Thursday, May 3, 2012

Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 

Nampaknya strategi untuk menyealahkan perserta demo memang mengena. Ramai yang percaya peserta demo lah yang membuat kecoh. Siaran berita RTM dan TV3 yang terkenal dengan pembohongan juga berubah menjadi yang dipercayai. Perkara ini sudah saya jangkan sebelum bersih lagi, dan saya juga telah menasihatakn kepada penganjur supaya menyiap sebuah pasukan pemantau yang bertindak untuk menangkap peserta yang membuat kecoh dan serahkan kepada polis. Setiap kali demo anjuran pihak yang bertentangan dengan kerajaan berakhir dengan kekecohan, situasi itu sepatutnya sudah dikaji oleh penganjur. Menghairankan demo yang dilakukan oleh puak-puak tertentu yang tidak sealiran dengan pembangkang selalu berjalan dengan lancar. Ianya tentu mempunyai sebab yang perlu diperincikan. Persoalan Mengapa ini berlaku sepatutnya menjadi keutamaan kepada kita. Mengapa ia berlaku di sini tidak di sana? Perbandingan sikap pihak berkuasa juga perlu diperincikan. Mengapa mereka bertolak ansur di sana dan tidak di sini?  Adakah kerana sikap tolak ansun ini menyebakan demo di sana lebih lancar dan di sini tidak?
 
Kebiasaannya rakyat malaysia mudah mempercayai sesuatu perkara tanpa mahu memikirkan atau mengkaji keadaan sebenar. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tidak percaya bahawa serangan ke atas Amerika pada 911 dilakukan oleh pengganas? Rasanya ramai yang komen mempercayainya dan mengutuk pengganas sebagai puncanya ini termasuklah para pemimpin Malaysia, dari PM, TPM hingga ke menteri-menteri..akhirnya terbukti ianya adalah perbuatan CIA dan tiada kaitan dengan pengganas.

--- On Thu, 3/5/12, johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com> wrote:

From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 3 May, 2012, 12:32 AM

 
Salam..saya setuju..bila dikaji semula bersih 3.0 meninggalkan banyak kesan...memang tidak dinafikan terdapat kelemahan dan kesilapan didalam pemerintahan sekarang..tetapi apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir yang memilih cara brutal dan ganas..tujuan asal perhimpunan ini adalah untuk menunjukan bantahan secara aman..bukannya secara merusuh..jika kita mengatakan rusuhan ini dimulakan oleh provokasi pihak UMNO atau pun polis...kenapa perlu diikuti kenaganasan tersebut..??? sudah lupakah tujuan asal??sudah lupa akan matlamat perhimpunan???bagi saya jika ia dilakukan secara aman dengan bilangan peserta yang boleh dikatakan memberangsangkan, ini pun sudah cukup untuk membuka mata pemerintah dengan melihat betapa ramai peserta yang mahukan keadilan sistem pemilihan...tetapi lain pula jadinya..walaupun beberapa blog memaparkan dakwaan bahawa ada segelintir pihak (saya tak berani membuat tuduhan) bahawa provokasi ini dimulakan oleh pihak ini....kenapa para peserta perlu melepasi sekatan???kenapaperlu ikut merusuh jika provokasi dimulakan oleh pihak yang rancang???duduk dan bantah....itu tujuan utama...mengapa saya tidak berani membuat tuduhan dimana umno atau polis yang merancang provokasi???...ada kemungkinan provokasi juga diatur oleh pihak penganjur sendiri bagi memburukkan kerajaan kononnya polis kejam...politk...semua kemungkinan boleh berlaku...bagi saya pihak penganjur yang patut dipersalahkan kerana gagal mengawal peserta..penganjur telah lari dari tujuan asal...

Melihat di u tube bersih 3 di melbourne...memang boleh dikatakan berjaya tanpa insiden...kenapa di malaysia tak boleh mcm di melbourne???pendapat saya...kerana mereka yang menyertai di melbourne dari jenis yang berpendidikan tinggi berbanding di sini..mereka lebih bijak..cuma tgk di u tube, beberapa komen yang diberikan bangsa asing???mereka setuju...tapi dengan cara aman...bersih 3 di adakan secara serentak dibeberapa negara ini pun sudah cukup membuka mata pemimpim..sebaliknya dimalaysia, ini akan memberikan kesan negatif..orang berpendapat bahawa pembangkang gemarkan keganasan...elok2 bangsa lain yang sokong dengan PKR...akan bertukar angin kepada DAP...dek sebab sifat ganaz yang ditunjukkan penyokong menggambarkan bahawa pemimpin/penganjur  gemarkan keganasan.....jika difikirkan sedalam-dalamnya, keganasan ini memberikan keuntungan segelintir pemimpin/penganjur dalam meraih sokongan politik atau dalam ertikata lain orang melayu telah dipergunakan tanpa mereka sedar ataupun tidak untuk kepentingan politik mereka...mungkin jika lebih besar rusuhan, lebih besar kejayaan mereka...

Pihak penganjur patut dipersalahkan...mereka gagal mengawal peserta...DUDUK dan BANTAH...bunyinya aman jika tidak ikut merusuh atau turut pada provokasi...ini juga akan membuka peluang kepada kerajaan yang didakwa zalim untuk menutup kesalahan sediada dan menambahkan perencah/perasa dalam initipati berkempen utk pru 13...jgn pula kaum lain beralih arah pada DAP dek sb perangai bangsa sendiri tunjukkan....


From: Azana Alwi <zana_design@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, May 1, 2012 2:05 AM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 
Tuan2 Dan puan2 sekalian... Maaf sya nk btanya...

Mcm mana dgn kerosakan harta benda awam Dan kerugian peniaga2 seperti kami??  Adakah kami yg tidak berpihak dimana2 pihak harus terima akibatnya? Sya tak mangatakan kerajaan yg Ada skrg betul smuanya.. Tp anjuran program yg sepatutnya niatnya bersih tp telah mngotorkan kawasan awam (trutamanya pd kami yg tak mahu terlibat) terasa kesanynya. Mungkin pembangkang Perlu gunakn saluran yg lebih berkesan selain anjuran program seperti ini dimana para penyokong yg suka bertindak agrasif tidak merosakkn harta benda awam.. 
Mungkin sya pun Akan Melawan jika sya ditindas 1 hr nti.. (walaupun skrg sya tidak penah mdapat apa2 bantuan dr kerajaan, juga tidak marah Sbb sya blm Ada apa2 utk dmarahkn).. Tp jgn lah sampai mengheret insan2 lain yg tak Ada apa utk dprotes TERSEPIT...

Keadaan begini sya rasa Ada mngutungkn (bg pihak2 yg trlibat) tp Apekah nasib pihak2 seperti kami yg tak mau campur tngan.. Kerana kami Ada menerima kerugian bila RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN...
Ataupun bila PR memerintah kelak... Semua yg peserta terlibat (secara langsung atau tidak) dlm usaha Melawan kerajaan UMNO Akan mndapat sesuatu yg lbh baik dr apa yg kita dpt skrg? 

Saya agak confius dgn keadaan skrg.. Sbb kerajaan skrg mmg bnyk kesilapannya.. Tp cara begini pun nmpak tak elok oleh mata asing..tambahan lg ia meninggalkn kesan kerosakan awam. 

Sent from my iPad

On Apr 30, 2012, at 8:54 PM, zahrol zahrol <z_zahrol@yahoo.com> wrote:

 
Dia orang ni puak ortodok


From: Mohd Yusof <modysof@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 30, 2012 1:53 PM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 
"Saya lihat PR lebih angkuh kerana hanya membela puak-puak mereka saja. UMNO pula berkhidmat untuk kebajikan semua. Semua diberi peluang. Hanya yang tak berkemampuan untuk rebut peluang saja akan salahkan pihak lain.
Bagi saya, o.k saja walaupun tak kaya tetapi mencukupi." -- 
rhirowati

Kenyataan sebegini sengaja memutarbelitkan fakta hanya menampakkan kejahilan berdaya saing di luar kotak minda yang jumud. Bahawa persepsi 'UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO' adalah seumpama dua anggota jasad yang tidur sebantal namun masih mengharapkan belas ehsan rakyat untuk terus memilih kerajaan yang jelas kuasa domainnya di kalangan UMNO sendiri - parti yang rasis.

Apakah yang diharapkan lagi untuk menjaga kebajikan semua kaum jika prioritinya cuma menjaga kepentingan puak sendiri demi survival.. Berdemonstrasi di dalam sebuah negara demokrasi yang lebih 50 tahun merdeka adalah sebagai menyatakan bantahan setelah kritikan suara majoriti rakyat berjaya ditangkis -- itu pun setakat di dalam parlimen sahaja! 

Mungkinkah kesilapan 'memilih' akan berulang lagi? Apakah kerana agenda 'perang saraf menjajah pemikiran' sudah hilang arah dan backfired? Nyatakan kebenaran biar pun pahit untuk diluahkan. Bottom line ialah kebangkitan yang mencabar kepimpinan orang Melayu yang bersikap 'telunjuk lurus kelinking berkait' kian mekar dalam memori para peserta Bersih 3.0!


From: al- Mujahid <al.mujahid65@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "wanzailan@ajikl.com.my" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sent: Monday, April 30, 2012 12:14 PM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 
apa yg kamu lihat itu hanya dalam lingkungan pemahaman skop lingkungan kamu.
apa yg kamu lihat, apa yg kamu dengar, apa yg kamu baca, dgn siapa kamu bergaul, itu akan membentuk siapa diri kamu.
tdk diketahui tahap proaktif pemikiran kamu terhadap sesuatu isu, berita. samada kamu terus hadam atau selidiki dulu.
sesuatu yg terjadi tergantung pada asbab musabbabnya, mustahil terjadi dgn sendirinya. ini sunnahtullah.
bila kamu sebutkan hal politik kepartian, salah menyalahkan itu adat.
di bangku sekolah lg kita dididik begitu, dalam pertandingan debat ada pihak pembangkang dan kerajaan.
dah namanya pembangkang, mesti akan membangkang habis-habisan, dan dah namanya pihak kerajaan mesti mempertahankan habis-habisan.

nampaknya kamu belum kenal apa itu demokrasi, kamu belum kenal apa itu kapitalis, kamu belum kenal apa itu politik.
berkenalanlah supaya kamu tdk hanyut.
kenal diri kamu, insyaAllah akan kenal akan Tuhanmu.

"kecintaan kamu terhadap sesuatu itu akan membuatkan kamu buta dan tuli"


From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "wanzailan@ajikl.com.my" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sent: Monday, 30 April 2012 10:41 AM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 
     Saya lihat PR lebih angkuh kerana hanya membela puak-puak mereka saja. UMNO pula berkhidmat untuk kebajikan semua. Semua diberi peluang. Hanya yang tak berkemampuan untuk rebut peluang saja akan salahkan pihak lain
Bagi saya, o.k saja walaupun tak kaya tetapi mencukupi.
 
rhirowati - rhirowati

From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com; perisikrakyat@yahoogroups.com; renungan_iktibar@yahoogroups.com; relexjap@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; sedarlah@yahoogroups.com
Sent: Monday, April 30, 2012 9:24 AM
Subject: Re: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 
cara paling lembut untuk sedarkan pemimpin umno yang angkuh, sombong, rakyat jadi hamba mereka
----- Original Message -----
Sent: Sunday, April 29, 2012 12:08 AM
Subject: RG2011... HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

 

Hari ini rakyat di ajar dan di didik melawan pemerintah melalui demonstrasi.

Mereka sangka apabila mereka dapat kuasa dan memerintah negara mereka mudah menegakkan keadilan, amankan negara,  rakyat boleh relaks dan hidup bahagia.

Kalau anda berfikiran sedemikian............ anda silap.

Kerana ketika itu pihak lawan tidak akan duduk diam .


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment