Friday, May 4, 2012

RG2011... Fw: Akhlak Perjuangan

 

 
Akhlak Perjuangan
 
selatanonline
Oleh Nasruddin Tantawi

SAYA bersetuju malah menyokong tindakan membantah serta menentang kezaliman yang dilakukan oleh sang pemerintah. Malah sejak usia saya aqil dan baligh, saya dan rakan - rakan Pemuda PAS senantiasa bertindak agerasif tatkala berdepan kezaliman dan penginayaan terhadap rakyat sekalipun pelakunya adalah sang penguasa.

 
2. Namun saya senantiasa berusaha mengawal diri dan berpesan pada rakan agar setiap inci tindak tanduk kita dan setiap patah tutur bicara kita mestilah melandasi akhlak Rasulullah saw justeru kita menggalas amanah perjuangan Islam warisan Baginda saw. Jangan melampau dan keterlaluan dalam apa jua bentuk tindakan kerana ia bukanlah dari akhlak seorang pejuang. Lalu ia memulangkan kesan negatif serta persepsi yang comot kepada perjuangan suci yang kita dokong.

3. Sabar, tabah, hikmah dan tenang antara elemen yang mesti menghiasi diri. Jangan tolak kekerasan dengan kita juga melakukan kekerasan sebagaimana kita tidak boleh menolak keburukan dengan melakukan keburukan yang lain pula.

4. Perjuangan Islam asasnya akhlak dan hikmah bukan nafsu dan amarah. Bertindak dalam sedar. Gembirakan jangan meliarkan serta permudahkan dan memayahkan. Semasa kita menentang sebenarnya kita mengajar, sewaktu kita membantah sebenarnya kita mendidik, saat kita menolak sebenarnya kita membina, justeru itu kita jangan melulu dan keburu.

5. Akhlak pejuang bukan hanya terhadap ibu bapa, jamaah, pimpinan, masyarakat dan anggota jamaah, tetapi juga akhlak kita terhadap Allah swt. malah kita juga mempunyai Feqh Akhlak terhadap musuh yang kita tentang. Begitu Islam agama yang Indah dan kita adalah pejuangnya.

Nasrudin Hassan At Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 
Posted by ibn_bacoks

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment