Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua




Bukan nak menakutkan tapi inilah hakikat ttg MUET di mana cuma 45% sahaja yang dapat Band 3 ke atas untuk satu peperiksaan MUET in 2007 yang lepas.Dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Kepada yang akan mengambil MUET bermula 2hb Julai kelak, adakah anda betul-betul sudah bersedia?

1. Sudahkah anda memantapkan tatabahasa bahasa Inggeris anda?

2. Sudahkan anda meningkatkan kosakata bahasa Inggeris anda?

3. Sudahkah anda tingkatkan pembacaan anda?

4. Sudahkan anda membeli buku2 MUET dengan soalan-soalan sebenar untuk membiasakan diri anda dengan format MUET?

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau  Majlis Peperiksaan Malaysia.  MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.  

Ujian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November. Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6
- Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5
- Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4
- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3
– Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2
- Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1
- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.


2. Permakahan untuk setiap aspek.


3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.


4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.


5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.


6. Persediaan dari segi perbualan.


Jika belum dan anda sudah daftar untuk sesi Julai.Pastikan anda mula sekarang. Jika anda ingin menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 1hb Jun di Prct 16, Putrajaya dan 2hb Jun di Sunway.

Anda boleh juga dapatkan Manual Lengkap Tatabahasa bahasa Inggeris setebal 600 muka beserta dengan soalan-soalan dan jawaban kertas sebenar MUET dari cikgu pada harga yang amat berpatutan.

Cikgu Yusoff
019-3090711
012-2947792
cikgutuition@gmail.com