Wednesday, May 2, 2012

Re: RG2011... Gaji Minima: Macam mana hidup dengan RM900?

 

Sekarang ni Malaysia di bawah Najib dah "nyawa2 ikan". Kalau pembangkang cakap Malaysia nak bangkrap tak nak percaya. Dok bangga sangat dengan apa yang dah ada sekarang. Dok bersorak satu kampung dengan apa yang Najib nak bagi. Tak tahu semua duit tu daripada rakyat. Yang susah rakyat jugak. Nak jaga kebajikan rakyat? Kalau setakat "mampu" tetapkan gaji rakyat minima "cukup-cukup" makan je baik tak payah. Bantu rakyat susah sikit dok heboh dalam TV konon2nya "baik sangat" nak jaga kebajikan rakyat. Apa pasai takut Malaysia bangkrap terus ke kalau letak had gaji minima paling kurang RM1200-1300. Tepuk dada tanya selera. PRU dah dekat. Buka mata hati tue jangan dok buta dah berpuluh tahun undi BN / Umno.

2012/5/2 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

Setelah lama berdolak-dalik sekian, akhirnya Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

JERIT secara prinsipnya menerima baik penetapan gaji minima di Malaysia selepas sekian lama isu ini diperjuangkan.

Adakah RM900 mencukupi?

Namun, JERIT masih kecewa RM900 ditetapkan sebagai gaji minima.  RM900 adalah satu angka yang jauh ketinggalan zaman.  Ini adalah kerana, pada 1 Mei 1996, JERIT telah menuntut agar RM750 dilaksanakan sebagai gaji minima untuk pekerja ladang.  Pada tahun 2002, JERIT melancarkan kempen serta menuntut kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM900.  Manakala, pada tahun 2008, JERIT menuntut perlaksanaan Akta Gaji Minima RM1500.  Jumlah-jumlah ini ditetapkan berpandukan kepada kajian JERIT serta mengambil kira faktor kadar inflasi semasa dan kos hidup yang semakin meningkat.  Malah, pihak MTUC juga telah menggesa kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 dan COLA RM300 untuk para pekerja.

Walaupun pelbagai kajian serta saranan diberikan kepada pihak Kerajaan oleh JERIT dan kesatuan sekerja, penetapan RM900 sebagai gaji minimum pastinya satu angka tidak memadai untuk masa kini.  Nampaknya pihak Kerajaan tunduk kepada tekanan para majikan dan lebih berminat kepada laporan World Bank walaupun warga pekerja menuntut RM1500.

Jangan kita lupa, Najib juga telah mengummkan bahawa Kerajaan akan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihanraya.  Malah penarikan balik subsidi serta kenaikan harga telah menambahkan lagi tekanan hidup.

Jangan Lengahkan Perlaksanaan

JERIT juga amat bimbang serta was-was terhadap perlaksanaan gaji minima RM900 yang tidak menetapkan satu tempoh masa yang tetap.  Ia memberi kelonggaran enam bulan dari tarikh arahan gaji minima ini digazetkan.  Selepas itu, para majikan diberi masa 12 bulan lagi untuk melaksanakan gaji minima.

Walaupun JERIT faham satu jangkamasa diperlukan untuk membuat persediaan, tetapi jangkamasa 6 bulan dan 12 bulan adalah terlalu lama.  JERIT bimbang pengumuman ini dibuat untuk memancing undi semasa pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.  Selepas itu, pelaksanaan gaji minima ini akan akan dilengahkan.  Ini telah berlaku kepada pengawal keselamatan, di mana, gaji pengawal keselamatan yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2011 ditangguhkan dan selepas pelaksanaan, masih terdapat majikan yang enggan mempraktikkannya.

Kesimpulannya, walaupun penetapan gaji minimum RM900 satu langkah yang positif namun, JERIT berpendirian bahawa pihak kerajaan harus menggubal Akta Gaji Minima RM1500 di Malaysia bagi memastikan hak dan kebajikan semua pekerja terjamin.  Gaji yang baik akan menjamin kualiti yang baik kepada warga pekerja di Negara ini.

*Kenyataan media oleh Sivaranjani Manickam selaku Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment