Sunday, May 20, 2012

RG2011... Fw: Bicara Politik 16 - Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti - betulkan niat


Salam

Harapannya biarlah berhijrah kerana Allah SWT...

Amatlah rugi, kalau berhijrah kerana harta/nama/pangkat..

[01: 218] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin 'Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin 'Adiyya bin Ka'aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-'adawiy redha Allah keatas nya berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Masih belum terlambat untuk memperbetulkan niat..

Semoga Allah SWT memberikan hidayahnya kepada kita semua untuk berubah :

  • daripada kekufuran kepada iman,
  • daripada jahil kepada aalim,
  • daripada mengagungkan dunia kepada mengagungkan Allah SWT..
  • daripada permusuhan nasionalisma, kepada persaudaraan Islam..

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti

 

http://www.youtube.com/watch?v=qTi9tEqUIPQ

Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti


BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.


Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.


Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.


"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.


Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.


"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.


"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.


"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.


Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.


Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.


"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.


===================================================================================

----- Forwarded Message -----
From: "Sharom.Musa@akersolutions.com" <Sharom.Musa@akersolutions.com>
From: Mus

Umno tak wajar serang Majlis Peguam
Salmiyah Harun,     17 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan Pakatan Rakyat maka Majlis Peguam dilabelkan sebuah parti politik disifatkan sebagai pandangan yang sempit.

Demikian tegas AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kardee sebagai mengulas kenyataan Tun Dr Mahthir Mohamad yang mengatakan Majlis Peguam sebagai parti politik kerana perhatianya lebih kepada politik.

Beliau yang juga seorang Peguam, berkata, Majlis Peguam adalah badan profesional yang ditubuhkan profesion guaman, jadi mereka akan mengambil sebarang kenyataan tanpa ada rasa takut dan menyebelahi mana-mana pihak.

"Kalau macam itu, mana-mana badan yang mempunyai pandangan tidak selari dengan kerajaan tidak perlu membuat sebarang kenyataan sebaliknya menjadi 'pak angguk' sahajalah," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Malangnya, kata beliau apa yang berlaku dalam negara hari ini, banyak undang-undang yang tidak dipatuhi.

Beliau turut bersetuju dengan pendekatan yang diambil Majlis Peguam apabila menegur tindakan yang tidak betul walaupun ia selari dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak patut, teguran yang kebetulan sama di pihak Pakatan Rakyat terus dilabel badan politik," katanya.

Malah katanya, peguam adalah badan profesional, setiap tahun para peguam membayar lesen Sijil Amalan Guaman dan sijil tahunan di Mahkamah dan Majlis Peguam.

Jelasnya, Majlis Peguam turut menyokong beberapa perkara lain yang disyorkan kerajaan seperti kenaikan gaji hakim, dan tambah jumlah jawatan di mahkamah, bagaimanapun tidak pula dilabelkan sebagai penyokong Umno BN.

"Tapi bila kita sokong kerajaan tidak pula kata kita sokong BN," katanya.

Sebelum ini, Majlis Peguam meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Penegasan Majlis Peguam itu, mengundang kritikan pimpinan Umno BN sehingga ada yang melabelkan badan itu sebagai parti politik.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik.

Oleh itu, beliau berkata ia sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

======================================================================================


======================================================================================

From: Mus

  Pemimpin hilang identiti ugut peneroka keluar Felda
Anis Nazri,     15 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Mana-mana pemimpin negara yang meminta para peneroka meninggalkan tanah rancangan Felda kerana berbeza pandangan, hanya menunjukkan sikap pemimpin yang hilang identiti kepimpinannya.

Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) yang juga menganggap kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman.

"Bagaimana seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada rakyatnya?

"Kenyataan itu juga menunjukkan Umno sudah terbiasa dengan budaya ugut dan ancam ini sejak dahulu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said.

Mereka dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta para peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) keluar dari tanah rancangan tersebut.

Kedua-dua pemimpin Umno itu dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika majlis penyerahan 'durian runtuh' di kawasan masing-masing.

Tambah Mazlan, selain Ismail dan Azalina, seorang lagi pemimpin Umno, Datuk Norzula Mat Diah yang merupakan Adun Paloh, Kelantan turut mengeluarkan kenyataan serupa.

Mazlan turut mendakwa para peneroka yang menyertai tanah rancangan Felda tidak masuk secara percuma, sebaliknya terpaksa membayar harga tanah walaupun hanya berkeluasan 10 ekar.

Atas sebab itu, katanya tidak ada sesiapa yang boleh mengugut atau mengancam peneroka untuk meninggalkan tanah rancangan yang telah mereka terokai selama ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata para peneroka mempunyai hak untuk menilai secara berhati-hati berkaitan penyenaraian FGVH, lebih-lebih lagi dengan maklumat daripada pelbagai pihak.

"Mereka merupakan warga bermaklumat, yang mempunyai hak untuk bersetuju atau sebaliknya (penyenaraian) itu. Mereka bukan seperti katak di bawah tempurung, mereka bimbang pertaruhkan kehidupan mereka seperti nasib Felda L.B Johnson, Felda Sungai Buaya, dan Felda Cahaya Baru," tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, Mazlan berkata Anak akan memfailkan injuksi memohon pembatalan surat tawaran pinjaman bank di Mahkamah Tinggi Kuantan, esok.


======================================================================================

Oleh HARIS ZALKAPLI

Debat tentang Bersih antara kumpulan pembangkang dengan pemerintah kini tertumpu pada dakwaan agenda protes berwarna tema kuning ini untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilaporkan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bertujuan menjatuhkan kerajaan, dakwaan sama yang juga dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan ini, dengan alasan protes Bersih diadakan secara aman dan tanpa senjata, dirancang untuk berlangsung hanya selama dua jam di Dataran Merdeka.

Walau bagaimanapun, menurut satu kajian terhadap kebangkitan rakyat yang aman - seperti yang berpotensi untuk dilakukan oleh Bersih - mempunyai potensi yang besar untuk berjaya menggulingkan kerajaan, berbanding penentangan bersenjata.

Kajian yang dikemukakan dalam buku Why Civil Resistance Works: The Strategic Logic of Nonviolent Conflict, membandingkan hasil kebangkitan sivil secara aman dengan penentangan bersenjata dalam sejarah dunia, dan mendapati kebangkitan aman menunjukkan rekod kejayaan lebih besar mengatasi kebangkitan bersenjata.

Antara kebangkitan aman yang disenaraikan sebagai berjaya ialah revolusi di Iran pada 1979, protes rakyat Filipina menjatuhkan Ferdinand Marcos pada 1986 dan revolusi warna di republik bekas Soviet Georgia, Ukraine dan Kyrgyzstan pada 2003 hingga 2005.

Dalam tinjauan 25 kebangkitan besar-besaran antara 1900 hingga 2006, didapati 20 daripada kempen itu bersifat aman, dan lima bersenjata. Daripada 20 itu, 14 mencapai kejayaan, manakala hanya dua daripada lima kempen bersenjata berjaya.

Walaupun kaitan dengan Bersih boleh dibuat, terdapat beberapa perbezaan seperti rejim-rejim yang dikaji jauh lebih buruk berbanding pemerintah Malaysia, dan penyertaan dalam kebangkitan yang dikaji itu melibatkan jumlah yang dalam kes paling kecil, melibatkan angka 300,000 orang.

Persamaan yang jelas setakat ini ialah melibatkan penggunaan warna, kerjasama parti politik pembangkang dengan pertubuhan bukan kerajaan dan kempen yang sistematik dan menerima perhatian masyarakat antarabangsa, serta menerima beberapa bentuk bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan asing.

Penulisnya menyimpulkan lima sebab utama yang mendorong kejayaan kebangkitan aman besar-besaran:

1. Penyertaan massa yang ramai dan pelbagai mengakibatkan gangguan (civic disruptions) besar-besaran yang boleh mendorong penyokong rejim, termasuk pasukan keselamatan menilai semula kepentingan mereka dan menjadi lebih cenderung untuk mengalihkan sokongan daripada pemerintah kepada gerakan kebangkitan. Kebanyakan akan mahu menyelamatkan diri dan bersama pihak yang menang, dan ini mendorong perubahan sokongan.

2. Tekanan terhadap kempen aman yang besar lebih berkemungkinan mencetuskan kesan buruk ke atas pemerintah, termasuk penyertaan lebih ramai dalam kebangkitan, elit pemerintah berpaling tadah dan hukuman (sanctions) ke atas rejim terbabit.

3.Kempen yang menunjukkan penyertaan jumlah besar orang awam lebih mudah mendapat sokongan masyarakat antarabangsa dan menyebabkan rejim kehilangan sokongan daripada kuasa serantau dan antarabangsa.

4. Kempen aman yang besar lebih mampu mengelak dan menggagahi tekanan rejim, berbanding kempen kumpulan yang kecil.

5. Kempen aman besar-besaran cenderung untuk lebih mampu melakukan inovasi melibatkan taktik berbanding protes kecil, menjadikan mereka lebih mampu menyusun gerakan dan menyesuaikan diri dalam menghadapi tekanan rejim.

Suasana politik dunia terutama ketika kebangkitan di dunia Arab masih dirasai kesannya oleh pemerintah di seluruh dunia, menjadikan kuasa rakyat mula dilihat mampu membawa perubahan politik.

Dalam iklim politik masa kini, seperti ditegaskan pemikir geopolitik Amerika Syarikat Zbigniew Brzezinski, "buat pertama kali dalam sejarah, hampir seluruh warga dunia aktif dan sedar politik, dan menjadi semakin interaktif."

Seperti yang dilihat dalam protes massa dari Asia Tenggara ke Asia Tengah hingga ke Afrika Utara, kebangkitan rakyat mentakrifkan dunia politik pada masa ini, menjadi satu trend global yang merebak ke seluruh dunia tanpa sekatan, digalakkan lagi oleh populasi muda yang besar dan faktor-faktor ekonomi seperti harga keperluan asas dan peluang pekerjaan.

Di Malaysia, kuasa orang muda kelihatan semakin vokal dan berani, seperti disaksikan dalam kempen-kempen melibatkan mahasiswa yang mula aktif sejak kebelakangan ini. 

Suasana ini dirasakan oleh semua kerajaan di dunia, terutama negara-negara berpemerintah autoritarian yang merupakan majoriti di Asia Barat dan Asia Tengah. Malah, negara kuasa besar Rusia turut berdepan dengan kebangkitan besar-besaran yang mampu menggugat rejim masa kini.

Dalam mempertahankan diri, pemerintah yang berdepan cabaran kebangkitan rakyat ini mengemukakan hujah sokongan kuasa Barat kepada kumpulan-kumpulan sivil dan parti pembangkang yang bersatu tenaga dalam menjatuhkan pemerintah sedia ada, dakwaan yang juga pernah dikemukakan oleh Mahathir.

Tetapi dalam banyak kes, perhatian kepada bantuan Barat ini kelihatan digunakan oleh pihak rejim untuk menutup kesalahan masing-masing dan mengalihkan beban kepada penentang.

Hal ini disebabkan peranan dimainkan oleh pertubuhan seperti Endowmen Nasional untuk Demokrasi (NED) dan dua cabang utamanya mewakili dua parti utama AS, Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Nasional (NDI), yang tidak bebas daripada kritikan dari dalam AS sendiri ekoran penglibatan dalam proses politik di negara asing.

Isu sokongan Barat terutama AS ini menjadi satu topik yang hangat dalam perbincangan melibatkan peranan AS dalam usaha yang disebut "menyebarkan demokrasi" ke seluruh dunia, yang didasarkan pada doktrin Wilsonisme, satu asas penting dalam wacana dasar luar AS.

Walau bagaimanapun, perubahan dalam politik Malaysia, sekurang-kurangnya berdasarkan ucapan umum pemimpin-pemimpin politik pembangkang setakat ini masih dituntut untuk dilakukan melalui pilihan raya dan bukan aksi massa.

Perhimpunan Bersih sebelum ini memperlihatkan hasilnya dalam pilihan raya umum selepas itu, yang dilihat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan kurang enam bulan selepas perhimpunan Bersih pertama.

Tetapi protes massa yang besar berpotensi diadakan, seperti yang dijalankan di negara-negara bekas Soviet, sekiranya keputusan pilihan raya berjaya diperlihatkan sebagai telah dipalsukan, atau proses pilihan raya masih tidak bersih sehingga menghasilkan keputusan yang tidak seperti diharapkan.

Pembinaan momentum sejak Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, diikuti oleh Bersih 3.0 hujung April lalu memungkinkan kebangkitan melibatkan jumlah yang besar dapat digerakkan oleh PR dan NGO yang terlibat.

Kebangkitan ini, yang dijangka akan terus didepani oleh gerakan Bersih, boleh membuka pelbagai kemungkinan termasuk menjatuhkan kerajaan BN, yang menjadi matlamat utama pembangkang.

Tetapi, satu pengajaran daripada kebangkitan massa yang perlu diperhatikan ialah potensi kemunculan faktor-faktor lain seperti elemen sektarian dan elemen negatif lain yang boleh tercetus daripada suasana yang tegang.

Kejatuhan kerajaan BN memang satu hasil yang berpotensi dicapai, tetapi pelbagai faktor boleh mengubah haluan dan sifat kebangkitan massa yang dicetuskan itu. 

http://www.politikpop.com/

======================================================================================
-----Original Message-----
From: Mus

  Cerita anak peneroka tentang saham FGVHB

Mohd Sayuti Omar,     10 Mei 2012
Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian "durian runtuh" dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin.

Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.

Kita yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak dikongsikan oleh MS ini. Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini.

Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.

Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita dengan kita semua dan mengirimkan cerita itu kepada saya - blog MT.

Assalamualaikum tuan MSO...

Sekadar berkongsi cerita...

Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB.

Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini.

Pada21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya.

Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa?

Dan dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut.

Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui Maybank.

Saya seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga.

Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci.

Pada 30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut.

Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :

i.Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank

ii.Tiada had pinjaman

iii.Tidak perlu penjamin

iv.Tidak perlu sebarang cagaran

v.Hanya bayar jumlahpinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak maybank

vi.Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengankebajikan peneroka sahaja.

vii.Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda)

viii.Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik)

ix.Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari atasan felda.

x.Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang FVGHBtersebut.

Persoalannya yang timbul di sini ialah:

i.Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa

ii.Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi65 tahun

iii.Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi pinjaman membeli saham.

iv.Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka

v.Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan saya agarpihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokanyang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan UBN umumnya.

Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak menyuarakannya.

Sekian terima kasih.

Anak peneroka
Papar, Sabah.


======================================================================================

From: Zah
Subject: Fw: Hutang Negara Malaysia 2012

http://nizar-coretanku.blogspot.com/

Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!

Posted by Nizar


Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 - 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan  Kementerian  kewangan  (MOF)  setakat ini iaitu pada paras 55%..

Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap  hutang  negara  yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh  memberikan  kesan  ekonomi  dan  kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan  ini  akan  bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa  sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk "mengenyangkan" suku-sakat dan kroni.

Tetapi  dalam  pada  masa  yang  sama,  tiada satu iltizam yang benar-benar  menunjukkan  keyakinan  kepada semua yang Malaysia sedang  berusaha  mengatasi  kadar  hutang  negara  yang tinggi ketika ini .

Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya.

Jika  kerajaan  tidak  melakukan  pelan  pengurangan  fiskal  yang  mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan  dididik  di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini  semakan  kami  kepada  laporan  berita  daripada Channel News Asia bertajuk  (Malaysia  faces  credits  rating  cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan  menunjukkan  telah  terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI  ANTARABANGSA  yang  telah  memberikan  "peringatan  dan amaran awal kepada Malaysia". Antaranya ialah seperti:
        1.    Standards & Poors
        2.    Moody's Investors Service


Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa "RATINGS" bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
                    "Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )"
(Embedded image moved to file: pic27277.jpg)

Ini  semuanya  berpunca  daripada  HUTANG  NEGARA  yang  terkini sudah mula mencecah  kepada  paras  54%  daripada  KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).
Tetapi,  persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?

Sekiranya  ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :
Nilai  matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah  hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara  keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana  kadar  pertukaran  wang  asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk Apabila  nilai  matawang  ringgit  mula  jatuh  dan  kita boleh mengalami  kegawatan  ekonomi yang serius disebabkan kekurangan "KECAIRAN"  dalam  SISTEM  KEWANGAN  di  Bank-Bank  tempatan, sehingga  boleh  menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan  melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga.

Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai  TEKNOLOG  TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain.

Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar monetari.

Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara ketika  ini, kerajaan  lebih  mengutamakan  pinjaman  dalam  negeri  yang mempunyai  kecairan  tinggi, kos  pinjaman  serta  dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

        1.    Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).

        2.     Hutang  dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri. Tetapi....ada  tetapinya,  angka-angka  di  atas  belum  termausk  lagi  apa dinamakan  sebagai  perbelanjaan  di  luar  peruntukan  Belanjawaan  atau 'off-balance  sheet  spending'.  Ini  kerana  kerajaan  Malaysia ketika ini banyak  menerbitkan  Bil  Perbendaharaan,  Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti  Kerajaan.  Pinjaman  inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak  termasuk  (pinjaman  luar jangka) dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.

      "Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua"

Seandainya  gagal  dibayar  oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :

Melepaskan  tokoh  korporat  Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar  hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah  Tinggi,  KL  pada  tahun  2009,  memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah  menjual konsesi Lebuhraya          Kuala-Lumpur-Putrajaya  kepada  EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga  yang  dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

        1.    Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari

        2.     Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan  kadar  faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini  ataupun  boleh  menyebabkan  juga  nilai  matawang ringgit Malaysia mula menyusut.

        3.     Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal Pelabur  akan  melihat  samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau tidak untuk  menangani  hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.


Inilah  antara  implikasi  yang  perlu  dibayar  jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik Berapa  banyak  hutang  tiada  masalah  sebenarnya,  tetapi  komitmen untuk menguruskan  sesuatu  hutang  itulah  yang  akan  diperhatikan  oleh  oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.

P/S  :  Semoga  kerajaan  dapatlah  menguruskan  kewangan  negara  dengan sebaiknya.  Ini  kerana  jika  dasar  menguruskan  adalah bagus, kesan akan berbalik  kepada  orang  awam  seperti  kami,  begitulah  sebaliknya.  Apa pandangan dan respon anda melihat tahap hutang negara Malaysia ketika ini?

======================================================================================





No comments:

Post a Comment