Friday, May 4, 2012

Re: RG2011... Fw: Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi

 

soalannyaaaaaaaaaa kenapa dimansuhkannnnnnnnn tulisan jawiiiiiiiiiiiii...?????????????

2012/5/4 <elnairahijabs@gmail.com>
 

Budak2 negeri johor yang sekolah agama petang semua tahu baca jawi.darjah 1 dah boleh baca dan menulis tulisan jawi.
Kalau tatau baca jawi,kira nak mengaji pun tatau la kan.mak ayah pun tak mengaji jgn salahkan sistem pembelajaran kat sekolah pulak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


-----Original Message-----
From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 3 May 2012 01:11:56
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi

Salam...mmg tepat kata dzayu...tugas ibubapa bukan shaja menjaga dan membesarkan anak..jangan lepaskan semua tanggungjawab mendidik pada guru semata-mata.dalam paper pun ada..sambil2 tu bacalah jawi utk diri sendiri dulu..kalau da ok, ajarlah pada anak...rasanya anak2 lebih mudah belajar dengan ibu bapa berbanding guru..yelah, satu kelas berapa ramai....agak2 kalau DAP or PKR memerintah nanti, bagi ker dia orang???

From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, May 3, 2012 8:56 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi


 

Pada saya senang je, pepatah melayu ada menyebut 'hendak seribu daya, tak hendah seribu helah'. Kalau ibubapa kita tidak tahu membaca jawi, adakah patut kita pun ikut sama?

Kalau kita sebagai ibubapa tidak tahu, adakah kita hendak anak kita juga jahil seperti kita? Sebagai ibubapa, kita wajib menyediakan keperluan anak2 kita dahulu barulah kita penuhi keperluan kita.

Dari kita menyalahkan org lain, lebih baik kita perbaiki diri kita supaya kita boleh jadi seorang pemimpin yang lebih baik dari yg ada sekarang ni. Kita didik anak2 kita untuk jadi pemimpin pada masa akan datang yg terbaik dari yg ada.

Pada masa itu, kita akan mampu melakukan yg terbaik utk masyarakat bukan seperti yg ada sekarang.

Maaf sekiranya menyinggung sesiapa.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
From: xstream <pejal71@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 1 May 2012 18:59:45 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi
 
Siapa yang memansuhkan pembelajaran tulisan jawi di sekolah dulu..sehingga ibubapa sendiri tidak tahu atau merangkak2? Jadi macam mana nak ajar anak2? Siapa buang tulisan jawi??? baru sekarang terhegeh2 nak kembalikan tulisan jawi...itulah jahatnya Pemikiran UMNO...walaupun ditegur dan dibantah tetapi tetap juga mahukan tulisan jawi dibuang dalam matapelajaran sekolah..jangan kita lupa jasa2 UMNO nih..itu aku heran jawi pun dipolitikkan...logo Petronas sanggup tukar dan buang duit pasal warna cam sama dgn PAS...itulah org2 bodoh yang Tun Mahathir sebut ada dalam UMNO. Bukan nak politik tetapi cerita ini kena tahulah...


2012/4/27 johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>

Nasib baik saya diajar belajar membacadan menulis jawi masa sekolah rendah dulu...masih saya ingat lagi cikgu yang mengajar jawi tu nama dia cikgu Yahya...kalau tak kerana dia,mungkin kami (budak2 sekolah saya) tak tahu bacajawi...Terima Kasih cikgu Yahya walaupun cikgu garang...
>
>
>From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
>Sent: Wednesday, April 25, 2012 11:51 PM
>Subject: RG2011... Fw: Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi
>
>
>

>
>
>Jangan salahkan pelajar tak tahu baca, tulis jawi
>
>selatanonline
>Oleh Syed Abdullah Jamalullail
>
>Hairan bin ajaib apabila direnungkan sejenak akan mengapa kebanyakan pelajar yang beragama Islam tidak boleh membaca dan menulis jawi serta kurangnya pengetahuan dalam agama Islam itu sendiri di peringkat asas sekali pun sedangkan pelajaran agama diajarkan semenjak dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.
>
>
>Mesti ada puncanya mengapa begitu jadinya yang perlu diperbaiki atau diambil tindakan segera agar segala pengajaran agama itu bukannya sia-sia sahaja. Kita tidak boleh salahkan murid-murid atau pun guru-guru tetapi lebih kepada sistem pembelajaran itu sendiri yang kurang berkesan dan tidak sesuai dipraktikkan sejak zaman Allahyarham Tan Sri Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran di sekitar tahun 60-an lagi.
>Pertamanya adalah kerana tidak menggunakan tulisan jawi dalam mata pelajaran itu serta begitu juga apabila membacanya di mana kebanyakan adalah dituliskan dalam bahasa rumi.
>Keduanya adalah tidak diserapkan asas roh akidah di dalam jiwa pelajar tetapi lebih kepada akademik seperti sejarah tokoh-tokoh Islam yang sepatutnya ianya diajarkan kemudian di dalam peringkat Pengajian Tinggi nanti. Akidah dan asas ilmu fardhu ain adalah penting untuk mendidik anak-anak dari kecil lagi.
>Ketiga adalah adab dan disiplin menurut kaedah Islam dan akhir sekali barulah diserapkan pengajaran mengaji dan memahami isi kandungan kitab suci Al-Quran serta arif dan dapat membeza buruk dan baik atau halal dan haram hinggalah berhubung kait dengan alam akhirat neraka dan syurga.
>Kementerian Pelajaran hendaklah mengkaji dan seterusnya merubahkan segala sistem pengajaran mata pelajaran Islam keseluruhannya agar ianya benar-benar sampai dan berkesan bagi setiap pelajar dan bukannya ambil sambil lewa sahaja atau pun hanya untuk memenuhi kuota mata pelajaran tanpa memberikan kesungguhan untuk membinakan jiwa insan yang benar-benar komited kepada ajaran Islam sebagaimana yang dituntutkan oleh agama itu dan ini adalah bertujuan kebaikan generasi umat islam itu juga agar menjadikan islam sebagai panduan hidup yang mampu membina kekuatan rohani dan jasmani untuk selamanya baik didunia ataupun akhirat.
>Seseorang Muslim yang ada asas agama sekurang-kurangnya dapat mempertahankan akidah dan jati diri terhadap Islam sebagai benteng terakhir akan pegangan hidupnya nanti. Punca kebanyakkan remaja hilang panduan hidup adalah kerana asas agamanya tidak kukuh dan malah ada yang sampai jahil tentang agama Islam itu sendiri.
>Posted by aya
>
>


--
Xstream-BOP



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment