Thursday, May 10, 2012

Re: RG2011... Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH

 

indahnya bahasa....kat mana dia belajar budi bahasa macam nie......

On 09/05/2012, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
> Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman
> Mereka
> PDO
>
> KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi
> melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang
> ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya
> sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada
> Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka
> terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya
> terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan
> pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing.
> "Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus
> bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang
> hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang
> membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak
> yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga
> semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri
> mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui krew PDO di Perkarangan
> Mahkamah pagi tadi.
> Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu
> borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule
> bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak
> mengikut peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh
> negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang
> pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini
> menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan
> dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah
> injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei
> 2012 ini.
> Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai
> PM
> pencacai-semalaysia.com
> Posted on Pencacai SeMalaysia®
> a..
>
>
> Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?
>
> KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar
> pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut
> dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya
> semalam.
>
> Gambar: PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah
> peneroka semalam
>
> Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda
> Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan
> 'haram jadah'.
>
> Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang
> penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
>
> Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman,
> kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar
> perdana menteri.
>
> "Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi
> mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.
>
> Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah
> sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.
>
> "Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.
>
> "Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira
> kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu
> menyumpah haram jadah," soalnya lagi.
>
> Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam
> tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang
> dikeluarkan Najib itu.
>
> Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan
> jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.
> -HD
>
> Ulasan GB
>
> Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak
> bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa
> Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM
> Malaysia... Percayalah!
>
> Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".
>
> Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan
> seseorang.
>
> Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa yang gagal
> menghadapi rencamnya karenah anak-anaknya sendiri. Pendek umur ayah
> sedemikian kerana stress.
> Dicacai Oleh Pencacai SeMalaysia®
> 'Saya tak redha'......lainlah kalau dari _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ki ki ki.....
>
> al-brangionline.blogspot
> Pembangkang warganegara kelas ke2 ke?
>
>
> 'Durian runtuh' itu bukan dari kantong ameno......jauh sekali dari poket
> seluar orang yang kata, "Saya tak redha......" (Sumber.).
>
>
> Macamana Presiden Umno boleh kata dia tak redha......lainlah kalau dia
> keluar 'biji-biji durian' tu dari _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ki ki ki.....
> Posted by al-brangi Online
> 'Saya tak redha pembangkang terima durian runtuh'
> Jamilah Kamarudin
> Durian runtuh ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan,
> kata Perdana Menteri.
> JENGKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap
> pembangkang yang cuba mengelirukan pemikiran peneroka Felda dengan
> menyelewengkan fakta sebenar.
>
> Katanya, pembangkang cuba menanam persepsi segala tindakan kerajaan tidak
> betul dan memperlekehkannya walaupun ia mendatangkan keuntungan kepada
> rakyat.
>
> "Pembangkang ketandusan modal. Kalau mereka tak boleh menangkan hati rakyat
> mereka cuba kelirukan fikiran.
>
> "Sebab itu ada cuba nak bawa kes ini ke mahkamah. Tapi kita cekal teruskan
> juga Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) disenaraikan kerana kita tahu
> ini untuk kebaikan," katanya dihadapan kira-kira 50,000 warga Felda di
> Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 di sini hari
> ini.
>
> Katanya, lebih malang pembangkang sering meletakkan beban sesuatu kesalahan
> kepada Umno sekalipun isu itu menuding ke arah pembangkang.
>
> "Semuanya nak dipersalahkan kepada Umno sehinggakan anak yang tak pedulikan
> mak pun Umno yang bersalah. Hebat sangatlah Umno ni sehingga isu dalam
> kelambu pun kita ada pengaruhnya," katanya.
>
> Malah katanya ada pembangkang yang cuba menghasut peneroka supaya tidak
> menerima kebaikan 'durian runtuh' yang ditawarkan kerajaan.
>
> "Saya nak tengok muka-muka ini durian runtuh ni mereka nak terima atau tak.
> Saya tak rela dan tak redha mereka ni terima. Itu pasallah nak cuba khianat
> apa yang kita buat lepas itu muka tebal terima pula.
>
> "(Durian runtuh) ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada
> perjuangan," katanya sambil disambut teriakan sokongan peneroka.
>
> Katanya, peneroka patut bersyukur kerana untuk sampai pada detik ini
> bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana mereka sebelum ini terpaksa
> melalui pelbagai halangan dan pengorbanan semasa membuka tanah rancangan
> itu.
>
> Beliau turut terharu dengan sokongan dan kehadiran peneroka di majlis
> tersebut yang disifatkannya diluar jangkaannya sama sekali.
>
> "Kalau begini sambutan, esok pun boleh bubar parlimen.tapi nanti dululah,"
> katanya.
>
>
> comments
>
> a.. Ridhwan Muhammad · Top Commenter · Alamo Colleges
> Najib...najib..nak kata kau bodoh memang pun...kau tak redha apa pasal,
> kau sendiri cakap duit tu duit felda..duit orang felda.bukan duit kepala
> hotak kau..ni aku tak redha ni..adik kau pakai duit rakyat beli bank of
> scoctland, beli san miguel(yang last aku tau kilang arak sengkongkol dengan
> anak mahathir)saya tengok adik awak enjoy sakan diatas nama CIMB..dulu dah
> bangkrap.siapa bagi duit kat adik kau...
> a.. Scuderiazz Yogi · Top Commenter · Management & Science University
> respect hang !
> b.. Zamri Ismail · Top Commenter
> Minatk Majlis Fatwa komen..apa hukum syarikat dimiliki oleh org Islam
> beli Syarikat arak??
> b.. Rps Samin · UITM
> alhamdulillah....bersyukur lah warga felda yg majoritinya
> melayu...islam......ramai yg x dapat ape yang orang FELDA dapat....janganlah
> biarkan orang luar/asing pecah belahkan warga felda demi keuntungan jangka
> panjang mereka....mereka tahu ada 800,000 hektar tanah yg orng melayu ada
> didalam felda.......dapat memecahkan tembok felda yg selama ini
> kukuh....beerti mudah untuk mereka tembus dan hancurkan sedikit demi sedikit
> ekonomi desa dan monopoli melayu.....jadi fikir fikirkanlah........pada UMNO
> dan DS Najib...janganlah dengan penyeneraian FGVH hanya untuk mendapatkan
> modal bagi kempen pilihanraya akan datang.....ingat....Tun Abd Razak membuka
> FELDA selepas 13 mei dan tujuan membantu orang melayu dari kemiskinan dan x
> punya tanah....janganlah pula penyeneraian ke BSKL akan menjadikan ia
> terbuka untuk orang luar mula merampas TANAH MELAYU DI FELDA melalui saham
> yg bertukar tangan,.....INGAT....IKHLAS LAH DALAM MEMBUAT JASA PADA
> BANGSA.......JANGAN GADAI MASA DEPAN BANGSA kerana kuasa politik.....PAS dan
> UMNO.....tolonglah pertahankan HAK BANGSA yg jelas semakin terhakis dan
> rakat melayu terbawah dan terbanyak kini keliru dan semakin
> tertekan......jangan nanti menang sorak kampung tergadai......org dan dunia
> sekeliling menanti masa saje untuk mengambil peluang atas
> kelemahan...kebodohan...ketamakan melayu islam di malaysia ini........ingat
> nanti anda akan dipersoalkan............
> a.. Zaidan Bin Abd Samad · Wealth Protection at AIA (M) Berhad
> komen yang baik n bagus. Both sides of political divide must think of
> the future of the Malay and its economy. Jangan jadikan melayu sebagai pawn
> dalam percaturan politik n undi. Melayu semua berfikir lah dgn bijak utk
> masa depan generasi akan datang. Ameen...
> c.. Raj Kumar M · Top Commenter · Works at Private company
> Hello Najib, BN yang mengelirukan hati Rakyat.. Rakyat sekarang bukan
> seperti yang you fikir zaman 80an... Orang buat duduk dan bantah (BERSIH
> 3.0) you tak cakap pasal demand bersih, tapi you kelirukan dengan sikap
> polis dan pergaduan antara polis dan rakyat... JANGAN CUBA PUSING CERITA...
> Bangang... Dah lah tak berani debate dengan Anwar, tapi masuk sarung ROSMAH
> cakap pasal PAKATAN..
> Boleh Bellah lah... Cuba bincang dengan ROSMAH sekali lagi cam mana nak
> bodohkan RAKYAT.. Cuma BN sahaje yang percaya.
> d.. Othman Koyamu · Top Commenter · Peneroka at FELDA
> Kalau begini sambutan, esok pun boleh bubar parlimen.tapi nanti dululah,"
> katanya.
>
> bubar-bubar-bubar jangan tak jadi sebab kami nak merealisasikan kerajaan
> PR dalam PRU13.
> e.. James Tee · Puchong
> Setiap kali mereka beraksi, kita rugi. 1. Beli kapal selam jaga perairan,
> rugi 500 juta pada Baginda Razak. 2. Bina NFC untuk kestabilan harga lembu,
> rugi tak settle. 3. Bina PKFZ nak bangunkan ekonomi, rugi 7000 juta. 4.
> Campur tangan sikit kat Proton, rugi 400 juta beli syarikat kosong. 5. AP
> sepatutnya diperuntukan sama rata, semua pergi Naza. kalau dia usik Felda,
> tak tahulah apa yg hilang nanti.
> f.. Toh Seng Kai · Top Commenter · Illustrator at Freelancer
> Peneroka FELDA cuma nak memiliki TANAH sendiri untuk diterokai dan
> diusahakani, bukan cek durian runtuh yang hanya bernilai RM 15k.
>
> Beranikah Najib memberi tanah kepada peneroka FELDA?
> a.. Suhazli Rahim · Top Commenter · Works at Freelance
> aiaya, lu duduk zaman bila meh, wa punya mama sudah lama dapat itu
> tanah,,,wake up..
> g.. V Qiong Ang · Top Commenter
> Jangan2 durian tu ada suntikan racun.
> a.. Sani Yusoff · Southern Illinois University Carbondale
> Jangan jealous Bro V... What is due to them is due to them. Whatever the
> ploy lets give it to the Felda people for saving our country.
> b.. Inderjit Singh · Top Commenter · Penang Free School
> Ah Cheap Kor spent New Years Eve in Australia ... Room 4 Rm 15,000 per
> night ... daughters Engagement , rm 525 per person ... Kobe Beef etc. , ...
> more like " durian ada suntikan C4 "
> c.. Sani Yusoff · Southern Illinois University Carbondale
> Macam lah Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Khalid, Hadi Awang etc... duduk
> rumah tumpangan in their domestic travels??? Let's rise to a better
> discourse.
> h.. Chin Ren · College
> duit siapa tak nak? ambil sajalah lagipun itu duit rakyat! nak pangkah
> sesiapa terpulang masing2.
> i.. Scuderiazz Yogi · Top Commenter · Management & Science University
> oh BN banyak moral najib? kau ni ada moral ke? kes altantuya pun tak lepas
> cakap pasal moral.... Roh awek kau tak akan lepaskan kau!
> a.. Scuderiazz Yogi · Top Commenter · Management & Science University
> aku rela sokong anwar dan pakatan dari sokong perompak dan pembunuh !
> PRU nanti kita lihat sendiri .. rakyat dah bangkit lar ,,,

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment