Gara-Gara Rosmah, Penganjur Program Tahunan Isteri 'Wakil-Wakil Rakyat BN' Jadi Tidak Keruan !
PDO
KUANTAN, 5 Mei - Kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dekat sini benar-benar menyusahkan pihak terbabit sebenarnya. Masing-masing "tidak keruan" menunggu program isteri PM itu berakhir. Ini kerana, gara-gara Rosmah menyebabkan segala perancangan awal termasuk yang berkaitan dengan urusan protokol "carca merba" dibuatnya. Apa tidaknya, Rosmah dipercayai mahu mengikut selera beliau dalam menentukan apa jua keputusan yang ingin dibuatnya. Ini menyebabkan, pihak penganjur Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN 2012 di sini jadi "haru biru" sebenarnya. Rosmah dipercayai merubah segala aturcara yang telah disediakan demi kepentingan peribadi beliau sendiri. Malah, terdapat laporan Pembantu Peribadi (PA) beliau sendiri telah mengambilalih mesyuarat tertentu, kerana kurang senang dengan tindakan pihak yang berkenaan. Tambah mengejutkan PA Rosmah dipercayai berhubung terus dengan PM Najib Razak dalam sesetengah isu bagi menakutkan pihak penganjur agar mengikut selera Rosmah Mansor. Difahamkan, akibat terlalu cerewat dan mahu dilayan umpama permaisuri atau "First Lady Of Malaysia", Rosmah mengarahkan permaidani dipasangkan di keseluruhan "banglo tetamu" yang hanya menjadi persinggahan "rehat" untuk beberapa jam selepas beliau bermain badminton. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan semua bilik-bilik di banglo berkenaan dilengkapi dengan "alat penghawa dingin" dan sebagainya. Kehendak Rosmah ini terpaksa dilayan oleh pihak penganjur kerana beliau merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia. Namun, wajarkah Rosmah bertindak demikian terhadap sebuah institusi pengajian tinggi. Beliau sepatutnya menerima seadanya, apa jua kemudahan yang ditawarkan oleh pihak terbabit. Namun, dek kerana sikap beliau yang "cerewet" itu akhirnya pihak penganjur terpaksa melayan apa saja kemahuan Rosmah walau pun dengan perasaan yang begitu kecewa. Rosmah juga mengarahakan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis mengiringi kenderaaan beliau dibahagian hadapan ketika pulang ke penginapannya di Hotel The Zenith dekat sini, walau pun pihak protokal sudah menyediakan yang sepatutnya. Pengurusan hotel juga "kelam kabut" dibuatnya gara-gara si Rosmah ini.
Najib Razak turut hadir saksikan isteri beliau bermain badminton di UMP
Najib Razak turut hadir saksikan isteri beliau bermain badminton di UMP
[Ramai yang terkejut dengan sikap Rosmah Mansor yang mahu dilayan umpama permaisuri itu sebenarnya. Banglo pelawat yang disediakan untuk beliau itu sudah dikira selesa, namun dek kerana namanya Rosmah Mansor maka beliau mahu lebih selesa dan mahu keseluruhan kawasan di dalam banglo itu dilengkapi dengan permaidani dan alat penghawa dingin. Walhal, beliau hanya berehat disitu untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti bermain badminton bersama isteri-isteri wakil rakyat yang lain. Tambah mengejutkan PA beliau dikatakan begitu hebat mengalahkan MB Pahang sendiri. Beliau boleh menelefon PM dan membenarkan semua jawatankuasa mesyuarat mendengar perbualannya dengan Najib secara "live" apabila speaker HPnya di kuatkan. Ini semua, bukti dan tanda-tanda kesombongan manusia atas kuasa yang ada. Kasihan kepada pihak urusetia termasuk UMP, protokol SUK, MPK, Yayasan Pahang dan yang lainnya. Mereka terpaksa akur dengan arahan seorang PA daripada Pengerusi yang telah dilantik. Inilah hebatnya Rosmah Mansor, isteri si Perdana Menteri!].
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment