Thursday, May 17, 2012

Re: RG2011... [Gambar] Sekumpulan Orang "Kurang Akal" di depan Rumah Ambiga

 

Jangan dok roko' macam sembahyang pula.....nanti boleh jadi amalan syirik pula!


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 15 May 2012 9:56 AM
Subject: RG2011... [Gambar] Sekumpulan Orang "Kurang Akal" di depan Rumah Ambiga

 


[MK] Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.



Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.

Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.



"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.

Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.



P/s: Orang cerdik tidak berkelakuan begitu. Orang ini hanya mencemarkan imej tentera. Persatuan tentera yang lain sewajarnya mengutuk perbuatan PVTM kerana merendahkan martabat dan maruah tentera.

Sekali lagi TM hendak ulang kata-kata Che Det: "Orang yang cerdik pandai masuk pembangkang". Jika begitu, orang yang kurang cerdik masuk ke parti mana?


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment