juta dengan setiap seekor berharga lebih RM250,000.00
> (USD90,000.00) dan 2 ekor harimau berharga RM128,000.00 dengan setiap ekor
> RM64,000.00 (USD20,000.00),"jelasnya ketika ditemui
>
>
> [Gambar - Dr. Syed Azman ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri
> pada Rabu, 25 April]
>
>
> Katanya, selain itu, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said turut membeli empat
> ekor Cheetah berharga RM256, 700.00 dengan harga setiap ekor adalah
> RM514,000.00 (USD20,000.00).
>
>
> Menurutnya, pelbagai jenis beruk dan monyet yang dibeli oleh kerajaan
> antaranya, Chimpanzee, Baboon dan monyet tupai.
>
>
> "Enam ekor chimpanzee (Beruk) dengan harga RM672,000.00 dengan setiap ekor
> berharga RM112,000.00 (USD35,000.00), enam ekor Baboon (Beruk) dengan harga
> RM153,600.00, harga setiap ekor adalah melebihi RM24,000.00 (USD8,000.00),
> enam ekor Monyet Tupai (Squirrel Monkey) dengan harga RM128,000.00, harga
> setiap ekor adalah RM18,000.00 (USD5,000.00,"ujarnya.
>
>
> Katanya, Ahmad bukan sahaja tidak ingat jumlah yang dibelanjakan dalam
> membangunkan zoo tersebut, bahkan Pengerusi Umno itu menafikannya.
>
>
> Sedangkan, menurut beliau yang juga ADUN Batu Burok, perbelanjaan tersebut
> telah dibentang dalam ucapan bajet negeri Terengganu untuk tahun 2011 lalu.
>
>
> Selain itu, kata Dr. Syed, Ahmad telah mengulangi kesilapan membeli burung
> pelbagai jenis dari luar Negara dengan harga yang mahal dan diletakkan di
> Tasik Kenyir.
>
>
> "Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat
> keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit
> Takal,
>
>
> "dia belia 24 ekor burung Flamingo berharga RM230,400.00, harga setiap ekor
> adalah RM9,000.00 (USD3,000.00), 10 ekor burung kakak tua dengan harga
> RM160,000.00, harga setiap ekor RM15,000.00 (USD5,000.00),
>
>
> "dan 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga RM384,000.00 setiap
> ekor purata berharga lebih RM9,000.00 (USD2500 - 3500),"tegasnya.
>
>
> Beliau menyatakan kekesalannya dengan tindakan kerajaan Umno/BN negeri
> Terengganu yag berterusan menggunakan wang rakyat bagi perkara-perkara yang
> tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.
>
>
> Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri menyekat bantuan zakat dan
> memberhentikan pinjaman pendidikan kepada sembilan orang pelajar yang
> menuntut di Mesir.
>
>
> "belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak
> makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan
> pinjaman pelajar Mesir dihentikan,
>
>
> "inilah contoh kerajaan yang 'korup' yang mesti ditolak oleh rakyat dalam
> pilihanraya umum akan datang,"katanya.
>
>
> comments:
> Hati Muda
> ada lagi niii. kalau macam ni punya cara .. memang banyak lagi benda tak
> logik yang depa ni buat...
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment