Salam,
Rakyat malaysia dari dulu sampai sekarang dok support yahudi jugak...jgn kata kerajaan saja...kita nie pun sama...makan McD...beli rokok (aku tak isap rokok)...pegi tesco...starbuck (dalam hidup baru sekali aku pegi)...support EPL (aku tak tgk bola)...komputer (jgn bohong tak pernah guna komputer) dan mcm2 lagi produk yahudi orang islam kat malaysia masih lagi support. Jadi jgn tunding jari kat kerajaan sahaja...kita serupaaaaaaaa.
2012/6/1 Muhammad Haleem <alhikmah009@yahoo.co.uk>
Assalamu'alaikum w.w.Pengangan terbesar Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), dimil;iki oleh Louis-Dreyfus, syarikat YAHUDI- diversified across shipping, weapons manufacturing, agriculture, oil and banking, thus establishing one of the wealthiest dynasties in Europe.[1] His descendents still own the company to this day. By the early 20th century, the Louis-Dreyfus family were described as one of the "five great fortunes of France".[2] However, as a Jewish family, ....Habis harta Felda terjual pada Yahudi !!!-::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 30 May 2012, 0:15
Subject: RG2011... Fw: 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan dlm FGVH !
DEDAH!!!105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam FGVH !
zulhairiaziz99.blogspot
DARI KDAILY :
PETALING JAYA 28 Mei: KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah keseluruhan 847,362 ekar tanah yang
dipajakkan dan kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd.
Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
"KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang
terlibat.
"Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak ini, sejumlah 105,382 ekar adalah
tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah rezab Melayu di seluruh negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN, di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, FGVH diberi hak menguruskan tanah itu selama 99 tahun melalui satu perjanjian dengan Felda pada 1
November 2011.
Katanya, syarat pindah milik tanah rezab Melayu sangat ketat dan jika statusnya dibatalkan, kerajaan negeri perlu
menggantinya dengan keluasan yang sama.
"(Tetapi) perjanjian ini tidak sebut sama ada status tanah ditukar atau tidak.
"Selepas 'initial public offering' (IPO), penjualan saham akan dibuka seluasnya termasuk kepada syarikat asing, dan
peruntukan saham kepada peneroka hanya 2.5 peratus," katanya.
Berikutan itu, beliau menunggu jawapan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri
Isa Samad mengapa tanah yang diperuntukkan kepada orang Melayu turut dipajak kepada FGVH.
"Apakah jaminan kerajaan bahawa tanah ini tidak bertukar tangan, dan pembangunannya nanti mengikut semangat tanah
rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun lalu," soalnya lagi.
Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri dengan
tujuan untuk menjamin pemilikan tanah orang Melayu.
Menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah rizab yang dibatalkan wajib digantikan di tanah lain yang
sama jenis dan luasnya di negeri yang sama.~ kdRafizi Ramli: Senarai Ke Bursa Saham, Felda Akan Melenyapkan '105,382 Ekar' Tanah Rezab Melayu !
PDOKUALA LUMPUR, 29 Mei - Apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGVH untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGVH ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli (foto), Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGVH boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya. Bagi Rafizi, kedudukan FGVH selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," katanya.
Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa
yang di kuasai oleh sebuah keluarga Yahudi terkenal dari negara PerancisOleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklum balas Perdana Menteri dan Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," tambahnya. sumber
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment