Tuesday, June 26, 2012

Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 


Kekalkan umur pengeluaran EPF yg yg ada sekarang.Saya pun tak faham kenapa sejak kebelakangan ini bermacam-macam usaha di lakukan yang tidak di gemari dan di bantah oleh ramai pencarum cuba di lakukan oleh pihak yg telah diberi pegang amanah utk memyimpan duit pencarum.

 Pada usia ini 55 tahun rata2 usia pencarum yang masih hidup telah menanam impian untuk mengeluarkan caruman mereka bagi berbagai tujuan dan pada usia ini juga pencarum telah di hinggapi berbagai penyakit, dengan ada nya duit simpanan ini maka pencarum boleh gunakan utk bayaran perubatan dan sebagai nya, ini lah sahaja  simpanan yg ada bagi mereka yg berpendapatan rendah dan sederhana. Pendapatan bulanan hendak di simpan, mmg tidak boleh sebab telah digunakan untuk menyara keluarga.

Mereka yang duduk dikerusi empuk tolong fikir2kan...



From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: 06/27/2012 12:40 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com





apa plak nak tahan sampai umur 60, orang kaya bolehlah, tapi bagi golongan oficer kebawah ni nak kerja sampai 60 datang ofis bertongkat tak nak la, 55 tu dah cukup tua boleh duduk rumah dan ke masjid dgn aman. lagi pun anak anak pun dah besar, jika epf di tangguh hingga 60 dan tanpa pilihan, telan liurlah nengok duit tu tah boleh capai ke tak.


From: xstream <pejal71@gmail.com>
To:
respeks_group@yahoogroups.com
Sent:
Friday, 22 June 2012 2:16 PM
Subject:
Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?


 
Saya menentang sekeras2nya kenaikan had umur keluar semua wang pada usia 60 tahun.. ini perangai jahat dan zalim. Jangan halang duit orang ramai..jangan jadi jahat. 55 tahun sudah cukup lama wang kita disimpan dan diguna sewenang2nya.. cukuplah..umur 55 tahun untuk kami gunakan pula dan kami tahulah cara nak memberanakkannya..jangan halang pengeluaran sehingga 60 tahun.. saya cukup meluat dgn sikap dan perangai pemerintah sekarang..hutang pandai bayar tak mahu...

2012/6/20 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 
Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?
aiyangdisayang.blogspot
 



Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?
 
Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan  sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.
 
Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :
"Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut"
Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.

Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!
Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).




Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?
Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
Naikkan had persaraan kakitangan swasta
Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun
 
manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.
 
P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp



--
Xstream-BOP






----------------------------------------------------------
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. Ernst & Young is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment