Monday, May 7, 2012

Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

Dia pun tak ingat yang dia pernah jadi ahli UMNO sebab sudah terlalu lama dan tidak aktif.  Ternyata orang lain yang sama nama dengan dia yang pegang jawatan penting dalam bahagian adalah ahli UMNO sebenar sehingga sekarang. Sebaliknya orang yang buat fitnah (dan mengumpat orang lain) boleh menyebabkan seseorang tu muflis di akhirat nanti.


From: feeqa chunna <abj290377@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, May 7, 2012 2:09 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

 
masalahnya tuan punya badan pun dah membuat pengakuan mengiyakan.
tup2 bila  dah buat pengakuan tetiba2 pulak boleh nafikan smula .
ha ha ha..
ini la yg dinamakan lawak antarabangsattt..kih3....takpe lah.. tengah hidup ya tak.. sok dah mati jaawwwwabbbbbbbb  sniri... huhuhu

2012/5/3 Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
Ramai orang dalam negara kita yang sama nama, contohnya lihat dalam dirctory telefon, dalam satu negeri pun banyak nama yang sama, apa lagi dalam negara Melaysia. Bisalnya nama Ali bin Ahmad di Malaysia ini ada berpulupuluh orang nama sama Ali bin Ahmad. Dengan iitu kalau di Terenggabu ada Abdul Aziz Mohd Yusof di negeri Kelantan pun ada Abdul Aziz Mohd Yusof, kedua-dua nya nama sama tetapi orang yang berlainan. Oleh itu jangan membuat tuduhan sembarangan sebab itu merupakan fitnah yang nyata.


From: naim tenn <tenn_extreme88@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 2, 2012 8:21 PM

Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

Parti pembangkang @ kerajaan sume ada penganut yang mnntang islam...Politik ni bagus untuk rakyat utk mendapat kebajikan yang lebih baik..Jadi yang menjadi pengantara mestilah bebas dr sebarang parti politik untuk membuktikan sokongan rakyat pd parti y lebih byk mendahulukan rakyat...bkan hanya apabila PRU hampir tiba..
Apa relevantnya seseorang tu utk menyertai sesuatu parti tanpa sebab???tipulah klu xkerana cenderung ke sesuatu parti itu...Pe2 hal pon ape yg diwar2 kn dlm group bkn sume nya BTOI, so pandai2 menggunakan akal fikiran..


From: Masaufi <masaufi@asahikosei.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 30 April 2012 12:45 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

 

Sokong.....Dulu saya UMNO tapi bawa bendera PAS & PKR.....tak de hal pun....tapi kini dah kembali bersama UMNO sebab lihat PKR & PAS tidak relevant kerana bersetongkol dengan mereka yang musuh ISLAM..
----- Original Message -----
Sent: Monday, April 30, 2012 10:06 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?

elehhhh manyak olang jd ahli saje bkn semestinye jd penyokong???tolx??uncle deng ahli pas xpi deng tgok beratt ke UMNO jerk...xmnjadi kesalahan sekadar menjadi ahli pertubuhan yg berdaftar..

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 26 April 2012 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ?
 


Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???

malaysiaberih.blogspot
 
Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi.

Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan raya tersebut.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker Dewan Rakyat terbabit.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelumnya.

SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus dalam daftar pemilih mereka.

Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.

Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.TMI
 
 
 

Pengerusi SPR terkantooiii..!!

haninasution.blogspot
cetusan.... ~♥ UmmiAnni ♥~
 
 
Depa ni ahli UMNUUU woii...macamana depa boleh dibiarkan jaga SPR ni ..
kalau korang ni bukan bagai yang dikatakan oleh YB Saifuddin Nasution di sini ..korang kena la nafikan bersama bukti sekali..pasai ape..Saifuddin Nasution kata dia ada bukti kukuh pasal keahlian UMNUU korang....

Wahh..kalau sungguh bagai dikata..selama ni memang sah rakyat kena tipu memanjang..memang korang ni tak amanah sungguh..macamana rakyat nak percaya lagi..korang memang KOTOR..!!

tapi apa pulak penjelasan untuk senarai di bawah ni....???
ABDUL AZIZ B. MOHD YUSOF..anda kantoii sudahhh..!!! baik la kome LETAK JAWATAN...LETAK JAWATAN woiii..!!!
 
 

SPR: Isytihar ahli Umno atau keluar parti

batuvskayu.blogspot
 




Salmiyah Harun,
 



 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan mengatakan mereka adalah ahli Umno, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Sangat-sangat terkilan, tidak profesional di dalam menjalankan amanah yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk menzahirkan kepercayaan awam," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, sepatutnya ahli-ahli SPR berkecuali dan tidak sopan bagi mereka mendaftar diri menjadi ahli politik.

Sebab, katanya apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam'

"Apabila seseorang ahli SPF menganggotai parti politik pada masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam. Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti politik," katanya.

Justeru, katanya mereka tidak boleh menjadi ahli parti kerana menampakkan diri mereka berat sebelah.

"Ahli-ahli politik sepatutnya isytihar keluar parti jika mahu jadi ahli SPR," tegasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui sejak dahulu lagi ramai pihak melihat SPR tidak menunjukkan sikap 'non partisan'.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.

Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.







No comments:

Post a Comment