Thursday, May 10, 2012

Re: RG2011... Khalid Ismath - budak yang tendang polis trafik

 

tak sama pun muka dia tapi kalau ngan polis tu seiras gak

2012/5/7 reza samad <rezamuar@yahoo.com.sg>
 



Polis tahan Khalid Ismath

KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.

Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.
Khalid dilihat memasuki pekarangan IPK Kuala Lumpur bersama seorang peguam dan disertai bapanya, Mohd. Ismath Habib Mohamad, yang juga bekas calon Pas semasa Pilihan Raya Umum 1995; ibunya, Junaidah Mohamad; kakak sulungnya, Anissa serta sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan-rakannya.

Khalid yang juga pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah antara 91 individu yang boleh membantu siasatan berhubung kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara.
Mohd. Ismath berkata, anak bongsunya itu hadir ke IPK Kuala Lumpur selepas mereka didatangi empat pegawai polis baru-baru ini untuk memberi kerjasama berhubung laporan dibuat pihak tertentu.

Katanya, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa namun terkejut apabila anaknya itu ditahan pihak polis.
"Saya terkejut apabila Khalid ditahan ketika hadir untuk membantu siasatan ini. Oleh itu saya gesa polis membebaskan segera anak saya kerana dia bukan penjenayah," katanya.

Ditanya tentang tindakan tatatertib yang mungkin diambil oleh UiTM terhadap Khalid, Junaidah menegaskan, mereka sekeluarga tidak kisah jika universiti terbabit membuang anaknya itu.

Anissa pula mendakwa, Khalid tidak pernah mengeluarkan kenyataan hasutan sedemikian sebaliknya mendakwa laman sosial Facebook adiknya itu telah digodam sehingga menyebabkan dia menerima pelbagai tuduhan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan Khalid ditahan berhubung gambar seorang individu yang menendang seorang anggota polis trafik semasa Bersih 3.0.

Katanya, polis menahannya untuk disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dalam kekacauan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.
Tambah beliau, selain itu seorang lagi lelaki berusia 32 tahun ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang semalam dan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di sekitar Puchong, malam tadi.

Jumlah itu menjadikan bilangan mereka yang ditahan setakat ini ialah empat orang termasuk seorang telah didakwa di mahkamah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambar mereka disiarkan dinasihat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPKKL di talian 03-2115 9999 atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-260 2344 atau 019-387 2344 untuk tindakan lanjut.




P/s . Khalid dilihat memasuki pekarangan IPK Kuala Lumpur bersama seorang peguam dan disertai bapanya, Mohd. Ismath Habib Mohamad, yang juga bekas calon Pas semasa Pilihan Raya Umum 1995;

lerrr Anak bekas calon PAS kok peelnyer cengini.

Ditanya tentang tindakan tatatertib yang mungkin diambil oleh UiTM terhadap Khalid, Junaidah menegaskan, mereka sekeluarga tidak kisah jika universiti terbabit membuang anaknya itu.

Kalau kena buang Universiti , Pasni Anwar dan Ambiga leh la berpakat untuk bela budak ni .



masa gambar ni mula mula keluar , sedap je tuduh polis yang menyamar untuk tendang polis .Dasar tak nak mengaku yang himpunan hari tu penuh dengan manusia naik hantu dari pakatan sendiri. Ni korang dah tahu ,jadi sesiapa yang terasa terlibat menyebarkan berita tanpa fakta a.k.a FITNAH tu sila la minta maaf dan bertaubat . Entah sampai mana laa kesan berita tak benar korang tu bila buat tuduhan melulu. Allah sahaja yang maha mengetahui.



D'Perbatasan


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment