Monday, May 7, 2012

RG2011... Fw: Aduhai cikgu oi.. berkempen dgn budak tahun 6 ?

 

 

Aduhai cikgu oi.. Yang dok berkempen dengan budak tahun 6 buat apa..mai kempen kat bapak dia nie..!!

Cikgu Nih Kata Peserta Bersih 3.0 Orang Bodoh?

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, begitulah ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat 4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru yang bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid disekolah tersebut. Aku dapat tahu cerita ini apabila seorang murid tahun 6 yang terlibat didalam program kepimpinan di sekolah yang melibatkan murid yang memengang jawatan Pegawas Sekolah dan Ketua Kelas menceritakan kepada ibubapanya (Bapa murid cerita kat aku).

Murid tersebut mendakwa bahawa seorang guru telah berkata "Orang yang ke Kuala Lumpur berbaju kuning pada 28 adalah orang bodoh" dan cikgu tersebut berkata kita jangan menyokong mereka yang bodoh itu.
"Siapa yang tak sokong baju kuning tu angkat tangan…" inilah antara kata-kata cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Najmi. Cikgu Najmi juga dipercayai admin kepada sebuah blog yang pro UMNO…tak silap aku blog Taipingmali( Gambar kiri dikatakan Wajah Cikgu Najmi seorang blogger upahan UMNO BN)

Bapa kepada murid tahun ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap guru tesebut. Katanya seorang guru tidak wajar bersikap sedemikian dengan memasukan agenda kepolitian kepada murid-murid di sekolah kebangsaan .
Kalau hendak mengampu membodek kerajaan UMNO BN sekalipun janganlah tunjuk-kan kebodohan diri dihadapan murid tahun 6. Tidak mustahil golongan seperti cikgu Najmi inilah yang bakal merosakan anakbangsa…beliau mungkin sanggup menayangkan gambar dan vedio lucah demi kepentingan politiknya kepada murid-murid.

Cikgu Najmi….kalaulah terlalu taksub dengan UMNO BN..janganlah rosakan nama baik dan maruah semua guru di tanah air ini …Kerjaya dan perjuangan dalam politik jangan dicampur gaul…cukuplah fitnah dan kelentong cikgu di blog Taipingmali… 
Kalau nak berkempen politik bukan dengan murid-murid disekolah,tapi dengan ibubapa kepada murid-murid…murid tahun 6 baru je 12 tahun umurnya…hahaha…  ~paspb

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment