Thursday, May 3, 2012

Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

Ramai orang dalam negara kita yang sama nama, contohnya lihat dalam dirctory telefon, dalam satu negeri pun banyak nama yang sama, apa lagi dalam negara Melaysia. Bisalnya nama Ali bin Ahmad di Malaysia ini ada berpulupuluh orang nama sama Ali bin Ahmad. Dengan iitu kalau di Terenggabu ada Abdul Aziz Mohd Yusof di negeri Kelantan pun ada Abdul Aziz Mohd Yusof, kedua-dua nya nama sama tetapi orang yang berlainan. Oleh itu jangan membuat tuduhan sembarangan sebab itu merupakan fitnah yang nyata.


From: naim tenn <tenn_extreme88@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 2, 2012 8:21 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

Parti pembangkang @ kerajaan sume ada penganut yang mnntang islam...Politik ni bagus untuk rakyat utk mendapat kebajikan yang lebih baik..Jadi yang menjadi pengantara mestilah bebas dr sebarang parti politik untuk membuktikan sokongan rakyat pd parti y lebih byk mendahulukan rakyat...bkan hanya apabila PRU hampir tiba..
Apa relevantnya seseorang tu utk menyertai sesuatu parti tanpa sebab???tipulah klu xkerana cenderung ke sesuatu parti itu...Pe2 hal pon ape yg diwar2 kn dlm group bkn sume nya BTOI, so pandai2 menggunakan akal fikiran..


From: Masaufi <masaufi@asahikosei.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 30 April 2012 12:45 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

 

Sokong.....Dulu saya UMNO tapi bawa bendera PAS & PKR.....tak de hal pun....tapi kini dah kembali bersama UMNO sebab lihat PKR & PAS tidak relevant kerana bersetongkol dengan mereka yang musuh ISLAM..
----- Original Message -----
Sent: Monday, April 30, 2012 10:06 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

elehhhh manyak olang jd ahli saje bkn semestinye jd penyokong???tolx??uncle deng ahli pas xpi deng tgok beratt ke UMNO jerk...xmnjadi kesalahan sekadar menjadi ahli pertubuhan yg berdaftar..

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 26 April 2012 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?
 


Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???

malaysiaberih.blogspot
 
Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi.

Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan raya tersebut.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker Dewan Rakyat terbabit.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelumnya.

SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus dalam daftar pemilih mereka.

Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.

Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.TMI




No comments:

Post a Comment