Wednesday, May 30, 2012

RG2011... iklan: SIMPANAN DI DALAM UNIT AMANAH MAAKL MUTUAL BHD

 

Assalammualaikum  

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburanbagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. 

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan seperti Maakl Mutual Bhd. 

Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja. 

Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh PanelPelaburan KWSP. 

Kelayakan Memohon 
Anda layak memohon sekiranya: 
(i) Warganegara Malaysia; ATAU 
(ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di 
bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 
1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum 
semula dengan KWSP; ATAU 
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang: 
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU 
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) 

Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN 

Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00 
Simpanan Asas 

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun. 

Amaun Yang Layak Dikeluarkan ( SILA RUJUK LAMPIRAN ) 

Anda boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut: 
• 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 
• Jumlah miminum pengeluaran pelaburan adalah RM1,000.00 
• Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas 
• Formula: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20% 

Syarat-syarat Pengeluaran 

IPD Yang Dibenarkan 
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan TERMASUK Maakl Mutual Bhd 
Kekerapan Pelaburan 
• Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburansebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1. 
• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa. 
Pelaburan Secara Terus 
• Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburanhendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. 
Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri 
• Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri. 
Tanggungan Risiko Pelaburan 
• Anda bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab. Untuk makluman semua, simpanan di dalam dana dana unit amanah Maakl Mutual Bhd telah terbukti mampu memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh jangkapanjang . Pemantauan dari Adviser juga amat penting bagi memastikan pokok simpanan anda terjaga. 

Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP 

• Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. 
• Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun ('no leakages') daripada jumlah yang dilaburkan di IPD. Pengeluaran secara tunai hanya boleh dilakukan terus dengan IPD apabila anda berusia 55 tahun. 
Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan 
• Anda tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.Walaubagaimanapun, anda harus ingat, dengan menyimpan di dalam unit amanah Maakl Mutual, anda telah menbentuk akaun Persaraan ke 2 dan memperolehi dividen yang lebih. 
Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD 
• Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut. 
Bayaran Perkhidmatan 
• Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP. 
Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan 
• KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian. 
• Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli/waris dengan pihak IPD. 
Penamaan 
• Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan. 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan dan Kaedah Bayaran 

i) Borang permohonan pengeluaran ( akan disediakan oleh Perunding ) .  
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR); 
ATAU 
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama; 
ATAU 
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU). 

Kaedah  

KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima. 

Cara Permohonan Dihantar 

• Permohonan yang telah siap diisi akan diuruskan oleh pihak Maakl Mutual Bhd. 
• Maakl Mutual Bhd akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses. 
   

PERLU DINGATKAN, SIMPANAN DI DALAM UNIT TRUST INI MEMERLUKAN KEPADA SIMPANAN JANGKAPANJANG DAN TIADA PULANGAN YANG BOLEH DIBERIKAN DALAM TEMPOH 1 BULAN , 2 BULAN , 3 BULAN MAUPUN SETAHUN. 

INI hanya akan berlaku, andaikata berlaku pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. WALAUBAGAIMANAPUN.....terapkan di dalam minda semua rakan rakan untuk menyimpan bagi tempoh jangkapanjang. INSYAALLAH - Memang berbaloi baloi 

HUBUNGI SAYA untuk penerangan percuma.   

  


http://unittrust-maaklmutual.blogspot.com 
http://www.maaklmutual.com.my 
http://youtu.be/rqND3xI4QwM
http://maaklnadirgroup.blogspot.com 

   
Don't be afraid to change. You may lose something good, but you may gain something even better 
  
Noor Shamsinar Hj Ismail 
Unit Trust Senior Adviser 
Champion UTSA & Recruiter 
Million Ringgit Producer 
MAAKL Mutual Berhad
MAA Takaful
 
019 3396747 
  

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment