Friday, June 1, 2012

Re: RG2011... Apa yg didakwahnya di Kelantan?

 

amalan yg biasa n standard kita baca dri komen ahlul PR...UMNO BUAT FITNAH, PR BUAT BENAR BELAKA MUAHAAA........kalu dh dicop msuk syurga nik ajis mana mungkin buat fitnah kan..kan..kann..muahaaa...

Pada 1 Jun 2012 1:16 PG, xstream <pejal71@gmail.com> menulis:
 

APA PULAK yg ko dakwah junior??? cakap temberang dan sebar fitnah banyak ler...kih kih kih ..kalau tak tau baik diam...macam yang korang dan geng korang selalu buat...diam bila hujah diberikan balasan...dakwah diam...dakwah dalam hati kot kah kah kah

2012/5/31 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>

 


22 Tahun Nik Aziz "Berkerusi", Apa Yang Didakwahnya Di Kelantan?

May 31, 2012   · oleh: DukeOfMontecristo [mykmu.net]
pok nik kuan yew
Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakarian untuk menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Nik Aziz berkata begitu ekoran kesanggupan Mufti Perak itu untuk menjadi orang tengah di dalam muzakarah di antara UMNO dan PAS untuk menyatukan umat Islam di negara ini.
Menurut Nik Aziz, tiada sesiapa yang mahu terima Tan Sri Harussani sebagai orang tengah untuk muzakarah tersebut kerana Mufti Perak itu dikatakan menghentam PAS sebelum ini dan ia dikatakan amat menyakitkan hati Mursyidul Am itu.
Menjawab persoalan Tan Sri Harussani yang mempersoalkan sikap PAS yang kemarukkan kerusi pada pilihanraya, Nik Aziz menegaskan bahawa dia memerlukan "kerusi" untuk berdakwah.
Sedap betul Nik Aziz bercakap. Tapi, dia tidak sedar bahawa apa yang dikatakannya itu benar-benar menunjukkan bahawa dirinya penuh dengan sikap ujub, takbur, tidak boleh ditegur, prejudis, buruk sangka dan banyak lagi sifat mazmumah yang dizahirkan.
Apa perlunya Harussani menjadi orang tengah debat di antara Najib dan Anwar? Tiada sebarang petanda pun majlis debat itu akan berlangsung. Nik Aziz bermimpi atau "syok sendiri"?
Lagipun, Najib dan Anwar merupaka orang politik. Harussani pula bukan orang politik. Beliau adalah seorang ulama dan tidak sesuai untuk mendengar atau menjadi orang tengah kepada pertelagahan dua ahli politik. Lainlah jika ia adalah bicara agama…
Tan Sri Harussani adalah individu paling layak untuk menjadi orang tengah pada muzakarah UMNO – PAS kerana beliau adalah seorang ulama yang adil dan tidak berat sebelah. UMNO beliau tegur, PAS pun beliau tegur. Siapa yang salah, beliau tegur dan siapa yang benar, beliau sokong.
Muzakarah yang Harussani cadangkan itu ialah demi perpaduan ummah dan bukan untuk politik. Di dalam Islam, perpaduan umat Islam adalah amat penting, malah lebih penting dari politik.
Contohnya, ketika perang Sifin, perang saudara di antara umat Islam yang bertelagah kerana politik di antara penyokong Muawwiyah RA dan Aisyah RA, demi perpaduan umat Islam, seorang sahabat telah mengangkat Al-Quran di tengah medan perang untuk menghentikan pepecahan itu.
Seterusnya, muzakarah di antara penyokong Aisyah RA dan Muawwiyah RA berlangsung dan ia berjaya menyatupadukan umat Islam yang bertelagah ketika itu.
Jadi, tidakkah Nik Aziz fikir bahawa muzakarah di antara UMNO dan PAS di negara ini mampu menyelesaikan masalah pepecahan ummah yang juga disebabkan oleh perbezaan fahaman politik sahaja?
Besar sangatkah politik dan "kerusi" di pandangan Nik Aziz sehingga menolak perpaduan umat Islam di negara ini?
Perlu diingatkan pada Nik Aziz bahawa dia sudah mempunyai "kerusi" di Kelantan sejak lebih 22 tahun yang lalu. Malah dia memiliki "kerusi" yang paling "empuk" dan "tinggi" di dalam negeri Serambi Mekah itu.
Namun, apa yang dia buat setelah mendapat "kerusi" di negeri itu? Majukah Kelantan di bawah "kerusi" yang Nik Aziz miliki?
Apakah dengan "kerusi" itu, Nik Aziz berjaya mentarbiyah, mendidik akhlak, berdakwah mengimarahkan agama Allah dan mengIslamkan sami-sami Buddha di Kelantan?
Tak payah jauh, baru-baru ini heboh di laman Youtube mengenai sepasang remaja Kelantan yang ditangkap pengawal keselamatan di dalam tandas di mana si budak perempuannya dalam keadaan tidak berseluar dan kekasihnya merayu agar mereka dilepaskan.
Begitukah dakwah Nik Aziz dengan "kerusi"nya? Apa yang Nik Aziz dakwahkan dengan "kerusi"nya itu? Nik Aziz berdakwah atau berdakyah? Kalau benar Nik Aziz berdakwah, tidak akan wujud aktiviti pelacuran yang begitu aktif tidak jauh dari pejabatnya di Kota Bharu!
Inilah jadinya bila seorang ustaz biasa "perasan bagus", seolah-olah dia seorang ulama dunia terbilang. Bila ditegur ulama muktabar, dimarahnya kembali ulama tersebut. Sikap manusia jenis apakah ini?






--
Xstream-BOP


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment