Thursday, May 10, 2012

RG2011... Fw: Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

 



 

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

 
Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :


"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.
 
 

comments:

 
@e_da  said...

salam uztaz info ini sgt berguna.. boleh ke sy minta izin untuk di paparkan di blog saya dengan tujuan untuk menyampaikan kepada pembaca blog saya? terima kasih

 
joegrimjow  said...

ini sama jugak kes yang letak dalam frame dan didirikan atas meja?

 
ustaz nor amin said...

Salam,

Terima kasih kepada aeda dan joegrimjow yang sudi meninggalkan komen di artikel saya ini. Ambillah aeda saya benarkan untuk disampaikan kepada semua orang. Kadang2 orang lain tidak tahu akan masalah ini, maka kita yang bertanggungjawab untuk memberitahu
.

 
ashrafi  said...

terima kasih banyak ustaz atas perkongsian ilmunya

Anonymous said...

salam Ustaz masih tidak menjawab soalan joegrimjow di atas. Kalau letak gambar dalam frame seperti gambar dengan suami, anak2, dan ahli keluarga yg lain di atas meja atau tempat2 lain di dalam rumah, ada kah dibolehkan?
Tidak berapa jelas penjelasan Ustaz di atas, sama ada boleh atau tidak.

 
EDDY DY  said...

bagaimana pula dengan baju yang bergambar2? Nice info ustaz...

benang bonang said...

Salam, masa kini bukan sahaja gambar di letak dalam rumah, malah dilukis pada pakaian...

anak patung jadi kegemaran, bagaimana?

patung beruang tak haram ke? dalam kereta banyak tu.

apa pula komen ustaz terhadap gambar katun.

tugu boleh ke kita bina luar rumah?

tentu ada alasan yang kuat kenapa semua ini dilarang. apa kata cerdik pandai agama, para mufti dan ustaz?

kalau ikut pandangan mohd isa dawood, jin bertenggek atas mana2 ukiran dan patung2 walaupun dikepala pensil. apa komen ustaz?

harap dapat pencerahan

 
@e_da said...

terima ksih uztaz moga ilmu yang ustaz sampaikan ini menambahkan lg pengetahuan sy tentang hukum hakam dlm islam.. teruskan perjuangan...

 
cik tim said...

salam ustaz, sy juga nk minta izin utk letakkn artikel ni dlm blog sy supaya dpt d jadikan panduan utk semua. terima kasih jugak atas pnjelasan ustaz.

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

salam meletakkan fream atas meja juga sama hukumnya dengan menggantungkan gambar, hukumnya harus kalau gambar2 keluarga, gambar kenangan kita atau keluarga, tapi gambar tersebut bukan gambar yang mendedahkan aurat, gambar artis, gambar pemain bola atau gambar2 pemujaan.

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

anak patung jadi kegemaran, bagaimana?

patung beruang tak haram ke? dalam kereta banyak tu.

apa pula komen ustaz terhadap gambar katun.

tugu boleh ke kita bina luar rumah?

tentu ada alasan yang kuat kenapa semua ini dilarang. apa kata cerdik pandai agama, para mufti dan ustaz?

kalau ikut pandangan mohd isa dawood, jin bertenggek atas mana2 ukiran dan patung2 walaupun dikepala pensil. apa komen ustaz?

Jawapannya

Apa tujuan kita bubuh patung di dalam kereta dan rumah atau di kawasan rumah, kalau tiada tujuannya adalah haram dan ada tujuan juga haram, sebab ini merupakan boneka atau patung yang bernyawa kalau dimasukkan roh di dalamnya. Kemudian malaikat tidak masuk dalam rumah atau kereta tersebut untuk memberikan rahmat, malah kalau ada kematian atau orang nazar dalam rumah itu juga akan teruk dan susah untuk rohnya keluar dari badannya.

Ada pendapat mengatakan bahawa di akhirat nanti patung2 tersebut akan menuntut kepada kita. Jelas dalam hadis Nabi di atas mengatakan binasa bagi orang yang membuat gambar atau patung tersebut.

Hal ini sama dengan gambar di pakaian, ada tujuan n tak de tujuan ianya tetap haram

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

salam kepada semua ambillah artikel yang ada dalam blog ini, saya benarkan dan sebarkanlah kepada semua orang, tetapi permohonan saya masukkan rujukan asalnya, sebagai tanda bahawa artikel tersebut adalah ilmiah.

fariz said...

salam ustaz, sekiranya gambar yang diletak adalah gambar Tok Kenali selepas diminta izin dari tok guru saya adakah maksudnya sama dengan pendapat or ulasan ustaz di petikan atas. sekian

 
naqhiah khalida said...

salam..mmg bermanfaat info ini.terima kasih ustaz.=)

 
chekZu said...

ada jugak dgr pasal isu ni dlm kitab riyadhus solihin...

 
ustaz nor amin said...

Salam berdasarkan pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi pada asalnya gantung gambar fotografik adalah harus selagi mana tiada perkara-perkara yang berunsur haram iaitu mengagungkan guru, pangkat, taksub kepada guru dan seumpamanya, kalau ada maka haramlah perbuatan tersebut. Apa-apapun lihat pada tujuan anda meletakkan gambar tok kenali, apa tujuannya, adakah mengagungkannya. Nabi melarang umatnya taksub kepadanya, kerana selayaknya adalah Allah. Kalau nak letakkan gambar tok kenali biarlah di dalam elbum sahaja.

Ini berdasarkan huraian saya yang cetek ilmu yang berpandukan pendapat di atas, kalau anda tidak berpuas hati anda boleh bertanya dengan ustaz lain. Atau ada pendapat lain tidak mengapa, yang penting mestilah ada hujahnya setiap perkara yang dilakukan.

 
Brother One said...

Terima kasih atas peringatan,walaupun pelbagai khilaf.Yang penting, perkara haram dijauhkan sama sekali.

 
zaidi ali said...

Salam.

Dr. Ahmed al-Tayyib, ialah Syeikh baru Universiti Al-Azhar yang juga bekas Mufti Besar Mesir. Cuba ustaz renung gambar ni:

http://www.relst.uiuc.edu/uged/studyabroadfiles/drahmed.jpg

Yang memakai baju kot itu ialah Dr. Ahmed. Gambar yang tergantung di dinding ofisnya ialah gambar Hosni Mubarak. Tujuan digantung gambar pemimpin ialah...faham-faham sajalah!

Persoalannya saya:-

1) Apakah hukumnya menggantung gambar pemimpin di dalam ofis?

2) Apakah fatwa ustaz terhadap tindakan Syeikh Al-Azhar menggantung gambar Presiden Hosni Mubarak dalam ofisnya sendiri?

3) Apakah fatwa ustaz terhadap seluruh ketua jabatan kerajaan di Mesir, Malaysia, Brunei, Arab Saudi, Indonesia dsb.nya yang menggantung gambar PM, Menteri dan Sultan di ofis2 mereka?

Ustaz quote pada komen di atas "berdasarkan pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi pada asalnya gantung gambar fotografik adalah harus selagi mana tiada perkara-perkara yang berunsur haram iaitu mengagungkan guru, pangkat, taksub kepada guru dan seumpamanya, kalau ada maka haramlah perbuatan tersebut."

Saya harap ustaz perjelaskan hukum bagi saya yg cetek ilmu ini.

Harapan saya agar fatwa ustaz dapat diperpanjangkan kepada umat Islam seluruh dunia.

 
amira said...

salam, ustaz saya nk minta izin juga yea untuk mnyebarkan artikel ini kepada rakan2 saya.
terima kasih.

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

salam,

terima kasih atas permintaan anda, saya benarkan, tetapi diharapkan masukkan rujukkan asalnya

 
umi_e said...

Salam ustaz... terima kasih atas penjelasan ini...

Dari kecil saya suka boneka dan kesukaan saya diwarisi oleh anak2 (perempuan) maka mereka mempunyai banyak mainan dan apabila mereka besar, mereka masih menyimpannya tetapi diletakkan di bilik tidur dan dibawa tidur. Selain itu, anak2 suka kucing, bukan sahaja kucing hidup tetapi kucing mainan juga jadi kesukaan dan ada di dalam rumah... Tiada niat untuk mendewakannya... sayang untuk membuangnya (sebahagiannya disimpan di dalam kotak dan sebahagiannya diletak atas rak)

* Apakah harus dihapuskan semuanya?

amar aimmullah said...

terima kasih ustaz.selama ni yg sy tahu patung je yg x boleh.selepas bce artikel ni bru la sy tahu

Fooks said...

Ustaz, kalau di kilang atau pejabat, foto2 di carta organisasi, atau di pejabat polis foto2 penjenayah, itu bagaimana?

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

Salam,

Foto grakfik yang dihasilkan dari kamera atau video tak apa yang jadi haram itu adalah gambar lukisan. Lagipun foto itu bukan bertujuan pemujaan.

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih ustaz atas penjelasan diatas,tapi saya masih ada satu kemusykilan, berbalik kepada contoh kejadian yg berlaku pada aisah r.a ;contoh yang berlaku hanyalah gambar di bantal..bagaimana pula dgn keadaan dimana sekarang kita dilonggokkan dgn kotak2 dan tin makanan atau benda2 yang setara dgnnya yang dilukis dan dicetak dgn gambar2 sedemikian?

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

Salam

Sila klik di sini untuk tahu hukum meletakkan gambar di rumah

http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-meletakkan-gambar-bernyawa-di.html

Anonymous said...

Bagaimana dengan gambar artis2 yg org suka letak jadikan poster..mmg lah haram,tapi adakah boleh menggugat akidah @ kufur.

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

Salam

Kalau ia menjadi pemujaan, boleh melibatkan akidah, tapi lihat pada tujuannya kalau tak ada faedah buat apa.. Islam sangat melarang melaksanakan aktiviti yang tidak berfaedah. Lagipun janganlah bubuh gambar artis, dengan tak tutup aurat dan malaikat juga tak masuk rumah kita untuk beri rahmat.

 
KenjiEX said...

salam ustaz,

1. bagaimana kalau kite lukis atas kertas?dan kita simpan dalam buku/ album sekadar kenangan.

2. dan mcm mane kalau kita lukis dalam komputer? contoh guna photoshop. dan kite simpan dalam internet/softcopy?

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

Kalau bukan untuk ditayangkan dan bukan untuk diagungkan, maka ia adalah harus..

 
KenjiEX said...

minta maaf ustaz, hobi saya melukis,jadi saya nak tau hukum yang sebetulnya.

adakah hukumnya adalah harus sekalipun lukisan tersebut merupakan manusia atau lembaga?

Anonymous said...

berdasarkan huraian diatas dan perdebatan diatas boleh tak kita gantung gambar keluarga untuk buat kenangan dan perhiasan

Anonymous said...

Kenapa ustaz Berpendapat "Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video"

Ini pun gambar juga bezanya cara Penghasilan sahaja yang lain.
Zaman Nabi muhhamad dulu mana ada kemere dan video .

Pendapat saya kalau TV tu okey lagi.. sbb utk dptkn ilmu. x ada tv x b leh pulak kite nak dengar ceramah agama, forum perdana ke ilmu2 dunia..

Sbb zaman skrg semua x sempat gi masjid

 
akubudakscoot said...

slm ustaz,kalau letak gambar kenangan keluarga yg mnutup aurat,adakah malaikat dapat masuk ke dalam rumah kita?

 
rizs said...

Salam Ustaz, apakah hukum membayar wang komisyen contohnya..saya bekerja sebagai freelancer dlm bidang design memberikan komisyen kepada sesiapa yg recommend/ dapatkan kan job utk saya.

Sekian Terima Kasih
Wassalam
klasik609@gmail.com

 
Salmi  said...

Assalamualaikum Ustaz.. Ilmu yg ustaz sampaikan ini sgt berguna.. Izinkan saya memaparkan maklumat ini di blog saya dengan tujuan untuk menyampaikan kepada pengunjung blog saya. Terima kasih

 
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

Boleh ambillah saya benarkan, cuma masukkan link asalnya sekali ok....

Anonymous said...

ustaz, kalau magnet yang kita letak di peti ais tu mcm mana pula? ada mcm2 gmbr, ada juga gmbar temple yg org hadiahkan kepada saya (one of historical building in kyoto kot)..biasanya souvenir la...boleh ke kita letak kt peti ais tu?

Anonymous said...

terima kasih ustaz =)

Anonymous said...

bagaimana pula gambar di desktop komputer atau laptop, sama juga dengan kaedah gambar di dalam albumkah?

iera said...

alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu yang saya peroleh daripada blog ustaz ini... .syukran ustaz.. .mudah-mudahan lebin banyak lagi informasi tepat yang ustaz akan beri.. .insyallah

mumtazira said...

salam ustaz....kalau kita lukis gambar kartun yang sempurna.. .apa hukumnya ustaz???
contohnya kita lukis gambar kartun upi ipin dalam buku kita.. .atau gamabar kartun korea mcm dalam komik tu..??? tolong ye ustaz.

NZ Diaz said...

Assalamualaikum. ustad, saya merasa agak bingung mengapa terdapat perbezaan hukum antara gambar yang dilukis dan gambar yang diambil menggunakan kamera. *gambar manusia*

 
afifah samsudin :) said...

salam ustaz. kalau karpet yg bergambar kartun yg cukup sifatnya (ada kaki, mata, tangan dn sbgainya) apa pulak hukumnya ?
malaikat tak masuk rumah jugak ka?
syukran

Anonymous said...

salam

ustaz, sy mempunyai seorang rakan lelaki yang bekerja sebagai chef di sebuah golf resort dan waktu paling sibuk adalah dr pukul 12.00 tgh hari sehingga 2.00 ptg, iaitu waktu 'lunch hour' hal begini menyebabkan rakan sy ini tidak pergi menunaikan solat jumaat hampir setiap minggu kecuali jika diberi cuti pada hari jumaat..soalan sy ialah bagaimanakah cara yg sesuai untuk sy menasihati rakan sy ini supaya pergi menunaikan solat jumaat? ini kerana sy tahu bahawa sekiranya tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut2 dikatakan sebagai munafiq, namun begitu sy seorang wanita, jd sy khuatir teguran sy akan membuatkan dirinya terasa..sy harap ustaz dpt membantu. wassalam

 
Saya said...

assalamualaikum,ustaz.
sy seorang pelajar S.M. kelas sy brtemakan cinema,jadi sprt yg semua org ketahui kite kena lah letak gambar filem untuk pemberitahuan kpd org ramai,filem apa yg ditayangkn untuk hari ni dan yg akan datang.tap semuanya gambar filem kartun(x lah semua 3/4) ,contohnya G-force.dan sy meletakkan gambar2 tersebut di tingkap kelas tanpa tujuan untuk memujanya.tap ustaz,senior ada menegur kami yg malaikat x masuk kalau ada gmbr yg brgantung di dinding.
tp ustz di skolah sy kata,"kalau itu bukn gambr brnyawa x apa,tap sebaik2 nya jgnlah letak".sy nk tanye boleh ke x sbrnanya..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment