Sunday, June 24, 2012

Re: RG2011... Fw: Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang,

Alhamdulillah..nasib baik tak ada apa2..teringat kejadian di bengkel masa saya hantar kereta mggu lepas,..masa saya dibengkel,ada sebuah kereta honda yang baru siap di repair,...nampak pemandunya agak ranggi dan seksi..dari gayanya seperti orang yang agak berada...mana taknya semuabarang branded...berbalik padacerita, tunggu giliran nak servis toyota buruk saya ni...sambil kereta saya diservis,saya tgk2 pomen tu dok godek kereta saya...lepas dalam sejam..hp pomen tu berbunyi..rupanya awek yang naik honda tadi tpon..katanya kereta dia tayar nya berbunyi mcm loceng...pastu pomen tu mengarahkan dia datang balik..

jap lagi sampai awek tadi...diceritakan camner jadi sebelum ada bunyi kat kereta ni...pas kelur dari kedai tadi...dia berhenti tepi jalan menelepon...lama gak lah dok bersembang...dalam keta...pas tu awek tu nak gerak balik..jalan tak sampai beberapa meter, tetiba tayar dia berbunyi;;;kong keng..kong..kong..tetiba ada lelaki india 2 orang naik motor ikut sebelah kereta dia...dok tunjuk-tunjuk kat tayar keta dia...mulanya dia nak berhenti...tapi baru teringat si Chai..(pomen tu) dok cakap...jalan..jalan ...jgn berhenti..datang wokshyop balik...

Bila sampai kat woksop tu, saya pun saja nyebok, gi lah tgk,tayar ok jer..tak nampak pancit pong...bila saya tgk si Chai tu lift up keta tu, nampak ok jer..pusing tayar ok jer...(dalamhati, bila lah nak siap keta aku ni,awek punya pasai lu tinggal buat keta gua..)agak lama gak dok periksa...tetiba akuternampak satu benda kilat kat tayar....Budget leh jadi hero lah...cakap kat awek tu, ada paku lah cik keta awak...si chai tu pun cubalah tarik paku tu..tuil2..tak nak kuar paku tu..kuarkan tayar tu...alangkah terkejut si chai..mahupun awek tu...aku ok jer...ada screw driveryang masih barutertusuk kat tayar tu...screwdriver tu masih baru berkilat...yangpeliknya cara bengkok screw driver tu ngam-ngaam ngan profile tayar tu..itumenyebabkan bunyi kong keng kong keng tu (screw ikut turun naik langgar rim tu bila berpusing)....aku pun sajer tgk keta minah tu...tetiba ada nampak kilat lagi kat tayar tu..rupa nya ada sebatang lagi tertusuk kat tayar tu...patern bengkoknya sama..sah, ada intention orang nak cuba samun bila awk ni berhenti..teringat balik awek tu kata ada mamat india ikut dia kat sebelah kereta tunjuk kat tayar kereta..sedangkan aku tgk tayar tak kempisss..batang screw driver pun tak nampak..So, berhati-hatilah....kata si chai tu, itu amoi artis...tapi aku tak kenal pun..tah yer ke tidak sichai ni...asal lawa jer kata artis..huhu

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, June 22, 2012 11:43 PM
Subject: RG2011... Fw: Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang,

 

 

Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta..

idhamlim.blogspot
DRS. KHALIL IDHAM LIM

 

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
 
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold


comments:
basteng said...
salam.... org tu memang penyamun laa tuh...syukur berkat amalan, Allah s.w.t kurniakan gerak hati agar saudara kita itu utk tak jd keluar kereta ! jika tak, tgklah apa terjadi pada jutawan kosmetik & rakan2nya...yg terkini seorg perempuan yg hilang & dijumpai di k. selangor dgn kepala pecah! ...... (snipped)

sujud syukur laaa Allah melindungi ssudara kita itu..ss sebab doa isteri & bakal anaknya! http.://basteng3.blogspot.com
Anonymous said...
ada ambil no plate kereta mamat india tu...???, dan kalau boleh cuba rakamkan perbualan atau apa saja bentuk rakaman ,kalau terjadi sesuatu senang nak buat laporan,seelok-eloknya kalau kita rasa lain macam aje katakan padanya kita settle dan jumpa di balai polis yang berhampiran,itu pendapat aku lah...kalau ada pendapat lain yang lebih bagus...kongsikan bersama...
Anonymous said...
Betul anon 1.

off topik:
Anak saya kerja di kedai, dia sorang.

Satu hari masuk sorg lelaki minta tukar duit kecil (Rm100). Anak saya seram sejuk, tapi dia cepat2 beri suupaya mamat tu cepat2 beredar.
Mamat tu kata tak cukup RM50.00 (anak confirm cukup), tapi dia merasakan sesuatu tak kena pada mamat tu, cepat2 dia beri RM50 tanpa bnyak soal.

Saya beritaunya, berkat kita menutup aurat, tak lupakan Allah, insyaAllah dilindungi dari perkara2 yg lebih teruk.
Anonymous said...
Sdr dengar bunyi 'bam' (kira kuat juga), tapi tak de ape2. Pelik juga ye. Tapi jarang org melanggar nak setel, paling tidak dia blah.
Anonymous said...
Satu lagi jangan tinggal surat yang ada alamat dalam.Rakan saya sekeluarga pergi stadium tengok bola.Bila bola habis kereta pun ta jumpa.Setelah buat lapuran polis mereks pulang dan mereka dspati rumah sudah di samun
Anonymous said...
Erk sy pun tggl kt equine, slalu lalu skve tu, huhu..
Anonymous said...
Jumaat lepas saya pun dilanggar dr belakang semasa ambik anak dr sekolah. Masuk yang ni dah 2 kali saya kena langgar dr belakang. Pertama kat ampang ketika berhenti sb jem dgn Myvi. Teruk jgk kereta amoi tu tp kereta alhamdulillah tiada apa2 sb crv ni tayar spare belakang tu penahan impak. Cuma cover tayar tu calar je la. Myvi tu habis bonet, lampu dan raditor. Dia nak bayar, saya kata x payah la. Jumaat lepas dgn exora. Pun tgh berhenti sb tunggu que traffic light merah. Crv saya calar2 kat cover tayar spare dan bar belakang rapat sikit kena exhaust. Tarik je semula bar tu. Exora tu bonet kemek dan lampu kanan pecah. Kesimpulannya beli la CRV. Hahahaha
Anonymous said...
Crv lama boleh la ada spare tyre di belakang..new crv mana ada tayar spare di belakang lagi...semua di bawah
Anonymous said...
mana polis peronda? kata negata selamat? samseng bebas buat kacau dan jenayah sana sini. Hakikatnya Rakyat tak pernah rasa selamatpun. Kalau tak caya cuba wat survey online.. mesti banyak cerita tak selamat yang terbongkar.Polis tak wat kerja,yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam. ada yang mau komen?


No comments:

Post a Comment